Saturday, January 16, 2010

tersenyumlah



Dia berkata   :  "Langit sedih dan terlihat murung".
Aku berkata  :  "Tersenyumlah! Biarkan kemurungan itu ada di langit".
Dia berkata   :  "Kesamaran telah merasuk".
Aku berkata  :  "Tersenyumlah! Dukacita tidak akan pernah kembali, sebab ia telah mati".
Dia berkata   :  "Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku dan telah menjadi neraka Jahanam. Dia khianati janji setelah merenggut hatiku. Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum"?
Aku berkata  : "Tersenyumlah dan bersenanglah. Kalau kau tetap bersama kesedihan, akan kau habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan".

senyum


Dia berkata  : "Perniagaan mendekati kerugian seperti seorang musafir yang hampir mati kehausan atau seperti singa yang haus darah.
Aku berkata : "Tersenyumlah! Kau bukanlah penyebab kesembuhannya kecuali bila kau mahu tersenyum. Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dengan perasaan takut, engkau merasa bahawa engkaulah pendosa itu?"
Dia berkata  : "Musuh sedang berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutiku. Bukankah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihatku?"
Aku berkata  : "Tersenyumlah! Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu jika kau tidak lebih mulia daripada mereka".



Dia berkata  : "Musim telah jelas tanda-tandanya tergambar padaku di pakaian dan lukisan, sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku. Namun tidak ada satu dirham pun di kedua telapak tanganku."
Aku berkata  : "Tersenyumlah! Bukankah kau masih hidup? Kau bukanlah termasuk orang yang tidak mempunyai kekasih".
Dia berkata  : "Malam-malamku berlalu dalam kepahitan".
Aku berkata  : "Tersenyumlah! Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihatmu sedang besenandung. Wahai sahabat. janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan raut mukamu menampilkan kesedihan. Tersenyumlah...! Sungguh bintang bintang pun tersenyum dan kegelapan akan saling berbenturan. Oleh kerana itu, kita menyukai bintang-bintang".


senyum lagi n lagi...


Dia berkata : " Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Ia datang ke dunia ini dan tetap akan pergi walau terpaksa".
Aku berkata : "Tersenyumlah! Selagi hanya di kandung badan, selama engkau masih hidup sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum".





lagi2 senyum...always smile




sumber : La Tahzan
Model : keldai shrek n kawn2





4 comments:

  1. 3 model iklan ubat gigi..fresh & white

    ReplyDelete
  2. ermm...senyum smua org akn manis. tq jard :-)

    weh..aku boh pic mu n syid sbb kalo aku tgk mesti nk gelah. hehehe...

    ReplyDelete