Wednesday, August 11, 2010

cara kenal jodoh anda....lelaki n perempuan



Sharing.....saya copy je ni....hehe. xde masa lg nk wat post sndiri.

----------------------------------------------------


Berikut ini saya kongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya.





Dia seorang yang menarik perhatian anda. Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samaada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya atau tingkah lakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda berasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.


Anda berasa bahagia bila bersama dengannya. Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu senang dan tenang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda. (rasa n selamat and yakin).



Dia suka apa saja yang anda miliki. Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh menerima anda seadanya (miskin, kaya, weakness, kekuatan).
 
Anda tidak berasa letih atau tertekan bila berada disampingnya. Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya. (rasa masa sgt cepat berlalu bila borak dengan dia).
 
Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal. Dia boleh terima pendapat anda, dan anda suka mendengar pendapan dan pandangannya. (wpun berbeza atau sama pendapat. tiada org sama pendapat utk smua hal tp masih senang dgn nya.)
 
Anda tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia benci. Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak apa minat dan kesukaannya. Anda faham kehendak dan kecenderungan hatinya. Anda tahu apa yang penting dalam bagi dirinya.
 
Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda. Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta apa-apa atas pertolongan yang dia berikan.
 
Dia meminta untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda. Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda (concern).
 
 
Jika ada seseorang seperti di atas jgn la segan-segan untuk memulakan langkah yg lebih baik dan memperkenalkannya kepada keluarga. Macamana pun urusan jodoh itu di tangan Tuhan walaupun kita merancang. :-)
 
 
Menemui cinta sejati adalah paling membahagiakan dalam kehidupan seseorang. Ramai orang tertanya-tertanya dan tidak pasti, “Siapakah jodoh dirinya?”. “Bila lagi dirinya akan bertemu jodoh?”.
 
Sebenarnya tidak kira siapa diri anda, berapa umur anda, dari mana dan bagaimana rupa anda, hakikatnya JODOH anda sudah ditakdirkan. Anda pasti akan menemui pasangan hidup anda nanti. Di mana pun si dia berada, akan datang satu masa nanti, anda pasti akan bertemu dengan si dia, jodoh anda itu.



Bersabar dan teruskan berusaha mencari. InsyaAllah anda pasti bertemu jodoh yang terbaik buat anda. Doakan utk semua yang masih single.





p/s : sempena ramadhan ni bolehla ambil kesempatan berdoa. mana tau kan raya nnti ada org merisisk ...hehe :-p



21 comments:

  1. apa yg t'tulis diats tu betullah, cuma kdg2 wanita pn prlu b'tndk jgk pah, wlaupun agk jangkal, tp sekurang2nya kita ada usaha ke arah tu, tp apa pn..jgn la riso sgt. Mgkin ada sbb knp cpt dn knp lmbt proses p'hubungan tu b'laku..mgkin Allah nk berikan yg t'baik dan yg t'istimewa...wallahuaklam..

    apa pun..solat istiharah adalah slh satu keutamaan bl kita ingin membuat pilihan..just 4 remind..

    salam.

    ReplyDelete
  2. nnt akan jumpe jard :-)

    thanks for remind us...istikharah yg paling utama

    ReplyDelete
  3. Semoga mendapat jodoh yang baik.. :)

    ReplyDelete
  4. siapakah jejaka itu pah?klu single bukakan la hati utknye,klu sudah berkahwin,elakkan..tp klu jodoh jugak terima seadanye..

    ReplyDelete
  5. well, no komen. :)

    insyaAllah the time will finally come.

    ReplyDelete
  6. ala..jard tu konon :p...

    dah jumpa ke??ermm

    ReplyDelete
  7. tq kak cik :-">

    mama aqil@edd...kau kenal dia lah. sgt kenal

    khairi...hopefully

    zati....rahsia. hehe

    ReplyDelete
  8. aku pun rasa mcm kenal cik pah! erk...

    ReplyDelete
  9. btul la kot apa yg mu rasa kay...huhu

    ReplyDelete
  10. cik pah..betul apa yg mryusmile cakap.ibu dulu pun liat jodoh doa,istikarah then perkara yg cik pah tulis kat atas tu terjadi kat ibu so tunggu apa lagi...bagila clue..cubit2 manja kata org.ngorak langkah dulu sbb lelaki jujur cluenya pendiam so kita kena jolok ..baik try drpd terlepas.janji bukan hak org.
    org yg kita benci itu jodoh kita..ye ke..itu fazilah kamsah kata..ibu tak caya sbb kalau benci boleh blah.

    ReplyDelete
  11. hmm..ibu mana lak ni. papepun tima kasih ats nasihat...bole dipakai. hehe thanks.

    ReplyDelete
  12. JOdoh - cari yang kite dan die boleh terima segalanya, -SEADANYE-

    ReplyDelete
  13. sapa ekkk orang tuh...?????

    ReplyDelete
  14. wahhhhh pooh dh bagi hint raye nnt ada org merisik... jgn lupa jemput pooh..

    ReplyDelete
  15. salam, moga dimudahkan. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  16. ya Allah....artikel ni sgt2 kene ngn saye...hehe...insyaAllah, raye ni ade yg merisik...hehe...doakan sy ye...=)

    ReplyDelete
  17. aku cpat tertarik, tp xde satu pon yg mmbuatkan hati ini rasa yakin

    ReplyDelete
  18. something, tahniah :-)

    bungakopi, yakinkan diri anda dgn sorang je

    azeya, ntah la...say pun tk tau..eheh :-p

    ReplyDelete