Lately, semacam satu musim yg murung. Mudah sedih dan rasa......kdg2 rasa benci yg sgt2 timbul dlm diri. Rasa sgt tak selesa ngn diri sendiri (n_n). Insyaallah akan ok balik. senyum.. senyum...senyum....tarik nafas.
oklah...Pooh mau share something pasal mimpi. Adakah boleh dipercayai atau tidak. Sebanya dah 4 kali saya mimpi pasal kanak2 start minggu lepas, termasuklah semalam. Mimpi pertama yg paling menakutkan sampai menjerit dalam tido.
Mimpi para rasul biasanya petunjuk daripada Allah s.w.t dan boleh dipercayai. Contohnya mimpi Nabi Ibrahim a.s.
“Maka tatkala anak (Nabi Ismail) itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama Ibrahim, Nabi Ibrahim berkata: “Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” ia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan dapat daku termasuk orang-orang yang sabar” (Surah al-Shaffat ayat 102)
Dan juga mimpi yg di alami oleh Nabi Yusuf a.s, Nabi Muhammad s.a.w dan para rasul yg lain. Tafsir mimpi merupakan cerita disebalik mimpi tersebut kerana tak semestinya mimpi itu direct. Sebagaimana Nabi Yusuf menafsirkan mimpi raja dan banduan di penjara di zamannya dahulu. Boleh dikatakan mimpi mempunyai maksud yg tersirat dan hanya yg dianugerahkan sahaja yg ada ilmu mengenai ini.
Bagi org biasa mcm kita, mimpi itu dianggap sebagai mainan tidur. Terutamanya bagi org yg tidur dalam keadaan tidak bersih, tempat tidak bersih, tanpa membaca doa, atau tidur yg sgt letih.
Syeikh Al Imam An-Naisaburi menegaskan bahawa Allah S.W.T. mencipta Jauhar al Nafs iaitu diri manusia yang dikenali sebagai rohani (roh). Roh boleh keluar dan berpisah daripad jasad manusia untuk beberapa waktu pada masa-masa tertentu iaitu apabila seseorang itu tidak sedarkan diri, ketika nazak, atau sedang tidur. Roh keluar menjelajah ke alam luar dan adakalanya sehingga menjejaki ke alam angkasa, ke alam Malakut dan alam Jabarut serta meninjau persekitaran Loh Mahfuz.
Org kata mimpi yg boleh dipercayai ada waktu2 yg tertentu seperti sebelum waktu subuh. Dan biasanya mimpi yg dialami oleh org2 alim itu ada maksud dengan izin Allah.
Ini Pooh sharekan beberapa tafsir mimpi (wallahua'lam boleh percaya tak):
HAJI DAN UMRAH:
* Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat dia pergi mengerjakan haji pada musimnya, maka kalau dia belum haji akan dapat mengerjakan haji, kalau dia sedang sakit akan sembuh, kalau dia mempunyai hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia sedang ketakutan dia akan merasa aman, kalau dia miskin akan menjadi kaya, kalau dia musafir akan selamat, kalau dia telah digulingkan atau ditendang akan kembali mendapat jawatan, kalau dia sesat akan mengetahui arah dan petunjuk dan kalau dia dalam kesusahan akan mendapat kelapangan."
Orang yang melihat pergi mengerjakan haji tetapi sudah habis waktunya, maka kalau dia seorang pemimpin akan digulingkan, kalau dia peniaga akan merugi, kalau dia musafir akan terkandas di perjalanan, kalau dia sihat akan berpenyakit.
Orang yang melihat seolah-olah dia mengerjakan haji atau umrah bererti panjang umurnya dan tetap pendiriannya. Orang yang bermimpi tawaf di Baitullah akan mendapat jawatan yang mulia. Orang yang bermimpi tawaf di atas tunggangan bererti dia menyetubuhi wanita yang sedang ihram.
p/s : camana kalau mimpi meninggal depan kaabah yek...dan org yg mimpi tu mmg akan ke mekah 3,4 hr lg.
MIMPI DENGAN BUDAK
*Mimpi bermain dengan budak2 dikatakan jodoh makin hampir.
*Mimpi menjaga/menyusu budak dan menyayangi budak yg dijaga tersebut, perlu berhati-hati terutamanya bagi perempuan. (apa maksud..?)
Hadis riwayat Abu Qatadah, ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari setan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya. (Shahih Muslim No.4195)
Hadis riwayat Abu Hurairah, ia berkata:
Dari Nabi bahwa beliau bersabda: Ketika kiamat telah mendekat, mimpi seorang muslim hampir tidak ada dustanya. Mimpi salah seorang di antara kalian yang paling mendekati kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi orang muslim adalah termasuk satu dari empat puluh lima bagian kenabian. Mimpi itu dibagi menjadi tiga kelompok: Mimpi yang baik, yaitu kabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi yang menyedihkan, yaitu mimpi yang datang dari setan. Dan mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri. Jika salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaknya dia bangun dari tidur lalu mengerjakan salat dan hendaknya jangan dia ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain. Beliau berkata: Aku gembira bila mimpi terikat dengan tali dan tidak suka bila mimpi dengan leher terbelenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Kata Abu Hurairah: Aku tidak tahu apakah ia termasuk hadis atau ucapan Ibnu Sirin. (Shahih Muslim No.4200)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya setan tidak dapat menjelma sepertiku. (Shahih Muslim No.4206)
Sesiapa yg ada nak share pasal pengetahuan mimpi sgt dialu2 kan :-)
emm mimpi kan mainan tido..
ReplyDeletetp kadang2 mimpi boleh jadi cam betul kan??
x suke lah mimpi yg x best..nanti rs pun x best.
hihi...
ReplyDeletebtol la tu pooh...
klu tdo ikot adab cayalah sket mimpi tu....
tp klu x sila abaikan...
sy mimpi tunang sy masa kami x knl lgsg...
=)
cube dgr HOTFM sekarang
ReplyDeletecube dgr HOTFM sekarang
ReplyDeletexsempat la anon nk dengar hot fm..dia citer psl apa. nape tak sms je. hehe
ReplyDeletepg td kat hot fm ada tetamu jemputan USTAZ SHARHAN(pengamal perubatan islam dan pentafsir mimpi) www.zamdurrani.dumei.com. Ustaz tu kate, klu sapa2 bermimpi mengenai kanak2, kene jaga2. sbb dari 10 org yg jmpe dia sbb kene terkena saka, 8 org akn bermimpi psl kanak2. xkisahla tgh bermain atau just berjumpa ngn kanak2 tu. klu tgh mengusukan lg takut, mksdnye saka tu dh msk bdn kite. Wallahu'alam.
ReplyDeletep/s:hrp2 mimpi tu tak bermksd gitula kn. kene makin dktkn diri dgn Allah. mdh2an dijauhi.
ye ke.....
ReplyDeletetq for the info, sgt appreciate.
nurul fiza ni siapa? anon di atas itu kah? xde link..?
haaa...klu mak sy ade mmpi sy n kekasih sy gi mekah...pe maknenye ye???....konfius la..huhu
ReplyDeletentahla farah...mungkin akan kawen tak lama lg kot. haha....
ReplyDeleteKalau mimpi seorang budak perempuan memakai tudung kejutkan then kata ahli keluarga saya pergi madinah tu macam mana?
ReplyDelete