Saturday, December 12, 2009

Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas!

Tersebut satu kisah;

 

Ada seorang banduan baru dimasukan ke dalam penjara. Seperti penghuni baru yang lain, dia murung dan menyendiri. hatinya sangat lusuh.


Pada suatu ptg, persekitaran sel riuh rendah disebabkan penghuni baru trsebut dengan nekad telah meminum cecair peluntur yg ada di dalam bilik dobi untuk tujuan membunuh diri. Nasib baik tindakan pantas penghuni lain berjaya menyelamatkan nyawanya namun keadaan nya sgt kritikal.

Di katil hospital selepas dia sedar, warder penjara telah bertanya kenapa dia sanggup untuk membunuh diri. Dalam keadaan lesu dia menceritakan kisah hidupnya.

" Saya mempunyai 3 orang anak yang semuanya masih dibangku sekolah. Yang paling tua adalah perempuan tingkatan 5 manakala yang lain adalah lelaki masih di sekolah rendah.
Sebulan sebelum sy ditahan di sini, isteri saya sakit kuat dan dalam perjalanan ke hospital, dia telah meninggal dunia." air matanya mula menitis.

"Saya dan anak2 rasa begitu sukar hidup tanpa dia, hampir setiap hari kami menangis. Apatah lagi anak perempuan saya yg terpaksa mengambil alih tugas ibu kepada kedua adiknya." dia berhenti sebentar, pandangan matanya lesu.

"Dalam segala kesusahan ini, saya pula ditahan. Pada hari sy dibawa pergi, sy melihat mereka berpelukan sesama sendiri sambil menangis".


"Setiap saat di sini sy terbayangkan wajah anak2 saya, bagaimanalah keadaan mereka melalui hari2 tanpa ibu dan ayah. Siapa yg menguruskan makan mereka, siapa yang menjaga mereka, kepada siapakah mereka mengadu pada mlm hari jika mereka sakit?" ujarnya pilu.

"Terbayang wajah anak perempuan sy, betapa usia mudanya berlalu dengan percuma, dia tidak seperti anak gadis yg lain, hidupnya tidak punya masa depan lg. Dia terpaksa menguruskan sluruh keperluan adik2, mengorbankan dirinya sendiri." menangis.

"Saya terkenang sekiranya anak saya keluar rumah...mereka tentu akan diejek kerana mereka anak seorang banduan. Alangkah malunya mereka dan malang hidup ini buat mereka."


"Sy tidak mampu mengenang lagi, jadi saya mengambil keputusan biarlah saya mati sahaja." Dia mengakhiri ceritanya seperti memberikan jawapan kepada soalan td."

Warder tersebut memberikan selaut empati. Sambil menatap wajah banduan tersebut, dia berkata.

"Anda tentu selalu berfikir tentang anak2 di luar sana dengan segala penderitaan yg mereka tanggung, ya itu benar. Mereka telah hilang kegembiraan masa muda mereka, ya itu benar." bicaranya mengajak banduan itu berfikir.

"Tetapi tidakkah anda fikir dalam segala kesusahan, kesakitan dan penderitaanitu mereka masih mampu bertahan, kenapa?" dia melontarkan soalan tanpa mahukan jawapan.

"Jawapannya hanya satu, mereka tahu bahawa mereka masih punya seorang ayah. Inilah satu-satunya benda yang mereka ada, harapan yang tinggi kerana anda masih hidup! kekuatan inilah yang menjadikan mereka boleh menghadapi segala kesusahan yang anda bayangkan td, tetapi cuba bayangkan kalau itu pun tiada. Apa lg yg masih tinggal pada mereka? Anda....hampir2 sahaja telah mengambil itu drpd mereka". Dia mengakhir kata2.

Banduan itu sperti terjaga dan matanya bercahaya.

"Kenapa sy tidak fikir begitu, ya?" tingkahnya mencari jawpandari lubuk mindanya.
"Saya janji akan terus bertahan demi anak-anak saya. Pasti!" ujarnya lg. Dia merasa seolah2 mendapat angin dingin dari benua baru, yg sebenarnya angin dingin dari sisi lain pemikirannya yg selama ini membelenggu. Dia mendapat harapan.


Begitula kedudukan harapan dlm kehidupan manusia. Tanpa makanan manusia akan mati after several days tp tanpa harapan manusia boleh memilih utk mati pada waktu itu juga.

Oleh itu pupuklah harapan pada Allah dalam hidup ini sesubur yg mungkin. Bila kita hilang harapan utk sesuatu kita masih ada Allah utk diletakkan harapan. Semakin subur harapan pada Allah, semakin bertenaga seorang insan menghadapi hidupnya. Akan tumbuh pohon2 amal, kekuatan dalaman jd perkasa kerana hakikatnya dia menyandarkan segala kekuatan dan jaminan kepada-Nya.

Ingatla, apabila perkara lain tewas, harapan jagan tewas!!



sumber : U-Turn ke jalan lurus




 

3 comments:

  1. cerita benar ke neh?? yep... tiada harapan leh membunuh org on the spot.. mcm dlm muvi "Children of men"

    ReplyDelete