Sunday, February 21, 2010

..cepatlah esok...

Mata tidak dapat lelap....nasib baik esok cuti.

Rasa macam banyaknye kelemahan dalam diri. Rasa mau surrender....rasa mau tinggalkan semua benda.

Tp putus asa itu tidak baik kan. Jika hilang harapan pada manusia pun, pada Tuhan jangan.

Segala kelemahan itu perlu di atasi dengan baik, tidak perlu harapkan kesempurnaan kerana takkan mampu.

Berbuat baik dikala kita dalam situasi yang sempurna memang tidak susah. Berbuat baik di kala kita sendiri dalam keadaan terdesak, itu satu cabaran. Bersedekah di waktu kita kaya itu tidak susah, bersedekah di kala kita hanya ada satu kuih saja pd masa itu dan sedekah kan lagi separuh pada org lain yg lapar, satu kekuatan jiwa dan kemurnian hati . Sama juga berkorban pada orang tersayang dan dia sayang kita tidak terlalu susah, berkorban pada orang yg kita sayang tp dia tidak sayang kita itu yang memilukan, tp itulah hati. Mungkin sebab itu kadang2 hati merajuk, timbul amarah sekejap. Situasi berbeza akan memberi impak yang berbeza walaupun lakukan perkara yg sama.

Itulah manusia...sangat lemah. Sebab itu perlu selalu bersandar pada DIA.


sgt cute...


"Ya Allah, bagilah ketenangan pada hati yang gundah, berilah petunjuk pada hati yang perlukan cahaya, berilah keyakinan pada hati yang ragu, berilah kasih sayang pada hati yang benci, berilah ketetapan pada hati yang bertaubat. Keyakinanku adalah pada rahmat-Mu dan biarkan aku redha dengan takdir-Mu. Jadikanlah hati ini hati yang baik pada saat susah dan senang. Amin...."



notatangan : ...lapar....cepatla esok, nk masak nasi goreng spesel







1 comment:

  1. masih buat baik walaupun hati terguris. hati kena cukup kuat. take care

    ReplyDelete