Sunday, February 28, 2010

my imagination pets




2 kind of animals I like to see the most (slain kuceng) .....panda bear and dolphin. heheh. so cute with the 'innocent face' from panda and 'smiling always' from dolphin. kalaula boleh bela....kan. :-) 
rasa mcm nk hug kuat2 panda...cubit2 pipi dia (kalau dia xmkn kiter..), n belai2 kepala dolphin n senyum bersama dia. sronoknye






p/s : save them by save our environment and our precious ecosystem






Read More......

when she cries



If a girl cries in front of u,
It means that she couldnt take it anymore.

If u take her hand,
she would stay with u for the rest of ur life.
If u let her go, she couldnt go back to
being herself anymore.

A gurl won’t cry easily,
except in front of the person whom she
loves the most,
she becomes weak.

A gurl wont cry easily,
only when she love u the most,
she put down her ego.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please hold her hands firmly,
coz she’s the one who is willing to stay
with u 4 for the rest of ur life.

Guys, if a gurl cries bcoz of u,
please dont give her up,
maybe bcoz of ur decision,
u ruin her life.

When she cry rite in front of u,
When she cry bcoz of u,
Look into her eyes,
Can u see n feel the pain n hurt she’s
feeling?

Think….


Which other gurl have cried with pure sincerity,
In front of u,
And bcoz of u?
She cries not because she is weak,
She cries not bcoz she wants sympathy or pity,
She cries,
Because crying silently is no longer possible,
the pain, hurt n agony have bcome too big a
burden to be kept inside.

Guys,
Think about it,
If a gurl cry her heart out to u,
And all because of u,

Its time to look back on wat u have done,
Only u will know the answer to it.

Do consider it,
Coz one day,

It may be too late for regrets,
It may be too late to say “im sorry”.

think about it.



“Appreciate and love those around u so that u’ll
never regret when it is too late..”






source : internet



Read More......

Friday, February 26, 2010

how they work to survive....














p/s : syukurlah apa yg kita ada.

Read More......

Thursday, February 25, 2010

kisah sempena maulidur rasul



Dulu masa kecil2 kan, bila skolah anjurkan ala2 pesta buku di sekolah, sy mesti ragu2. Hati mesti sgt membuak2 mau beli something dekat sana tp tau mak takkan bg sebab xde duit. Bila saya ckp mau beli buku nabi baru dia kata....OKES. hehe....itu jela cara membodek zmn dulu2. tp satu buku je la n yg murah, takleh lebih2, bajet takde.

Bila besar sy sedar, itu salah satu cara dia mendidik kami untuk sayang pada Rasulullah, untuk kenal baginda dengan lebih mendalam, untuk serapkan pada kami betapa terhormat dan pentingnya orang yang bernama Muhammad bin Abdullah itu. seorang anak yatim piatu tetapi telah dipilih Allah untuk menjadi utusan kepada seluruh umat. :-)

So sempena esok maulidur rasul jom kita baca kisah di bawah mengenai budi pekerti tinggi yg tiada ternilai oleh baginda. boleh ngalir ayaq mata kalau menghayati. layannn




Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta
yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun
Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.



Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.
Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.


Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian?

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.
Bisakah kita meneladani sifat Rasulullah s.a.w. Walaupun tdak 100% tapi alangkah baik jika berusaha untuk mendapatkan sedikit demi sedikit akhlak seperti baginda.

 

notatangan : Inilah hati baginda, sangat baik. Orang menghina, mempermainkan, menfitnah tapi masih dengan ikhlas hati memberi kebaikan kepada org tersebut. Renung2kanlah di mana kedudukan kita...tetaplah berbuat baik pada orang yang melakukan kejahatan pada kita insyaallah lama2 nanti dia sedar. ataupun jika ditakdirkan tidak sedar sekalipun biarlah Allah saja yg membalas sebab kita bukan siapa2 mahu menghukum manusia. wallahua'alam.









Read More......

Sunday, February 21, 2010

..cepatlah esok...

Mata tidak dapat lelap....nasib baik esok cuti.

Rasa macam banyaknye kelemahan dalam diri. Rasa mau surrender....rasa mau tinggalkan semua benda.

Tp putus asa itu tidak baik kan. Jika hilang harapan pada manusia pun, pada Tuhan jangan.

Segala kelemahan itu perlu di atasi dengan baik, tidak perlu harapkan kesempurnaan kerana takkan mampu.

Berbuat baik dikala kita dalam situasi yang sempurna memang tidak susah. Berbuat baik di kala kita sendiri dalam keadaan terdesak, itu satu cabaran. Bersedekah di waktu kita kaya itu tidak susah, bersedekah di kala kita hanya ada satu kuih saja pd masa itu dan sedekah kan lagi separuh pada org lain yg lapar, satu kekuatan jiwa dan kemurnian hati . Sama juga berkorban pada orang tersayang dan dia sayang kita tidak terlalu susah, berkorban pada orang yg kita sayang tp dia tidak sayang kita itu yang memilukan, tp itulah hati. Mungkin sebab itu kadang2 hati merajuk, timbul amarah sekejap. Situasi berbeza akan memberi impak yang berbeza walaupun lakukan perkara yg sama.

Itulah manusia...sangat lemah. Sebab itu perlu selalu bersandar pada DIA.


sgt cute...


"Ya Allah, bagilah ketenangan pada hati yang gundah, berilah petunjuk pada hati yang perlukan cahaya, berilah keyakinan pada hati yang ragu, berilah kasih sayang pada hati yang benci, berilah ketetapan pada hati yang bertaubat. Keyakinanku adalah pada rahmat-Mu dan biarkan aku redha dengan takdir-Mu. Jadikanlah hati ini hati yang baik pada saat susah dan senang. Amin...."



notatangan : ...lapar....cepatla esok, nk masak nasi goreng spesel







Read More......

Friday, February 19, 2010

Jangan terrtipu seperti gadis ini


Pada suatu petang, selepas habis waktu keje....2 orang gadis yg sgt cantik~(nk sedapkan citer) tgh menilik2 kedai hset di tempat membeli belah yg di rahsiakan. Salah seorang drpd gadis tersebut mempunyai harapan yg sangat tinggi untuk membeli hset baru dan men'trade in' kan hset lama beliau yg berharga RM700 yg baru saja di beli di 'phone fair'. Selagi tidak tukar hset baru, hati dia rasa something wrong je.

Antara sebab si gadis mau menukar hset yg baru di beli tersebut adalah kerana:

1) dia tidak rasa selesa dgn telefon itu yg besar dan warna hitam wpun jenama glemer (tidak original)..susah mau pegang sbb tgn dia kecil je.
2) Hset itu semacam tidak mencerminkan dirinya yg sebenar.hehe...
3) Ramai org ckp dia tdak sesuai dgn hset itu.
4) Dia tidak suka dengan function hset itu.
5) Dia tidak pandai dan sgt berperasaan malas untuk mengexplore hset itu sebab geram.
6) Dia rasa mcm terpaksa saja masa beli hset itu...
8) Line kekadang tak elok..mcm ada bunyi lalat. nyampah
9) Org yg jual tu ckp dual simkad tp bila try takleh pun...hanye boleh guna 1 simkad saje. ngada org ygjual  tu.

Di sana dia sgt berkenan dengan hset warna pink sony ericson, harga dalam RM800. dengan harapan tinggi dia tanye samada boleh trade in tak hset dia yg itu (dlm hati yakin boleh atlist RM300). Tp malang kedai2 di sana tidak mau ambil hset tersebut sbb tidak ori. Tuan kedai ckp kt gadis tersebut yg hset itu dari cina. xde kedai akan ambil trade in. 'Kamu sudah kena tipu beli mahal2....kalau ada org nak pun harga sgt rendah, kurang dr RM100 wpun kamu baru beli. Most of the hset dekat phone fair itu tdk ori dan sgt cheap saja."

Tp dulu masa beli adik yg jual hset tu ckp bukn dr cina wpun tak ori. Dari cina lain lah...xde perkataan apa smua, sgt tak berkualiti. yg ni dia ckp ada kualiti. boleh dua simkad..function byk mcm yg ori. tidak ada masalah lngsung. cait.....Gadis itu menyesal menggadaikan sony ericson pink yg tlh berjasa selama 2 tahun wpun sudah bermasalah skit hset tersebut (suka terpadam ngn sendiri).

Dengan perasaan yg sgt sedih gadis itu geram dan mau beli hset baru lg wpun duit sudah tiada dan tk dpt trade in yg lama itu. Nasib baik sahabat dia yg sorang lg menasihatkan dia supaya gadis tersebut gunakan saje wpun sakit hati sampai hpon itu rosak ataupun atlist staun ke. sebab membazir saje...br habiskn duit maseh mau abeskn duit...kalo gaji byk tkpe. cheescake btul adik yg jual hset dulu. tamat.



Pengajaran : Takyah la beli barangan tak ori....kalo nk beli yg tak ori pastikan btul2 murah. kalau tak biasa, baik tak yah. kena tipu je ngan peniaga2 yg tak berwawasan tersebut. memang kedai hset takkan ambil yg tak ori punye. Rugikan..beli RM700 pastu pakai sminggu nk trade in pun xleh satu sen. okeh.....jgn jadi mcm gadis malang tersebut. dia sudah insaf.

Read More......

Thursday, February 18, 2010

Ending


Keep thinking

Where....

What.....

is the ENDING ..................(o_0)





"Ya Allah, bagilah ketenangan pada hati yang gundah, berilah petunjuk pada hati yang perlukan cahaya, berilah keyakinan pada hati yang ragu, berilah kasih sayang pada hati yang benci, berilah ketetapan pada hati yang bertaubat. Keyakinanku adalah pada rahmat-Mu dan biarkan aku redha dengan takdir-Mu. Jadikanlah hati ini hati yang baik pada saat susah dan senang. Amin...."





Read More......

Friday, February 12, 2010

camana nk hilangkan minyak....pleaseee


Alaa.....baju raya sy yang paling mahal dalam sejarah pembelian baju raya sepanjang hidup stakat ni da terkena minyak. banyak plak tu..jd lain da warna dia bagian tu...

gambar hiasan


please..sape2 yg ada cara mujarab petua nk ilangkan minyak kat baju. ini series harpkan bantuan. orang tua2 ckp taruk bedak...da byk letak bedak dah tp dia xmau hilang.

sape yg bole bg petua dan mmg berkesan sy blanja pizza..percayalah.....




Read More......

Wednesday, February 10, 2010

Siapakah orang itu....??

tazkirah lg....insyaallah.

Orang yang rugi itu adalah :


orang yang tidak pernah ingat akan datangnye saat kematian.......asyek dgn dunia dan ingat bole hidup sampai tua atau bila2.

Orang yang menyia-nyiakan waktu lapang dan waktu muda yang diberikan Allah s.w.t....waktu itu tidak boleh di return back .

Orang yang hidupnya hanya membuat kezaliman dan tipu daya kepada orang lain dengan kelebihan yang di anugerahkan kepadanya.....kelebihan yg ada perlu digunakan dengan kebaikan.

Orang yang sombong dan ego yg tinggi.....sombong itu hanya layak untuk DIA.

Orang yg memutuskan silaturrahim....keluarga, sahabat.

Orang yang memperlecehkan kebaikan yang diberikan orang lain kepada dia atau membuat jahat kepada orang yang selalu menolong dia di waktu kesusahan.

Orang yang menganiaya orang lain kerana doa orang yg teraniaya itu adalah makbul.

Orang yang membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan tanpa berusaha untuk keluar dari situasi tersebut.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang suka menyepelekan waktu sholatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Maka sempatkanlah bagimu untuk beribadah..............dan bersegeralah!


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa Musibah lalu dia berucap "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Kemudian berkata,"Ya Rabb, Aku ridho dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Maka berbaik hatilah dan bersabar......


Siapakah orh yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan Tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Maka bersyukurlah atas nnikmat yang kau terima dan berbagialah.......

 
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada Selalu menumpuk-numpukkan harta. Maka janganlah kau menjadi kikir juga dengki...........

 
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Maka hargailah waktumu dan bersegeralah..............dan orang yg berputus asa untuk melakukan kebaikan.

 
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Maka peliharalah akhlakmu.....

 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati Membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan di perluaskan sejauh mata memandang. Maka beramal shalehlah selagi sempat dan mampu...............

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. Maka ingatlah akan kematian dan kehidupan setelah dunia............


Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga Kelak, karena telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari Siksa neraka. Maka peliharalah akal sehatmu dan pergunakan semaksimal mungkin. Untuk mengharap ridho-Nya..............


 


"Ya Allah, bagilah ketenangan pada hati yang gundah, berilah petunjuk pada hati yang perlukan cahaya, berilah keyakinan pada hati yang ragu, berilah kasih sayang pada hati yang benci, berilah ketetapan pada hati yang bertaubat. Keyakinanku adalah pada rahmat-Mu dan biarkan aku redha dengan takdir-Mu. Jadikanlah hati ini hati yang baik  pada saat susah dan senang. Amin...."




p/s : I made my decision :-)




Read More......

Tuesday, February 09, 2010

insan, janganlah berputus asa


Manusia akan selalu mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana. Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).

Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah. Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa. Jadi bagaimanakah kita menghadapinya?:

• Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik. Rasulullah SAW menjelaskan:

“Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”.

• Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah. Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”. Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.

Dan dalam firman Allah menjelaskan: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”.

• Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Akhir kata marilah bersama- sama kita menghayati sebuah Hadith Rasulullah SAW,Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.
 
 
 
 

Read More......

Monday, February 08, 2010

jual Blackberry....



salam......

sesapa yg rasa nk beli hpone blackberry yg tak original tp harga murah...baru lg...function bagus...dual sim kad...sila contact no ini 012-3605652 (bukn no. sy)

p/s : sy tolong iklankn utk org lain :-)

Read More......

Thursday, February 04, 2010

Orang yang mencintai kamu....



1) Org yg mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2) Walaupun kamu sudah mempunyai teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yg penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3) Orang yg mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya , di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4) Org yg mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yg kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5) Org yg mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat malam', 'selamat pagi', 'selamat tidur', 'Take care' dan lain-lain lg, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yg berbeza, bukan "aku cinta padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6) Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yg kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirimkan SMS.


7) Org yg mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yg dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri melupakannya, kerana pada saat itu adalah sesuatu yg berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8) Org yg mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yg kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yg kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya. Berapa banyak kata-kata penuh harapan yg kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tapi bukan org yg mencintai kamu.

9) Org yg mencintai kamu akn belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tp akhirnya dia berjaya.

10) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selsema atau batuk-batuk dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana bimbang tentang kamu, peduli tentang kamu.

11) Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS good luck untuk memberi semangat kepada kamu.

12) Org yg mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yg mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yg biasa, tapi baginya barang itu sangat istimewa.

13) Org yg mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14) Org yg mencintai kamu sellau ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya dengan kamu.

15) Jika satu saat, kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yg boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Dan jauh di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.

16) Org yg mencintai kamu bertindak lebih seperti seorang saudara daripada seperti seorang kekasih.

17) Org yg mencintai kamu sering melakukan hal-hal yg SENGAL seperti menelefon kamu byk kali dalam masa sehari atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya di ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18) Org yg mencintai kamu kdg2 merindukan kamu dan melakukan hal-hal yg membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka dia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin org yg terbodoh didunia. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak daripada menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20) Kalau kamu melihat handfon nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar inboxnya. dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yg lalu.

21) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan akan menghilang dari kehidupan kamu walaupun hal itu membunuh hatinya.

22) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari org lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23) Org yg begitu mencintaimu, tidak memaksa kamu memberikan sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia akan pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar2 mengerti apa itu cinta.


sumber : internet






Read More......

Wednesday, February 03, 2010

Ingin memikat lelaki idaman....??? jgn segan...mulakan sekarang :-p (spesel to jardd...hikhik)

ni entry dolu2 gak. aku post spesel to jard...hehehehe....mcm terer lak aku kan jd konsultan. tp aku tk try btul2 lg nih....huhu.

--------------------------------------------------


sebagai seorang perempuan yg biasanye penuh dengan sifat malu dan bersopan santun (tak mcm lelaki), meminati lelaki merupakan perkara yg sgt susah untuk diluahkan. So ni disertakan tips2 yg boleh diguna pakai dalam memikat atau menarik prhatian lelaki idaman anda....


1) Rileks...ni first step. Bile anda sedar anda tlh meminati sorang mamat tu tarik nafas dalam2 dan jgn gelabah. Lelaki biasanye xsuke perempuan kalut2 ni...nanti dorang buat joke je..(da mmg perangai dorang mcm tu). huh...

2) Jgn over exited bile jumpe si dia. Nnti dorang prasan...dorang mmg cepat perasan, xleh wat main2. Be calm tp slalu tonjolkan muka yg manis dan berlapang dada dan senyum2 skit tp jgn brlebihan. huhu. Biar bile dia tgk muka kita ni diorang rasa cam senang hati gitu..ceria je. :-d

3) Cari peluang dekati dia to be his frend. Tp ingat...jgn tunjukkan dulu resah jiwa anda yg anda sedang minat kt dia..control cun ye. Dan kalau bole cube jd his close friend or best friend. Ingat...jgn tunjukkn sgt anda jatuh cinta kt dia..tp tunjukkan yg anda senang berada dgn dia ataupun senang ngn cara dia. ;-d


4) Masa jd kawan dia tu ambilla peluang kenal dia lg dekat, apa yg dia suka, apa yg dia xsuka kt sorang perempuan...pastu tunjukkan diri kita yg sebenar. Jgn over berlakon jd lain dr diri sendiri...nnti lama2 trbongkar jugk perangai yg sebenar k. Jika mau ubah perangai berubah kerana diri sndiri...jgn hanye sbb dia. Kena pendirian ler gtu. Lelaki sbenarnye suka perempuan yg ada pendirian n etika ok. berubah kerana DIA, bukan dia.

5) Don't be too serious. Be simple n be yurself. Lelaki biasanye tak suka perempuan yg slalu stress ni dn slalu sedeh (muram durja). Skali skala takpela kan masa perubahan hormon ke apa ke. Ni kalo hr2 muka masam je....nk marah org je..apa gaya kan. Smile always...

6) Jadila lemah lembut tp jgn terover buat lemah lmbut pulak. Org ckp kita sbagai gadis mlayu ni biarla ada sifat2 mlayu kan. cara ckp kenala lmbut..tk ckp yg kasar or sakitkan hati. Cara memanggil nama dia (bg manja skit ke...ni aku xpakar). Cara pakaian..biasala lelaki tu pun ada family, dia pun segan nk bwk kita jumpe parent dia kalau kita ni kasar n tak brsopan.

7) Lelaki ni sbenarnye kdg2 ketandusan kasih syg jgk. hehe...so kita jd la seorang yg penyayang. Biar dia rasa selesa bila brcakap or dsamping kita. Tp jgn over la kan. Ingat limit2. just showkan yg kita ada sifat penyayang tu..ni senang je sbb smua pompuan ada sifat penyayang. (xsama ngn laki).



8) Dalam masa berkawn jgn suka mengongkong mereka..jgn biar dia nmpak kita ni cam suke mengkontrol keadaan. Dan jgn byk karenah yg pelik2..or sgt cerewet. kan dia nyampah pulak..blom berpakwe lg dia da nyampah camana. huhu....tp kalo jeles bila tgk dia msg ngn pompuan lain tu xleh ckp apa la kan...pandai2la control.

9) Kdg2 laki ni dia miang tau...biasala da fitrah diorang gitu. Kdg2 maybe dia nk ckp yg 'dalam2' so be careful...jgn kutuk dia or marah terus. Tgk dulu cara dia camana. Pastu cubala patahkan or cuba alih topik pd bnda lain. Kdg2 je dia mcm ni masa dtg 'angin' dia. So kita kenala tunjukkan yg kita ni ada pndirian wpun bersikap trbuka. Hrap2 dia boleh respect kita la kan. Smua laki biasanye camni...dun worry.

10) So..bile da ok berkawan tu bgla hint yg kita ada suke dia. Harap2 dia paham la ye. Kalau da rasa berani sgt bgtau je kita suka dia tp cara berhemah. Yg penting jgn paksa2 dia untuk suka kita balik. Cinta ni kena dua hala bukan one way only. Buat apa dpt laki yg kita suke tp dia tak suke kita...seksa je kan. Ni la masa yg agak susah skit..tp jgn over risau. Bile kena cara smuanye ok.

11) Kalau dia takde bg respon yg baik pun takpelah...redhaje tp teruskan jd kwn dia sbb kita mmg da biasa berkawn ngn dia. Ckp ngn dia tak kisah pun kalau dia xnk...be frend as normal la. (sbenarnye aku pun xbrape pasti yg ni. huhu...sabo2). tp kalo dia main2kan perasaan kita baik blah je.....kita bukan patung barbie okeh.



12) Tp manala tau dia da gembira kawn ngn kita dan senang ngn perangai yg kita tampilkan sperti di atas and then dia SUKA kita. hehe..kira kita da berjaya la tu menawan hati dia. Tahniah...!! ;-D

13) Yg ni jgn lupa...as orang islam tolong jgn lupe doa mudah2an Allah bukakan pintu hati dia utk kita kalau dia yg terbaik tuk kita. Ini kan usaha...yg selebihnya serah pada DIA. Kita perempuankan....byk kekangan utk untuk memikat (malu, segan, takut frust, takut kena kutuk, dll) so doa yg paling baik utk tenangkan hati.


p/s : Jgn rase diri tak cantik k kwn2 sekalian. Allah da jadikan kita (manusia) sebaik2 kejadian. Kalau laki tu kata kita xcantik..abaikan dia. Xkuasa layan lebih2. Ada lagi orang yg lebih menghargai kita..Insyaallah.


Review 1 : Student cina (my previous post) yg slalu minta nasihat dr aku yg tak pakar ni utk pikat sorang amoi dah berjaya memikat amoi tersebut. Kira amoi tu da trima dia la....happy la tu si hong. hehe.

Review 2 : Ank sedara ku yg critical dekat ICU (previous post jugak) sudah meninggal dan selamat dikebumikan mlm jumaat :-< . Hrp2 kak na sabar (dia mmg sgt sedih). Aku pun rasa ralat je ngn doktor ni. :-<

So...kembali kepada tips dia atas. Slamat berjaya kepada sesiapa yg mau pikat lelaki idaman. gud Luck....slamat mencuba...;-p




p/s : soal hati ni kdg2 rumit dr expected. usahala perbaiki apa yg kita rasa kelemahan kita. niat biar betul dan ikhlas dalam suka dia. insyaallah.





Read More......

...selamat memikat gadis idaman....

****entry awal2 berblog dulu, masa blog lama    :-">


------------------------------------------------------------------------------------------

Aku dpt bunga...bunga origami..bunga yg ke-100 kot. Org yang bagi bunga tu bukan pakwe, bukan peminat n bukan secret admirer jgk. Dia chinese guy (master student) yg guna lab chem. engine for his research. Baru this year kenal tp kami quite close la..ntah camana da sebulan jd 'consultant xmahir' pada chinese guy ni utk pikat sorang amoi ni. 99 kuntum dia buat untuk amoi yg dia minat ni n satu kuntum je yg ke-100 nk bg aku. hehe....bolehla..

Dari mula nk first date ngn amoi tu sampaila skarang (after approach) amoi tu dia mntak consultansi dr aku yg kurang experience dlm bab2 ni. hehe. nk mkn mana..nk buat aktiviti apa masa date...taktik supaya amoi tu suke kt dia. series aku jwb mcm dlm citer cina yg aku pnah tgk. hikhikhik



Tp adala yg aku respek kat dia ni or mybe ni mmg cara chinese guy nk pikat awek. Dia betul2 bersungguh macam plan nk amek examje. Diorang mcm jelas apa yg diorang nk buat n sanggup terima risiko tanpa berselindung. Dan juga aim sorang gadis saje. xdela usha yg A pastu nmpak yg B dahi licin...usha lg.



Ni antara tip2 nk pikat gadis idaman...hehe. kalo rase confident leh la ikot. mana la tau jdk..(husbnd org xyah sibuk2 buat).

1) tk perlu over romantic n skima....kn naik nympah lak gadis tu. kdg2 xpela...
2) Layan gadis ngn lembut...mmg pompuan suke di care. tp jgn lak terover sampai dia naik rimas.
3) Tk terlalu control macho....penat nengok.
4) Bergurau dengan berpatutan. hehe...sronok kalau laki pandai borak. Sesetengah pompuan sgt mementingkan komunikasi. Kalo komunikasi ok ngn laki tu dia mudah jatuh hati..xpela xensem pon. Yg pnting smpai tua pun xboring bile ckp ngn dia.
5) Tak terlalu mengikut je kehendak pompuan. Biar nampak ada pendirian br pompuan suka. Tp biarla bole jd org yg boleh dibawa berbincang. bukan guna kuasa diktator.
6) Tunjukkan yg anda minat dia wpun tak diucapkan ngn kata2. contohnya caring...suka contact. jgn tunjuk ego tak bertempat padahal hati suke. berpada2la ye..seimbangkan.
7) Penyayang..
8) Sampai masa yg sesuai bgtau la terus terang perasaan tu kt gadis tersebut. Lelaki kan kena gentlemen....tp jgn paksa gadis tu. Biar dia buat keputusan dr dia sndiri tanpa ada faktor lain.
9)Jgn terlalu push gadis tu utk dpt keputusan segera bile da luahkan isihati. Give her time to consider n in that time be friend with her like usual lah. Mana tau hati gadis tu lembut nnti.
10) Berdoala ye. Sesungguh nya Allah la yang jaga hati setiap makhluk dia...jgn lupa doa n betulkan niat.




Kalo ada rase terkurang tambah la yek sndiri....pandai2la. Lelaki melayu ni xtau la camana dia ngorat. Biasanye kalo yg baik/alim2 ni dia ckp terus terang in the first place lg dia suka pompuan tu (lps selidik latar belakang) smua la. Ada jgk laki yg tunjuk ego dia...suka tp ego. apentah. ada jugk yg nk ngorat si A..pastu jumpe B..ngorat B plak..hmmm. Ada yg tak bersungguh pun. Kirim salam skali pastu hilang sbb malu. yeke..adake? mybe...

Papepun gud luck to Hong n also sape2 yg nk ngorat gadis idaman masing2....ada knduri nnt jgn lupe jemput. hehe...










Read More......

Tuesday, February 02, 2010

9 years ago...

9 tahun lalu..

Baju kurung cokelat..tudung cotton kuning...selipar psr mlm rm10 kot....kaki sejuk + gigil....muka pucat...langkah laju ke ICU...sampai sana...nampak abang...."mana..." xboleh nk habiskan ayat air mata da ngalir....tgn kt mulut..."xde dah pah..."...xpecaya...masuk wad...nmpk kakak (doktor) tgh uruskan jenazah sama doktor2 lain....abg peluk bwk kluar...nangis...blur. Exam final sminggu lg. 98% smangat hilang. sgt hilang....




Hari ni genap 9 tahun.



Ibu itu takkan boleh di ganti. sayangi dia sementara dia masih ada....tiada kasih sayang setulus dia kecuali kasih sayang Tuhan. Pengorbanan dia amat besar..sanggup susah untuk anak2. sanggup keluar malam berjalan mencari ubat bila anak sakit...(pernah terjadi pd sy).
Dalam miskin harta makin besar perngorbanan dia untuk sekolahkan anak-anak.


Dia wanita paling tabah wpun tanpa husband
wanita paling lembut dalam mendidik
wanita paling tenang...aku bertuah punye dia

Ya Allah...permudahkanlah tempat dia bersama dengan orang2 yang beriman. dan jadikanlah aku sebagai anak yang baik....amin..










Read More......

Tuesday morning tazkirah...


Pada zaman Nabiullah Musa As, datanglah kepada Beliau seorang wanita untuk bertobat kepada Allah atas semua kesalahan yang telah dia perbuat selama ini.Wanita tersebut berkata:" Wahai Nabiullah, saya jauh-jauh datang kesini hanya untuk bertaubat kepada Allah, mohonkan Taubatku diterima oleh-Nya". Nabi Musa AS, berkata:" Gerangan dosa apakah yang telah engkau perbuat, hingga engkau ingin bertaubat kepada Allah SWT?". Wanita tersebut berkata kembali:" Aku telah berzina dengan seseorang dan telah melahirkan seorang bayi, karena rasa malu dan takut diketahui oleh orang lain, maka aku bunuh bayi terserbut".

 
Demi mendengar itu semua, Nabi Musa sangatlah marah, lalu Beliau berkata:" Pergilah engkau, jangan kau bakar aku dengan api neraka yang diakibatkan oleh perbuatanmu itu!!". Wanita tersebut menangis lalu berkata:" Wahai Nabi Allah, tidakkah aku dapat bertaubat kepada Allah, dan aku berjanji tidak akan mengulangi semuanya itu". Nabi Musa AS, masih dalam keadaan marah mengusir wanita tersebut sambil berkata:" Dosamu terlalu besar dan tidak bisa dimaafkan".
 
Lalu pulanglah wanita tersebut sambil menangis. Tidak lama dari kejadian tersebut, datanglah Malaikat jibril kepada Nabi Musa AS. Jibril berkata:" Wahai Musa, Allah telah menengurmu, mengapa engkau tolak tobatnya wanita tersebut, padahal wanita tersebut telah benar-benar mengakui kesalahan dan menyesal atas semua kesalahannya itu, dia ingin kembali ke jalan yang benar, harusnya Engkau membimbingnya bukannya mengusirnya!!!".
 
Demi mendengar itu semua, Nabi Musa berkata:" Dosa wanita tersebut terlalu besar wahai Jibril, dan Aku tidak yakin Allah akan mengampuni dosa tersebut". Jibril berkata:" Allah maha pengampun lagi maha mendengar taubat dari Hamba-Nya yang benar-benar ingin bertaubat, Bahkan dosa yang lebih besar dari itupun Allah pasti akan mengampuninya".

 

Berkata Nabi Musa AS:" Dosa apakah yang lebih besar daripada dosa wanita yang telah berzina dan membunuh anak dari hasil perzinahan tersebut, Ya Jibril???". Jibril menjawab:" Seseorang yang meninggalkan Sholat dengan sengaja". Mendengar itu semua Nabi Musa menangis dan dia menyesal atas kekeliruan yang telah Beliau lakukan kepada wanita yang benar-benar ingin bertaubat.



RENUNGAN

 
1. Allah SWT adalah dzat yang Maha pengampun kepada Hamba-Nya yang benar-benar ingin bertaubat.
 
Tidak ada manusia yang tidak punya dosa, karena manusia selalu dihinggapi dosa. Dan manusia yang baik bukanlah manusia yang tanpa dosa, tetapi manusia yang apabila dia melakukan dosa, dia menyadari kesalahan dan bertaubat kepada Allah.
 
Oleh karena itu sebelum terlambat, marilah kita memohon ampun kepada Allah, sering-seringlah ber"istighfar". Mudah-mudahan semua dosa kita bisa diampuni oleh Allah SWT. Amien.



2. Meninggalkan Sholat dengan sengaja adalah sebuah dosa yang amat besar, melebihi dosa seorang penzinah dan pembunuh.
 
Oleh karena itu janganlah kita dalam hidup ini meninggalkan sholat yang 5 waktu. Sesibuk apapun kita, kita harus tetap menjalankan sholat karena itulah jalan kita untuk mengingat Allah, dan itu adalah kewajiban kita sebagai umat Islam.
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: Amal yang pertama di hisab Allah adalah sholatnya seorang hamba. Apabila baik sholatnya, maka baik pula amal yang lainnya. Dan apabila buruk Sholatnya, maka buruk pula amal yang lainnya.
 
Sama2lah kita memperbaiki amalan masing masing, mudah2an sentiasa di tegur Allah di atas kekhilafan kita dan diampuni-Nya. amin


Read More......