Wednesday, December 22, 2010

kopiah dan sebuah Al-Quran







Kopiah itu simboliknya solat. Supaya hati mu tetap pada setiap waktu solat mu. Agar sentiasa tenang dalam menjalani kehidupan. Supaya solat itu boleh menjaga diri mu dan utuh di kala susah dan bersyukur di kala senang.



Solat itu rukun islam ke-dua, sangat didahulukan setelah syahadah. Seperti sabda Rasulullah s.a.w "Solat itu tiang agama, sesiapa yg tidak mengerjakan solat diibaratkan telah meruntuhkan agama." betapa maksudnya solat itu sebagai sandaran kepada agama dan iman seseorang. Seandainya tidak dipenuhi solat, tidak sempurna islam seseorang, sepertinya tidak bernilai harga diri seorang muslim.




Solat itu amatlah berat bagi orang yang kurang imannya namun amat manis bagi yang menghayatinya dan khusyu'. Harta berjuta-juta tidakkan dapat menebus satu solat yg tertinggal disebabkan sibuk apabila di tanya di dalam kubur nanti. Ringankanlah anggota badan mu untuk 5 waktu solat yang wajib dan perkasakan lagi dengan solat sunat. Itulah kekuatan, pertahanan dan penjaga bg diri mu.





Sebuah Al-Quran itu biarlah dijadikan teman dan peganganmu. Setiap huruf di dalam Al-quran mempunyai pahala dan kelebihan. Jadikan penghiburmu dan peneman sunyi mu ialah Al-Quran. Mendendangkan Al-Quran itu membersih & melembutkan hati mu, menghilangkan marah mu, diberi ketenangan dan kesejukan kepada diri mu dan dibuka kan pintu rahmat untuk mu. Insyaallah.



Membaca Al-Quran walaupun tanpa memahami maksud diibaratkan seperti membawa air di dalam bekas yang berlubang. Walaupun air itu habis sebelum sampai ke destinasi namun bekas itu menjadi semakin bersih. Begitulah hati bagi yg membaca Al-Quran, walaupun tidak dpt memahami maksud smuanya namun hati akan bersih dengan kalimah Allah.





Mudah-mudahan Allah mengasihimu dan mempermudahkan segala urusan mu



p/s : pesanan kepada orang2 yg tersayang. cth: ank dll..






Read More......

Monday, December 20, 2010

Hari kehancuran kita...

Salam.
Hari ni dapat MC sebab ptg semalam pitam. Sedar-sedar da terbaring
kat atas simen luar rumah dan kunci rumah masih kt tombol pintu. Ada sorang
budak laki yg br sampai terpinga2 tgk sy buat apa terbaring ats simen kot.
(sy pun mula2 konfuse apa sy buat kt ats simen luar rumah).

Pegi klinik panel, doktor cek bnyk bengkak kt kpala bahagian blakang
(memang sakit sgt2, cam nk pecah). Tak tau terhantuk mana sbelum jatuh.
Dia suggest suh x-ray. mlm tu refer kakak dan dia suh scan terus.
harini wpun dapat MC dua2 pun sy tak buat. Dok rumah je
buat research project yg tak abes2.

Apa yg sy nk btau, sakit nye bila sakit dan sy imagine kalau mati
lagi la sakit. Sakit mati, lpstu sakit kt dalam kubur ngn malaikat
yg bertanya dan kena pukul kalau amalan jahat. Rasa insaf jugak.
Pastu bila dibangkitkan lagi takut. kt sini skarang kita tak rasa takut tu sgt.
Sebab sy br baca emel dan sy nk sharing sini wpun tk tau
adakah exactly seperti tu. Allah lebih mengetahui.

Harp2 boleh buat kita takut dan lebih berhati2 dengan amalan.
Sy memang rasa takut.


-----------------------------------------------------------------------------------

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


ⅰ - Pemimpin yang adil.
ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani.

Read More......

Sunday, December 19, 2010

Your Imperfection...makes me a better person


"Perfection itself is imperfection."



Apa yg anda rasa 'imperfect' dalam diri
kadang-kadang melengkapkan orang lain, membantu
orang lain.


 
Kebahagiaan tu milik semua...
 

....Saya tertarik dengan entry sini.

sila baca kalau rajin..:)



Even imperfection itself may have its ideal or perfect state.












 


Read More......

Wednesday, December 15, 2010

kanak-kanak lesu disebelah mayat ibu..



muka dia sedeh je...:-(


Mangsa dipercayai dibunuh tiga hari lalu



KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui dalam keadaan letih, kelaparan dan tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang dipercayai dibunuh tiga hari lalu di rumah sewa mereka di Jalan Hua Kee di sini, petang semalam.

Kanak-kanak itu dikatakan tidak makan dan minum dalam tempoh berkenaan selepas ibunya yang berusia 34 tahun mati.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata mayat mangsa yang juga seorang ibu tunggal ditemui tuan rumah itu yang datang untuk mengutip sewa kira-kira jam 3.30 petang semalam.


Beliau berkata, tuan rumah itu mengesyaki sesuatu selepas panggilannya di pintu rumah beberapa kali tidak dijawab, selain terhidu bau busuk dari dalam rumah berkenaan.


“Polis yang menerima panggilan daripada orang awam bergegas ke rumah itu dan menemui mayat mangsa yang sudah berbau di atas katil di dalam bilik rumah berkenaan.


“Anak mangsa pula ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan kerana dipercayai tidak makan dan minum sejak tiga hari lalu. Ketika ditemui dia duduk lesu di sebelah mayat ibunya,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Zamani berkata, hasil pemeriksaan awal pihaknya menemui kesan kecederaan di kepala mangsa dipercayai akibat tikaman benda tajam.


Berikutan penemuan mayat wanita yang berasal dari bandar Sibu itu, polis menahan bekas suaminya di sekitar bandar Sibu kira-kira jam 4.30 petang semalam, untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


“Anak mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Sibu dan polis masih menyiasat untuk mengenalpasti punca wanita itu dibunuh,” katanya.
 
 
 
Ya Allah...ksian kt anak ni. sedeh sungguh :-"<.
Kenapa ada org jahat sampai macam ni.
 
moral : jangan jadi jahat
 
 
 
 
 

Read More......

Tuesday, December 14, 2010

Speechless





Speechless. Sorry for the second time....I really mean it.


Ya Allah..jauhkanlah kuceng-kuceng yg sgt comel dari aku
buat sementara waktu ni. :-(






Read More......

Saturday, December 11, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah...seram!!!!

Salam dan selamat malam.

Tghari tdi kami pegi tgk 'hantu kak limah balik rumah'. hikhihikk....
punya la lama tk tgk wayang
Mamat Khalid punye crita mmg miss cluck sgt minat.
Sy ok je, boleh layan jugak.


Meh sy citer skit...supaya korang2 berminat utk pegi tgk dan abeskan duit
macam kami.


Masih misteri di kampung Pisang (sama ngn zomba kg pisang.).
Usin br pulang dr singapore ke kg pisang setelah lama merantau di sana
cari rezeki. Bila sampai rumah dia, dia nampak kak Limah tepi tingkap ala2
muka misteri ngn putih2 gtu. Kak Limah tu jiran Usin.


Pastu mlm tu kak limah ngn misterinya ada sbelah usin kt atas katil...jeng jeng jeng..
dan bermua lah cerita misteri kak limah ni.
Org kampung pergi buat inspection di rumah Kak Limah dan mereka tlh
menjumpai mayat.


hehehe...mayat siapa kah itu?

Apakah yg telah terjadi pada kak limah?

Siapah cik nin makwe usin itu?

dan siapakah pula Ayu?

Akhir skali, siapakah hantu yg sebenar-benarnye...ekekeke.
memang 'ngok ngek' citer ni....

Citer hantu komedi yg bleh buat sy tutup mata sambil gelak.
ok...sy memang penakut. :-">

Saksikan juga bomoh2 yg dibawa oleh penduduk kampung pisang
untuk menyelesaikan misteri..hahaha..
(jgn percaya bomoh...)


sekian saja preview dari Pooh.
selamat menonton. hehhehe....


"Kak Limah, tak tgk akademi fantasia ke..?"     ~Usin~




Read More......

Thursday, December 09, 2010

jodoh itu ketentuan


"Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya."

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.


“Jodoh ketentuan di tangan Tuhan”.


Itulah ungkapan yang sering kita dengari apabila berbicara tentang soal hati. Malah ada yang sudah berputus asa dan rasa muak dengan ungkapan tersebut kerana sudah sering mendengarnya setiap kali usai meluahkan rasa hati kepada seseorang. Jangan sekali-kali kita berputus asa daripada rahmat Allah sebaliknya, sandarkan lah perjalanan hidup kita kepada ketentuan Qada’ dan Qadar, iaitu takdir yang baik mahupun yang buruk.


Itu adalah syarat pertama jikalau kita mahu mencari pasangan hidup, dengan tujuan kerana ingin mendapatkan keredhaan-Nya. Jika kita hanya mencari pasangan kerana terikut-ikutkan keadaan semasa di sekeliling kita, atau hanya kerana suka-suka, nescaya tujuan kita itu tidak disandarkan kepada iman sepenuhnya dan nescaya hati kita akan gundah-gulana dan bagaikan dirobek apabila pilihan di hati tidak menjadi kenyataan.



Hal yang demikian itu sebenarnya merangkumi segenap aspek dalam kehidupan seorang Muslim dengan lebih menyeluruh, bukan terhad hanya dalam soal hati. Ia adalah resepi kehidupan yang sempurna dalam kita mengejar kebahagiaan hidup yang hakiki. Di dunia dan di akhirat. Bersyukurlah dengan segala kurniaan-Nya. Hiduplah dengan penuh sederhana. Kerana itulah intipati kepada cara hidup Islam.



Usaha kita dalam mencari jodoh perlulah bersandarkan kepada iman dan diiringi dengan doa yang berpanjangan. Berdoalah banyak-banyak dengan bersungguh-sungguh kerana mengharapkan rahmat daripada Allah agar insan yang kita pilih itu dijodohkan dengan kita.



Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.”
(Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2)




Solat istikharah ialah solat untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya di antara dua pilihan. Hanya boleh beristikharah untuk benda yang HARUS sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan. Dalam hadis yang lain:


“…Tidakkan menyesal orang yang beristikharah”


Sabda Nabi SAW:
“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”

(HR.Thabrani).


Kalau sudah beristikharah dan Allah dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu; gerak hati), mestilah patuh.


Bila?
Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.


Berapa lama?
Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. Insya-Allah diberi petunjuk (tidak semestinya melalui mimpi).


Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut:
“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:



"Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.

Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”

(Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2)



Dalam pemilihan perlulah ada rasa tanggungjawab, tidak mengaibkan
atau menganiaya mana-mana pihak. Kita perlu sedar dalam percintaan,
dapat atau tidak org yg kita cintai itu adalah perkara kedua
(kerana itu sudah ditetapkan Allah), namun perjalanan percintaan itu
atau pemilihan itu perlu di betulkan supaya tiada kemudharatan kelak
di alam perkahwinan.


Banyak berlaku kes perceraian di zaman ini dan tidak dinafikan salah satu punca nya adalah
daripada attitude diri sendiri sebelum kahwin yang terlalu bermain..

Kadang2 orang itu dianggap org yang di 'cari-cari' dan serba perfect setelah memilih
dan 'mempermainkan' hati2 yang lain,
namun akhirnya bercerai juga dengan alasan tiada kesefahaman pula.




Kesesefahaman tidak akan dicapai melainkan ada sorang yg mengalah
dan ada sikap tolak ansur. Tidak mungkin dua orang berlainan fikiran
akan bersefahaman dalam semua perkara. Namun jika ada tolak ansur dipegang,
ego diketepikan insyaallah bahtera perkawinan akan selamat.


Bercinta lah dengan baik, jagalah hubungan dengan baik,
jangan bila ada satu perkara
yang tidak dipersetujui terus tinggalkan dan bila mahu, kembali lg.
Biar waktu susah, perhubungan patut lagi utuh. Untuk menilai sesuatu
hubungan nilai lah apabila kita di waktu susah siapa yg berada di samping kita.
Kerana bila di waktu kamu senang, musuh pun kdg2 dtg utk menjadi kawan.

Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua.

 ~internet~




Read More......

Wednesday, December 08, 2010

Malaysia Sudoku Championship


If you have tried Sudoku, you will agree that it is an excellent tool to help
improve or maintain our mental agility. Calling all Sudoku fans, players and

warriors! Come and join the fun and excitement of solving Sudoku with hundreds of

other players, at the first-ever Malaysia Sudoku Championship, happening next

month 12th December at Shaw Parade,KL.



The details of the championship are as follows:


Title : MALAYSIA SUDOKU CHAMPIONSHIP


Date : 12 December 2010 (Sunday)


Time : 9.00 am – 5.00 pm


Venue : Shaw Parade, Kuala Lumpur



p/s : I'm interested!!!!! :-d








Read More......

Monday, December 06, 2010

Life...Salam Maal Hijrah

Must be 'some time' when we are alone and thinking about ourselves. What we are going to be in 10 years later? 20 years..? siapa kita sekarang...siapa kita dahulu...ada change ke..? dr segi pakaian....rupa paras (dulu kecik mcm kajol, skarang cam angelina jolie), perangai kita. big mistakes we've done in our life, wrong in making decision lead us to where we are now. dosa kita...dosa besar kah atau kecil? menangiskah bila kenang ini semua? especially yg masih bujang....yg life masih terumbang ambing. upside down most of the time.


Kita rasa kita kuat bila kita blum diuji. takkan buat perkara itu..perkara ini...teruknya org yg buat mcm itu, macam ini. Tapi bila kita diuji sebagaimana org itu diuji mampu kah kita lawan? atau jadi lebih teruk dari dia.


I just want to say here for those who has regreted for what they have done..our mistakes, our sins, our wrong decisions..jangan takut untuk berubah. Jgn sebab bila rasa takut dan rasa xguna lagi...biarkan saja diri terus lakukan kesalahan. U-turn back to our fitrah (yg suci lg murni). Jangan pertikaikan kasih sayang n rahmat Tuhan. ("takut mahu berubah sebab trlalu bnyk dosa, Allah sudah benci aku"). biarlah sisa umur yg tinggal masih sempat rasa nikmat bahgia yang betul. make sure in 20, 10 years later we also (yg buat mistakes besar dlm hidup) can live as normal as other normal people. Mulakan perubahan sekarang..ikhlas kerana DIA. U-Turn ke jalan yg lurus.


Ini khusus utk org yg penah lakukan big mistakes dlm hidup..bukan mistake biasa2 je cam tersalah pilih saiz baju masa shopping ke (itu masalah biasa k..;-d).

JIka anda pernah jatuh...anda kena bangun balik. jika dulu kaya tiba2 Allah tarik nikmat kaya dgn satu tarikan sajer, it was definitely a disaster but look back and think back. Apa yg saya buat dengan kekayaan saya...? mesti ada sebab sesuatu itu terjadi...satu sebagai pengajaran, dua sbgai ujian semata2. Kan lebih baik Allah tarik kekayaan daripada Allah tarik nikmat anggota badan mcm tangan, kaki, hidung. hehe...kita boleh usaha lg dengan tulang 4 kerat. tiada putus asa dalam Islam.


Knapa sy buat entry ni....? ..mybe sy included dlm people yg buat big mistakes :-( ??  sy risau pada org yg saya concern?? dlm paper terlalu byk kes2 yg mcm2 lately..?? 


Yg penting sudah hampir awal muharram...azam baru, hijrah ke arah yg lebih baik, perbetulkan kesalahan terutamanya yang melibatkan dosa.


** Edit previous post


Apabila Alloh menghendaki kebaikan bagi hamba-Nya, maka Alloh bukakan pintu taubat baginya. Sehingga ia benar-benar menyesali kesalahannya, merasa hina dan rendah serta sangat membutuhkan ampunan Alloh. Dan keburukan yang pernah ia lakukan itu merupakan sebab dari rahmat Alloh baginya. Sampai-sampai setan akan berkata, “Duhai, seandainya aku dahulu membiarkannya. Andai dulu aku tidak menjerumuskannya kedalam dosa sampai ia bertaubat dan mendapatkan rahmat Alloh.” Diriwayatkan bahwa seorang salaf berkata, “Sesungguhnya seorang hamba bisa jadi berbuat suatu dosa, tetapi dosa tersebut menyebabkannya masuk surga.” Orang-orang bertanya, “Bagaimana hal itu bisa terjadi?” Dia menjawab, “Dia berbuat suatu dosa, lalu dosa itu senantiasa terpampang di hadapannya. Dia khawatir, takut, menangis, menyesal dan merasa malu kepada Robbnya, menundukkan kepala di hadapan-Nya dengan hati yang khusyu’. Maka dosa tersebut menjadi sebab kebahagiaan dan keberuntungan orang itu, sehingga dosa tersebut lebih bermanfaat baginya daripada ketaatan yang banyak.”


Salam Maal Hijrah pada semua :-)





Read More......

Saturday, December 04, 2010

jauhi maksiat..kenapa kah?



Salam :-)

Ini ada sharing lagi untuk kita smua, semoga bermanfaat.
Terutamanya bagi golongan remaja, anak muda, org pertengahan,
org hampir tua dan juga org tua (erk..kira sume2 lah).

Di zaman serba IT, canggih moden, bangunan tinggi,
pakaian sumer berfesyen ala2 kain kehabisan stok di Kamdar,
kita lupa ingatkan diri kita dengan kebahayaan maksiat.
dan kita pun tergolong dalam org yg membuat maksiat mungkin.


Jom kita ingatkan diri kita sekarang knape kita
tak boleh buat maksiat.??? why...???
sila layan dan baca dengan hati khusyu' dan serius.

bebaskan diri anda dari murka Allah


1) Seorang hamba akan terhijab dengan Tuhan nya kerana maksiat. 
"Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar
terhalang dari (melihat) Tuhan mereka".
~Al-Muthaffifin : 15~


2) Maksiat akan menjauhkan seseorang hamba dari penciptanya kerana
apabila buruk perbuatan seorang hamba, dia akn cenderung
dan selalu berburuk sangka. Prasangka buruk pada Allah.


3) Maksiat hanya membuatkan pelakunya selalu bersedih. ya..memang.

"Bangunan bangunan (masjid dhirar) yang mereka dirikan itu (setelah 
dihancurkannya) menjadi pangkal kesedihan dan penyesalan dalam hati 
mereka (kaum munafiq)"
~At-Taubah : 110~


4) Pelaku maksiat akan selalu merasa takut dan bingung dalam hidup.

"Akan kami masukkan dalam hati org kafir rasa takut,
disebabkan mereka mempersekutukan Allah....."
~Al-Imran : 151~


5) Kehidupan pelaku maksiat akn menjadi susah

".....maka baginya penghidupan yg sempit....."
~Thaha : 124~


6) Hati pelaku maksiat akan semakin keras mcm stainless steel

"....dan Kami jadikan hati mereka keras membatu...."
~Al-Maidah : 13~


7) Wajah pelaku maksiat akan menjadi hitam muram, walaupun 
dia putih. akan hilang 'nur' diwajah nya...walau senyum pun tp 
seperti fake smile.

"....adapun orang2 yg hitam muram wajahnya (kepada mereka) di katakan,
kenapa kalian kafir...."
~Al-Imram : 106~


8) Menimbulkan perasaan benci di dalam hati setiap makhluk terhadap
pelaku maksiat.


9) Pelaku maksiat akan mengalami kesulitan dalam mendapatkan rezeki.


10) Pelaku maksiat akan mendapat murka Tuhan, nilai keimanannya
yg menurun dan mengalami musibah dan kesedihan.

".....oleh kerana itu mereka mendapat kemurkaan (sesudah)
mereka mendapat kemurkaan"
~Al-Baqarah : 90~

"...dosa-dosa yg mereka lakukan itu telah menutup hati mereka..."
~Al-Muthaffifin : 14~



Pahitnya dosa akan menafikan manisnya ketaatan, manisnya keimanan
dan nikmatnya kebahagiaan. Ibnu Taimiyah mengatakan 
"Maksiat akan menghalangi hati menjelajahi ruang tauhid
(dalam keesaan Tuhan)."


Apapun Allah tidak pernah menhalang hamba-Nya untuk bertaubat,
kecuali hamba itu sendiri yg menghalang diri nya dari bertaubat
dan melengah-lengahkan taubat.

Tahukah kalian dengan melengah-lengahkan taubat adalah satu
petanda untuk anda tidak sempat bertaubat sebelum mati.
sama-sama kita saling memperingati. :-)



sumber : La Tahzan






Read More......