Wednesday, December 15, 2010

kanak-kanak lesu disebelah mayat ibu..



muka dia sedeh je...:-(


Mangsa dipercayai dibunuh tiga hari lalu



KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui dalam keadaan letih, kelaparan dan tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang dipercayai dibunuh tiga hari lalu di rumah sewa mereka di Jalan Hua Kee di sini, petang semalam.

Kanak-kanak itu dikatakan tidak makan dan minum dalam tempoh berkenaan selepas ibunya yang berusia 34 tahun mati.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata mayat mangsa yang juga seorang ibu tunggal ditemui tuan rumah itu yang datang untuk mengutip sewa kira-kira jam 3.30 petang semalam.


Beliau berkata, tuan rumah itu mengesyaki sesuatu selepas panggilannya di pintu rumah beberapa kali tidak dijawab, selain terhidu bau busuk dari dalam rumah berkenaan.


“Polis yang menerima panggilan daripada orang awam bergegas ke rumah itu dan menemui mayat mangsa yang sudah berbau di atas katil di dalam bilik rumah berkenaan.


“Anak mangsa pula ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan kerana dipercayai tidak makan dan minum sejak tiga hari lalu. Ketika ditemui dia duduk lesu di sebelah mayat ibunya,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Zamani berkata, hasil pemeriksaan awal pihaknya menemui kesan kecederaan di kepala mangsa dipercayai akibat tikaman benda tajam.


Berikutan penemuan mayat wanita yang berasal dari bandar Sibu itu, polis menahan bekas suaminya di sekitar bandar Sibu kira-kira jam 4.30 petang semalam, untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


“Anak mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Sibu dan polis masih menyiasat untuk mengenalpasti punca wanita itu dibunuh,” katanya.
 
 
 
Ya Allah...ksian kt anak ni. sedeh sungguh :-"<.
Kenapa ada org jahat sampai macam ni.
 
moral : jangan jadi jahat
 
 
 
 
 

10 comments:

  1. things happened for a reason

    byk pengajaran yg boleh diambil dr sini.
    thanx for sharing.

    :)

    ReplyDelete
  2. ksiannya~~~~~~~~~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  3. kesiannya...................

    ReplyDelete
  4. Kasihan, simpati ...semoga dipermudahkan kehidupan anak ini.

    ReplyDelete
  5. boneka. ya..must have reasons. but it is something that we can avoid. kita amek pengajaran.

    sukma, sgt lah kesian :-(

    mamawana, amin..mudah2an.

    ReplyDelete
  6. kesiannya...sampai hati si pembunuh tu......

    ReplyDelete
  7. itu la kak...sampai hati kan. imagine budk tu sorang2 kt rumah kejutkan mak dia n mak dia tk bangun...pastu dia tunggu je sbelah mak dia. sedeh sunngguh rasa. :-(

    ReplyDelete
  8. kejam kejam kejam....huhu....manusia makin kejam...

    ReplyDelete
  9. cian budak tu... eee, manusie makin jahat!!! benci!!!

    ReplyDelete
  10. mier, ye..sgtlah kejam. hrp2 da habis org kejam mcm ni

    cik Ain, itula..takut sbb manusia makin selfish n jahat.

    ReplyDelete