Wednesday, December 22, 2010

kopiah dan sebuah Al-Quran







Kopiah itu simboliknya solat. Supaya hati mu tetap pada setiap waktu solat mu. Agar sentiasa tenang dalam menjalani kehidupan. Supaya solat itu boleh menjaga diri mu dan utuh di kala susah dan bersyukur di kala senang.



Solat itu rukun islam ke-dua, sangat didahulukan setelah syahadah. Seperti sabda Rasulullah s.a.w "Solat itu tiang agama, sesiapa yg tidak mengerjakan solat diibaratkan telah meruntuhkan agama." betapa maksudnya solat itu sebagai sandaran kepada agama dan iman seseorang. Seandainya tidak dipenuhi solat, tidak sempurna islam seseorang, sepertinya tidak bernilai harga diri seorang muslim.




Solat itu amatlah berat bagi orang yang kurang imannya namun amat manis bagi yang menghayatinya dan khusyu'. Harta berjuta-juta tidakkan dapat menebus satu solat yg tertinggal disebabkan sibuk apabila di tanya di dalam kubur nanti. Ringankanlah anggota badan mu untuk 5 waktu solat yang wajib dan perkasakan lagi dengan solat sunat. Itulah kekuatan, pertahanan dan penjaga bg diri mu.





Sebuah Al-Quran itu biarlah dijadikan teman dan peganganmu. Setiap huruf di dalam Al-quran mempunyai pahala dan kelebihan. Jadikan penghiburmu dan peneman sunyi mu ialah Al-Quran. Mendendangkan Al-Quran itu membersih & melembutkan hati mu, menghilangkan marah mu, diberi ketenangan dan kesejukan kepada diri mu dan dibuka kan pintu rahmat untuk mu. Insyaallah.



Membaca Al-Quran walaupun tanpa memahami maksud diibaratkan seperti membawa air di dalam bekas yang berlubang. Walaupun air itu habis sebelum sampai ke destinasi namun bekas itu menjadi semakin bersih. Begitulah hati bagi yg membaca Al-Quran, walaupun tidak dpt memahami maksud smuanya namun hati akan bersih dengan kalimah Allah.





Mudah-mudahan Allah mengasihimu dan mempermudahkan segala urusan mu



p/s : pesanan kepada orang2 yg tersayang. cth: ank dll..






2 comments:

  1. suka tgk org pakai kopiah...sejuk mata memandang....

    ReplyDelete