Sunday, August 29, 2010

Ego dan cemburu




Ego itu ada pada lelaki. Cemburu itu ada pada perempuan.
Mungkin ada yg menyangkal tapi itulah sifat dominan mereka.
Boleh juga dikatakan fitrah sifat semulajadi.

Ego itu sifat istimewa lelaki, dianugerahkan Tuhan supaya mereka mempunyai maruah,
jati diri, keyakinan dan tanggungjawab. Ego ini menyebabkan lelaki menjadi lelaki dalam
erti kata sebenar, mempunyai sifat pelindung kepada wanita,
mempunyai sifat bertanggungjawab dan keberanian. Tetapi sifat yang istimewa ini akan
menjadi sebaliknya sekiranya lelaki tersebut merasakan ego itu satu keistimewaan.

Bagi wanita, mereka cemburu sekiranya kepentingan dan hak mereka dicerobohi.
Cemburu juga adalah keistimewaan wanita tetapi ianya tidak boleh diberikan
keistimewaan oleh pemiliknya.  Kebiasaannya cemburu ini dikaitkan
dengan hubungan antara lelaki dengan perempuan.


Dulu pernah seseorang bgtau yg dia sgt jeles bila tunangnya bercakap
pasal ex-dia sehingga kan mereka bergaduh. Sedangkan ex-tunangnya
telah berkahwin. Itulah cemburu wanita..bukan dia benci tunangnya tp dia rasa
dirinya kecil bila diceritakan tentang ex tersebut.

Bagaimana pula jika org yg kita syg di contact oleh ex nya yg masih belum berkahwin.
Dia juga tiada ikatan dengan lelaki yg disayangi tersebut. Cemburu itu pasti.
Slalu bertanya hanya akan mengundang padah sbb lelaki
itu ada ego, tdk suka soalan2 yg dirasakan perempuan mengawal dirinya.
SEdangkan perempuan bertanya untuk kepastian dan utk menghilangkan
rasa risau atau juga utk berhati-hati.
Hubungan yg dulu mesra mungkin makin dingin disebabkn ini.

Yg penting, utk lelaki jgn disebabkan ego kita lupakan perasaan org lain. Jgn
ego, ia menjadi baran yg boleh sebabkan lebih teruk dr pergaduhan (pukul dll).

Utk perempuan, jgn jeles mengeruhkan lg hubungan yg ada.
Menyebabkan jadinya pergaduhan. Bg saya stay away tu lebih baik dr
terjadinya pergaduhan bila nmpak perubahan pd diri org
yg disayang tersebut.


Apepun ambilla hubungan beserta dgn tanggungjawab. Relationship yg tanpa
tanggungjawb itulah yg menyebabkan perkahwinan tidak kekal lama,
mudah give up bila salah seorang hadapi kesusahan.


Dlm semanis kurma di TV9 haritu ada menyatakan bila hubungan
ikhlas kerana Allah, pasangan jaga solat, ibadat beserta tanggungjawab
sama dipikul, apapun halangan yg ditempuhi akan berakhir
dengan baik, bukan berakhir dengan perceraian. Insyaallah.

So jagalah sifat ego dan cemburu masing2 :-).




 

Read More......

Friday, August 27, 2010

Contest saya dan baby




Pooh da di tag oleh sorang usahawanis berjaya utk join kontest ni. hehe...
klik sini utk tgk blog beliau

Syarat 2 :

1) anda mesti warganegara Malaysia. n jadi follower blog ni.


2) mesti gambar anda dan baby.

*pada saya, baby adalah budak yang berumur antara 1hari hingga 4 tahun. so mana2 budak yang berumur dalam kategori itu.. dikira sebagai baby*

3) hanya sekeping gambar aje tau. tak boleh banyak2. nanti pening nak pilih pemenang.


4) boleh aje edit2. tapi jangan lah over sangat :)

5) buat satu entri pasal contest ni.. yang simple2 aje dan letak link blog ni

( http://matahati-aween.blogspot.com)

6) letak kan gambar di atas di side bar blog korang.. link back to entry.

7) lepas tu jangan lupa taruk nama, email dan link entri anda pada ruang comment ye.

dan....

8) tag at least 2 orang. lebih pun boleh.

HADIAH?

hadiah nye rahsia. sangat best oke. confirm korang suka punya. pemenang akan dihubungi thru email ye.

ohhh... contest berakhir sehingga habis Ramadhan (9 Sept 2010) kira hadiah dapat time hari raya nanti lah ye :)





*yg baju pink itu sy*

Ini baby kawan sy, bukan baby saya. hehe....abah dia blom ada lg.

Ni masa gathering sekolah menengah. Masa Hari Raya tahun lepas.
Ramai yg da kawen. Jd kami
beramah mesra ngn family masing2 :-)

Sronok pegang baby...


Saya tag :
dilala
Bemie


Blog yang menganjurkan kontest. Sila klik sini. eheheh






Read More......

Wednesday, August 25, 2010

Do not worry too much



I felt a bunch of worry today. about age...about something
that I supposed to have but I didn't.

Cannot hold those feeling, sms syid just to say I'm worried and here her replied;

"Manfaatkan lah Ramadhan, ada sesuatu untuk mu
kalau mu usaha lebih".

Akn ada satu hari yg kita akn byk fikir, byk risau.
Kita risau bila kita fikir something will going worse.

Kita lupa yg setiap hari Allah menurunkan rahmat
dan kasih sayang nya yg banyak kepada hamba-Nya :-)
Kita rebutlah rahmat Allah dan kasih sayang Nya itu
dengan menunjukkan 'kasih sayang' kita kepada-Nya pula.

Serahkan segala kerisauan kepada Dia, dan usaha apa
yang mampu diusahakan.
manusia itu lemah...tidakkan mampu untuk menanggung
beban yg sgt berat. Sebab tu berserah n bertawakkal itu perlu.



*waktu kecik2 tak perlu risau apa2, makan, main n tdo je*


Jika tubuh badan sihat n masih ada kasih sayang
dalam diri dan sekeliling....usahlah risau. Senyum.
Masih byk peluang yg boleh kita cari di depan.


"Sesungguhnya kesempitan yg anda rasakan akan ada
jalan keluarnya. Dalam musibah yg anda hadapi ada perkara yg
akan meyelamatkan anda dari musibah itu. Justeru dalam
hal2 yg anda tidak sukai itu ada kenikmatan dan kebaikan".


*bila da besar sudah byk tanggungjawab, makin mncabar - Pooh tgh berpk*


Betulkan...
bila kita lapar dan tidak mampu utk membelikan mknn, ada
org yg tolong belikan atau berikan.
Bila kita sedih ada org yg tolong nasihatkan, berbuat baik pd kita.
Bila sakit, ada org utk rawatkan kita.
Mmg itu bukan jln penyelesaian yg total tp itu lah antara rahmat Allah.
Dan seterusnya atas usaha kita dan macamana kita bersyukur.:-)
Don't worry too much. Kita tidak bersendirian.


Yg boleh kita lakukan :
Usaha yg tidak give up.
Berdoalah sepenuh hati dan jauhi perkara mungkar.
Bersyukurlah dengan apa yg ada.
Berbuat baiklah kepada teman-teman mu.
Tahajudlah...bertaubatlah...rendahkan diri pada-Nya.


"Wahai anaku, sesiapa di antara teman mu yg marah kepada mu 3 kali,
dan apa yg dikatakannya adalah kebenaran, maka jadikanla ia teman".
~Jaafar bin Muhammad~

mksudnya teman yg baik adalah apabila kamu melakukan
kesalahan, dia memarahimu (menasihati mu). Bukan yg hanya
membuatmu tertawa dan gembira walaupun perkara itu salah.


"Kenalilah Allah saat suka, maka DIA akan mengenal mu pada saat
engkau susah"


Jadi untuk diri saya dan org lain yg turut sama worry ngn hidup,
kita usaha apa yg kita mampu :-). Dunia ni sgt singkat untuk kita
selalu bersedih lepaskan masa degan termenung.
Letakkan harapan pada ALLAH. Dalam pada itu, kita appreciate
apa2 kita ada (harta, org yg syg kita, kesihatan). Insyaallah.



sumber : La Tahzan




p/s : Tak perlu risau psl umur..yg penting usaha kita. Sbb umur pasti berjalan, masa takkan berenti :-)








Read More......

Monday, August 23, 2010

27th August...don't miss the 2nd moon


hai...:-)


 
Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August.

It will look as large as the full moon to the naked eye.

This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth.

Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am.

It will look like the earth has 2 moons.


The next time Mars may come this close is in 2287. (where are we in this time..??)


 
 

Read More......

Sunday, August 22, 2010

penjagaan malaikat dan pengakuan syaitan



" Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutiya
bergiliran, di muka bumi dan dibelakangknya, mereka menjaganya atas perintah
ALLAH s.w.t. Sesungguhnya ALLAH tidak merubah keadaan
sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada
pada diri mereka sendiri. Dan apabila ALLAH menghendaki keburukan
terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yg adapat menolaknya;
dan sekali kali tak ada pelindung bagi mereka selain DIA."

~ ayat 11, surah Ar-ra'd~




"Dan berkatalah syaitan (kpd manusia) tatkala perkara hisab telah diselesaikan;
"Sesunggunya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun
telah menjanjikan kepada mu tetapi aku menyalahi nya. Sekali-kali tidak
ada kekuasaan bagiku terhadap mu, melainkan sekadar aku menyeru kamu
lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu jangnlah kamu mencerca
aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali
tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku.
Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku
(dengan ALLAH) sejak dahulu". Sesungguhnya org yang zalim itu mendapat seksaan yg pedih."

~ ayat 22, surah Ibrahim ~



Kita lupa bila kita berbuat salah, sentiasa ada yg melihat kita, mencatat amal kita.

Kita hanya sedar nnti apabila di akhirat, syaitan mengaku yg ajakan dia adalah salah
dan janji Allah itu benar, dan ianya kebodohan kita mengikuti hasutan dia. Dan
dia langsung tidak akan bertanggungjawab atas hasutan dia.
Dan kita akan diseksa dengan azab yg pedih.


Sama2 kita renungkan. bertaubat atas segala dosa dan berusaha
untuk mendapat redha Allah.

Anak adam itu hanya akan menyesal apabila nyawa di kerongkong,
apabila ajal sudah sampai dan pada masa itu baru dia akan meratapi dan
berharap supaya ALLAH panjangkan umurnya supaya dia sempat berbuat
kebaikan dengan hartanya, supaya dia sempat bertaubat, supaya sempat dia
berbuat amal baik. Tapi harapan dia adalah sia2.

Mudah2an kita semua ambil iktibar supaya mati kita
dalam redha Allah. Supaya tiada penyesalan dan snang mati kita nanti.
dan kita telah bertaubat atas dosa2. Insyaallah :-)





Read More......

Friday, August 20, 2010

jawab tag




Sy nk jawb tag dr si miera. thanks miera.




 


P ~ Plumroses and Thorn

Syarat 1 : Menggunakan huruf pertama dar blog anda

P ~ Plumroses and Thorn


syarat 2: jawapan tak boleh ulang

heheh...cam masuk kuiz jek ;-d


korang da ready lum?

dah...tangan da kt button tekan2. kuikuikui



1. Nama anda

Pah....biasa org panggil
Pahpooh...syidah bg gelaran


2. Perkataan 4 huruf

pure...hehehe. tanya org sbb mls pk. :-p


3.Nama budak lelaki

Pian - nama husband opismet. pinjam nama sat na ..hikhik.



4. Nama budak perempuan

Peah ~ nama gelaran yg sy bg kt org yg sy minat masa sy kecik dulu2. ekekek :-">



5. Pekerjaan

Polis Trafik ~ berangan jd polis trafik bawa pistol hrtu masa tgk polis trafik pompuan dok jaga
kt pandan. hohoho....



6. Warna

Perang...putih ~ peberet kaler la jugek.



7. Sesuatu yang anda pakai

pakaian ~ heheh...kan btul kan. ;-d





8. Makanan

Puding roti ~ bg link resepi skit. eheheheh



9. Sesuatu yang boleh dijumpai ditandas

Pemberus gigi ~ erk....tambah pem kt depan. hikhikhik



10. Tempat

Portugal ~ sbb laju je dia kalah wold cup aritu.huhu


11. Alasan bila lewat

"Pegi toilet td.....sakit perot". heheh :-">




12. Sesuatu yang anda jeritkan

Phhewwwittt....ngorat bulehhh !!! ~ cam tipu je...xpenah la plak wat gini. kuikuikui




13. Tajuk film

erkk....P...P...Pasrah ~ ada ke? mcm penah dengar tp tk sure. yg pasti tk tgk.



14. Minuman

Pauh juice ~ merangkak mangga juice.  heheheh. boleh la yek




15. Kumpulan music

Pantera ~ nnti cek gugle camana kumpulan nih...hehe. xtau menahu pun.




16. Haiwan

Penyu ~ bila nk pi tgk penyu kt rantau abg...???




17. Nama jalan

Pasir Pekan..hikhik ~ mesti khairi biasa dengar. ekekeke. erkk..nama jln ke nama tmpat..



18. Nama jenis Kereta

Peugot ~ pujoo bak kata abg. suker tp xmampu. huhu



19. Nama yang bakal dtag
 
 
 
sila jwb la ye kalo rajin. heheheh :-)
 
 
 
selamt berpuasa....
 

Read More......

Sunday, August 15, 2010

make your relationship easy and simple



Harini buka puasa sgt lewat. lps isya'.
lps Sim msg ajak berbuka sama ngn adik dia, tertido plak sampai maghrib :-(


oklah..tak mau ingt itu lg. Sy terfikir mengenai satu
relationship yg complicated. Sbenarnya kita yg membuatkan
relationship itu complicated.

Utk membuatkan relationship simple, senang
dan mendamaikan tak susah sgt jika kita
tidak selfish dan jenis yg bertolak ansur.
(ini termasuk perkahwinan, percintaan, frenship, family-ship)


Yg paling penting adalah telus dan tidak membuatkan org
rasa waswas, jujur, tidak menipu.
Percayala...jika kita menipu, wwpun kita ingt utk kebaikan
kita tp lama2 nanti Allah akn bagi balik dekat kita.
Sbb org yg menipu ini hanyalah org yg selfish. kecuali menipu
pada musuh (taktik) sewaktu berperang atau jihad fi sabilillah.
sila lihat kalau rajin.

Rasulullah pun ada pesan supaya meninggalkan perkara yg was was.

Sy cuba buat yg tebaik dlm setiap relationship yg ada
mostly frendship lah....xde  husbnd lagi. Cuba telus,
cuba tolong, cuba jujur, be happy bersama dan mmg sy
happy ngn kawn2. diorang sgt baik2. mudah2an diorang rasa
yg sama dengn sy. Tk mungkin xde percanggahan tp smua
turn to be ok dlm masa sekejap.

*mcm pregnant je*

* ini kt restoran Chiang Rai, yg artis punya tu...nama apa ntah. yg blakon citer nur kasih*




*sape leh teka ape relationship sy ngn lelaki encem kt sbelah ni ...tunang, pakwe, bakal husband..
hehehe...sy bg duit raya sape jwb btul*



Tp tak smua org sama. So sy minta maaf jika dlm ramai2
mybe ada sorang ke yg rasa sy sgt annoyed ke, suka
tanya ke apa ke. sorry..
sy da layan org sameje. tanya bnda yg normal bg sy, bnda
yg sy rasa sy perlu tau utkk kebaikn bersama.
tp bak kat omputih
'we could not satisfy all people'
hehe...jd minta maaf.

HUbungn ni tak perlu dengan :
bg hadiah setiap kali besday (utk frend)
ucap I love u stiap hari (couple or married)
nk pura2 rajin dpn mak
*ini perencah je pd hubungan..bukan basic requirement for relationship.

sbb kdg2 ngn best frend bila ada salah skit jika tak tolak
ansur leh jd gaduh n dendam sampai bila2.
ngn boyfrend/gfrend bila tak jujur akan berpisah or divorce (married).
n kdg2 jika tidak ikhlas, ada ank yg tak ngaku mak tu mak dia
bila dia sudah kaya dll...tinggal mak tepi bas station ke..mencik tol ank mcm ni.


Btu la kata kay.
apa2 yg kita buat ni sbenarnya indah jika kita hidup kerana Allah Taala.
Sebab bila smua hubungan atau perbuatan kerana Allah, smua akn jd ikhlas.





Read More......

Thursday, August 12, 2010

short entry for someone spesel

Entry ni spesel utk org yg sgt spesel di hati saya..ahahahaha (gaya syid gelak)..kuehkuehkuehkueh (gaya edd gelak)  :-"> 
org spesel tu adalah syid ngn edd...hikhikhik (gaya pooh gelak)


Memandangkan aritu masa skype aku yg beria nk wat puding roti dn korang
pun beria skali nk buat juga n tanya resepi, nah ini resepi dia. heheheh....

Bahan-bahan :

Roti (tak kisah roti apa, gardenier, roti wat sardin, high 5 asal halal).
susu segar (beli je dlm kotak yg dutch lady ke..biasa aku beli yg tu lah)
Gula (ada org ckp gula halus tp kdg2 aku guna gula biasa je yg wat bancuh air tu)
mentega (marjerin, butter dan apa2la seumpamanya).
Telur (2 biji cukup da)
esen vanilla (1 sudu kecil cam biasa)
Tepung jagung (ada org tak letak, tp aku slalu wat puding letak tepung jagung, 1 sudu besar da ok)


Cara2 :

Amek roti n susun dalam loyang (xkisah segi brape loyang).

Pastu roti direndam ngn susu segar (bajet2la sndiri)

Pastu baru masukkan gula, mentega, telur, esen vanilla n tepung jagung (smua yg ni di gaul rata
dulu baru masukkan dlm loyang tu).

Pastu boleh bakar. dlm 180 degree Cel sampai masak.. dlm 30 minit da masak kot.

kalau rasa nk masukkan kismis pun boleh..sedap jugak. beli kismis kt kedai masukkan sebelum bakar.

Pastu makanlah.



OK la Syid, edd... kalau tak sedap tu bukan salah resepi, salah korang yg buat. ehehehehe.....

skarang apa aku rasa ngidam jugak ialah kek batik, puding marble (yg boh coklat tu).

bestnyaaa...nyumnyum :-d










Read More......

Wednesday, August 11, 2010

cara kenal jodoh anda....lelaki n perempuan



Sharing.....saya copy je ni....hehe. xde masa lg nk wat post sndiri.

----------------------------------------------------


Berikut ini saya kongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya.





Dia seorang yang menarik perhatian anda. Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samaada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya atau tingkah lakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda berasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.


Anda berasa bahagia bila bersama dengannya. Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu senang dan tenang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda. (rasa n selamat and yakin).



Dia suka apa saja yang anda miliki. Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh menerima anda seadanya (miskin, kaya, weakness, kekuatan).
 
Anda tidak berasa letih atau tertekan bila berada disampingnya. Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya. (rasa masa sgt cepat berlalu bila borak dengan dia).
 
Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal. Dia boleh terima pendapat anda, dan anda suka mendengar pendapan dan pandangannya. (wpun berbeza atau sama pendapat. tiada org sama pendapat utk smua hal tp masih senang dgn nya.)
 
Anda tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia benci. Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak apa minat dan kesukaannya. Anda faham kehendak dan kecenderungan hatinya. Anda tahu apa yang penting dalam bagi dirinya.
 
Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda. Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta apa-apa atas pertolongan yang dia berikan.
 
Dia meminta untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda. Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda (concern).
 
 
Jika ada seseorang seperti di atas jgn la segan-segan untuk memulakan langkah yg lebih baik dan memperkenalkannya kepada keluarga. Macamana pun urusan jodoh itu di tangan Tuhan walaupun kita merancang. :-)
 
 
Menemui cinta sejati adalah paling membahagiakan dalam kehidupan seseorang. Ramai orang tertanya-tertanya dan tidak pasti, “Siapakah jodoh dirinya?”. “Bila lagi dirinya akan bertemu jodoh?”.
 
Sebenarnya tidak kira siapa diri anda, berapa umur anda, dari mana dan bagaimana rupa anda, hakikatnya JODOH anda sudah ditakdirkan. Anda pasti akan menemui pasangan hidup anda nanti. Di mana pun si dia berada, akan datang satu masa nanti, anda pasti akan bertemu dengan si dia, jodoh anda itu.



Bersabar dan teruskan berusaha mencari. InsyaAllah anda pasti bertemu jodoh yang terbaik buat anda. Doakan utk semua yang masih single.





p/s : sempena ramadhan ni bolehla ambil kesempatan berdoa. mana tau kan raya nnti ada org merisisk ...hehe :-p



Read More......

Ramadhan is coming

Salam. Selamat berpuasa, bersahur n berbuka puasa :-)

" Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya Al-Quran diturunkan ". (Al-Baqarah : 186)

Ayat Al-Quran ini menggambarkan keagungan puasa di bulan Ramadhan.


Jom kita sama2 imarahkan kehadiran Ramadhan dengan amaln2 yg baik seperti :

1) bykkan baca Quran ~ dengan azam abeskan satu Quran (bukan satu juzuk je...heheh)

2) Trawih ~ dengn azam tiap2 mlm terawih, bukan 5 mlm terawal puasa je ;-) n  
     berjemaah  spesially utk lelaki.

3) Bykkan sedekah ~ ikut kemampuan individu. masuk kubur sedekah ni, jgn pndng ringan..

4) Muhasabah diri dan perbetulkan kelemahan, keburukan, kekurangan dlm diri.
    Contoh, slalu tinggalkan solat sbb sibuk kerja...jd bulan posa ni latih diri mesti solat
    juga wpun bz. Insyaallah nnt habes buln posa pun akn ttp solat.

5) Amalan2 baik yg lain.



Restkan diri dr dunia yg sangt bz dan kdg2 bz yg lnsung tak beri manfaat melainkan dosa.
Cari diri sendiri n fitrah kita dalam bulan Ramadhan ni. :-)







Read More......

Monday, August 09, 2010

must read...Do you still remember us..??


Do you still remember us ?!
We are still under siege!

Darkness.... .
And hunger.....

Do you still remember us?!
To get water we have to walk so far .....
To fill a bottle or a jar......



We still have lack of food .....


We still fear daily hunger...
And when we have no choice...
And when the situation becomes unbearable.. .
We try to smuggle


Some thru the tunnel...
Do you still remember us?!

Our kids...
Are dying every day in their beds.....
Due to the lack of Medication.. .

And others ...
Have just tears to shed.....
Do you still... Remember us?!


Death was falling everywhere.. .


It was like rain .


At hospitals ...
At schools ...
There was no difference between a young...
Elderly or a child ...
An animal ...

Everyone...
Was at death site !
There was No place .


To hide !
Do you still remember us?!
It was a genocide ...
It was a massacre .


It was Murder ...
It was a vicious crime ...
It was a CRUEL action...
An act of a MONSTER...
The manners of a COWARD ...

It was the silence of a friend...
It is the dirty true FACE of Politics!


 It is a FACT!
It's incomprehensible !
IT'S A PERMANENT SHAME !
It was BETRAYAL !
It is some how believable !


 But this is Incredible !!!
It is a bunch of hypocrites !
Double standards!!


 It is the continuous AID...


Made by...
The true forces ...
Of Evil ! .. SAME


Do you still remember us?!
The dead...
Were everywhere ...
That sometimes we had no place .


To make even Our prayer.....
Do you still ...


Remember us!


At that time ...
Some watched ...
From afar .


Some danced at the beach shore...


Some were happy ...
And joyful ..


Some said: "NO..."


To the massacre!


And the torture ...
Do you still remember us!
Many watched us...
Many carried ...


The SHAME !
Many did not DARE!!

Others said i truly care ...
But now we hear from them very..very.. very.. rare!

Are you sure you still remember us?!
Now we have nothing ...


But pain .....illness.....
And daily ... Sadness..... .

Do you really ...
Still remember us?!
At least in your prayer???


Gaza children and people implore you!
They are dying...
Due to the continues blockade!
There is growing humanitarian crisis...


Happening...
In Gaza .....

There is an EXTREME.


Restricted access to food..



This really make me sad...:-"(


"Ya Allah, Selamatkanlah saudara seislam ku di Palestine"






Read More......

Sunday, August 08, 2010

Love and Hate



 
LOVE...



AND


HATE...





"To love is to suffer. To avoid suffering one must not love. But then one suffers from not loving. Therefore to love is to suffer, not to love is to suffer. To suffer is to suffer. To be happy is to love. To be happy then is to suffer. But suffering makes one unhappy. Therefore, to be unhappy one must love, or love to suffer, or suffer from too much happiness. I hope you're getting this down."

- Woody Allen,





Read More......

Saturday, August 07, 2010

Love letter for you ayang....hikhik


Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.
Time tu kite tak dapat nak jawab.
Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan.
Ayang call kat kite kite malas nak jawab.
Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu.
Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal.
Sayang kite kat ayang sangatla
kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:



1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan.
Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal
ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar
makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.

 
2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,
kita bagi yang besar kat ayang.

 
3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula
makan tang kepala ikan tu je.

 
4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.
Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite,
kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam
je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi
ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

 
5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu
kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.

 
6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas
ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend
kesemuanya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite
cam sami buddha.

 
7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya
pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.

 
8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite
tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?

 
9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak
buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau
kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak
bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

 
10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30.
Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

 
11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun
birthday kite ayang kate dah lupe.

 
12. Aritu ayang peluk kite kate nak sangat romen ngan kite, kite kata
tak boleh, dosa. Ayang kate kite tak sayang ayang. Pastu semalam ayang
pakse kite romen ngan kite. Kalau tak ayang nak break ngan kite. Ok
pukul 2 pagi kite sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli
kondom. Ayang kate saje je nak test kite, pastu marah kite keji. Kite
diam je duk tepi akuarium... tengok ikan emas tengah romen.


 
13. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru.
Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

 
14. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite
demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

 
15. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,
member ayang ketawakan ayang.

 
16. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite
gak yang tido kat sofa.

 
17. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah
ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

 
18. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute
kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pape
pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite
bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

 
19. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke
80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10
ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

 
20. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang
tak pernah ingat.

 
hmm...huk... huk...
 
 
 
 
p/s: from my old emel...just found it. who la is this ayang kan..hikhikhik
 
 
 

Read More......