Tuesday, July 13, 2010

lying



“Dan janganlah menutupi Kebenaran dengan kepalsuan, atau menutupi Kebenaran sedangkan kamu mengetahui (apa yang benar)”. Sura 2:42 (Yusuf Ali)




Bohong atau menipu, membawa impak besar kepada diri yang menipu dan juga orang sekelilingnya. Kerana menipu bukan sahaja membawa impak negatif diri penipu, kerana ALLAH mengetahui tipu dayanya tetapi kadangkala memberi kesan kepada masyarakat. Menipu dalam apa jua, adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam.



Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa menipu untuk sekadar bergurau juga tidak dibenarkan dalam Islam. Sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith,

“Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Hadith ini Sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)


Menipu juga adalah termasuk dlm sifat-sifat orang munafik

Moga kita tidak termasuk dikalangan orang yang menipu dan tertipu. Kerana orang yang bergantung harap kepada Allah, dan sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim yang mukmin, pasti tidak akan menipu atau tertipu. 

Mudah-mudahan menjadi peringatan pada diri sendiri dan kawan-kawan.


Hati diuji dan tak tenang.....

  "Ya Allah, bagilah ketenangan pada hati yang gundah, berilah petunjuk pada hati yang perlukan cahaya, berilah keyakinan pada hati yang ragu, berilah kasih sayang pada hati yang benci, berilah ketetapan pada hati yang bertaubat. Keyakinanku adalah pada rahmat-Mu dan biarkan aku redha dengan takdir-Mu. Jadikanlah hati ini hati yang baik pada saat susah dan senang. Amin...."








 

2 comments:

  1. skali org tipu kita smpai bila2 kita xakn percaya lg...
    TQ 4 sharing....

    ReplyDelete
  2. erm..kalau dia berubah alhamdulillah kak, takut yg tak pernah serik dan penipuan sudah jadi mcm darah daging. tu yg sedih...mudah2an org muslim xdela macam ni.

    ReplyDelete