"Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya."
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
“Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”.
Itulah ungkapan yang sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk.
Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.
Hal yang demikian itu sebenarnya merangkumi segenap aspek dalam kehidupan seorang Muslim dengan lebih menyeluruh, bukan terhad hanya dalam soal hati. Ia adalah resepi kehidupan yang sempurna dalam kita mengejar kebahagiaan hidup yang hakiki. Di dunia dan di akhirat. Bersyukurlah dengan segala kurniaan-Nya. Hiduplah dengan penuh sederhana. Kerana itulah intipati kepada cara hidup Islam.
Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan. Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita.
Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.”
(Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)
Solat istikharah ialah solat untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya di antara dua pilihan. Hanya boleh beristikharah untuk benda yang HARUS sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan. Dalam hadis yang lain:
“…Tidakkan menyesal orang yang beristikharah”
Sabda Nabi SAW:
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(HR.Thabrani).
Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu; gerak hati), mestilah patuh.
Bila?
Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.
Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. Insya-Allah diberi petunjuk (tidak semestinya melalui mimpi).
Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut:
“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:
"Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”
(Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2)
Dalam pemilihan perlulah ada rasa tanggungjawab, tidak mengaibkan
atau menganiaya mana-mana pihak. Kita perlu sedar dalam percintaan,
dapat atau tidak org yg kita cintai itu adalah perkara kedua
(kerana itu sudah ditetapkan Allah), namun perjalanan percintaan itu
atau pemilihan itu perlu di betulkan supaya tiada kemudharatan kelak
di alam perkahwinan.
Banyak berlaku kes perceraian di zaman ini dan tidak dinafikan salah satu punca nya adalah
daripada attitude diri sendiri sebelum kahwin yang terlalu bermain..
Kadang2 orang itu dianggap org yang di 'cari-cari' dan serba perfect setelah memilih
dan 'mempermainkan' hati2 yang lain,
namun akhirnya bercerai juga dengan alasan tiada kesefahaman pula.
Kesesefahaman tidak akan dicapai melainkan ada sorang yg mengalah
dan ada sikap tolak ansur. Tidak mungkin dua orang berlainan fikiran
akan bersefahaman dalam semua perkara. Namun jika ada tolak ansur dipegang,
ego diketepikan insyaallah bahtera perkawinan akan selamat.
Bercinta lah dengan baik, jagalah hubungan dengan baik,
jangan bila ada satu perkara
yang tidak dipersetujui terus tinggalkan dan bila mahu, kembali lg.
Biar waktu susah, perhubungan patut lagi utuh. Untuk menilai sesuatu
hubungan nilai lah apabila kita di waktu susah siapa yg berada di samping kita.
Kerana bila di waktu kamu senang, musuh pun kdg2 dtg utk menjadi kawan.
Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua.
~internet~
makaseh berkongsi..
ReplyDeletealhamduliLlah dapat ilmu baru ^_^
:)
ReplyDeleteNICE ENTRY!
doa yang terbaek je..
ReplyDeleteperindu, ilmu perlu kongsi supaya slalu bertambah, hehe
ReplyDeleteboneka, :-)tq
mier, insyaallah..slalu doa :-)
semoga kak pah dapat suami yg soleh secepat mungkin....:)
ReplyDeletesedapnye teh tarik dan air kosong kak pah :-)
ReplyDelete