Thursday, July 16, 2009

Sharing is Caring...Caring is Loving




Sebagai seorang manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Dosa yang kita tidak sedar seperti mengumpat, pandangan mata, telinga, percakapan kita yang menyakitkan hati orang, riak, ujub, sombong, itu antara dosa yang boleh terjadi kepada kita dalam keadaan yang kita tidak sedar. Dan dosa yang kita sedar dan tahu itu adalah satu dosa tapi tak kuat iman untuk menolak seperti zina, minum arak, umpat dalam keadaan sedar, membunuh, berkhalwat.



Membuat dosa bukanlah sesuatu yang menyeronokkan walaupun nampak macam menyeronokkan. Hati resah, jiwa kacau, diri menjadi tidak terurus, fikiran kusut, perangai akan berubah dari normal. Fitrah jiwa sudah jauh tinggalkan kita. Tuhan pun makin jauh. Hati hitam dan bertambah hitam jika tidak bertaubat. Dan sangatlah hairan orang yang boleh berterusan melakukan dosa besar sedangkan dia tahu. Tidak stress ke hidup?? Sangatlah stress...



"Seorang mukmin memandang dosanya bagaikan gunung yang akan runtuh menimpa dirinya, sedangkan seorang pendosa menganggap dosanya seperti seekor lalat yang menclok di hidungnya, cukup diusir dengan tangannya.” (Bukhari-Muslim).



Taubat merupakan perintah yang harus dijalankan tatkala debu-debu dosa telah banyak menutupi hati seorang muslim. Yang tidak dapat dielakkan bahwa taubat sering kali ditunda-tunda pelaksanaannya. Akibat dari penundaan ini dosa makin hari terus saja mengunung. sesuai dengan hadis yang diatas seorang muslim ketika telah membuat dosa hatinya akan selalu merasa was-was. Sampai ia akhirnya taubat dan memohon ampun dari dosa yang baru saja ia perbuat. Pendosa atau yang meremehkan dosa senantiasa mengangap perbuatan seperti lalat yang menghinggapi batang hidungnya. Jika ia susah bernafas dia akan memukul lalat tadi supaya pergi.



Ajal datang tanpa diundang, tak kira umur, tak kira jantina, tak kira kaya atau miskin, tak kira glemer atau hidup sorang-sorang. Kita tidak merasa dekatnya mati kerana kita sihat, kerana kita kaya, kerana kita ada kawan dan boleh berseronok. Tapi ada baiknya sebelum tidur malam...dalam gelap kita fikirkan balik kejadian kita...dilahirkan...kemudian umur sekarang...dan banyak mana lagi umur yang sempat kita redahi kat muka bumi ni. Yang pasti tak ada sorang pun manusia yang tak akan mati. Oleh itu mati adalah sebaik-baik pengajaran dan peringatan untuk tidak menangguhkan taubat.


Pintu taubat sentiasa terbuka kerana DIA Maha Pengasih dan Penyayang. Cuma persoalannya kita tahu ke bila kita akan mati dan dalam keadaan yang macamana. Kalau ditakdirkan penzina dicabutkan rohnye ketika dia sedang melakukan perbuatan maksiat tersebut tidakkah dia mati dalam keadaan yang sgt terhina..? Oleh itu marilah kita sama-sama lembutkan hati kita untuk bertaubat dan tidak bertangguh.

* Sambil2 buat blog ni aku pesan kt students supaya cepat siapkan eksperimen diorang dengan alasan nak amek anak aku kt sekolah. Macam satu dosa jugak je ni bile pk kemudiannya..huhu. tanpa sedar



5 comments:

  1. aku ingt aku silap blog... tp btul la ni blog cik pah.. bila plak cik pah beranak?

    ReplyDelete
  2. betul tu..ajal maut ditgn Tuhan..tp kite kena la ready....semoga kite semua dirahmatiNYA..amin

    ReplyDelete
  3. kay,
    muahahaha...adake org nk kawen ngn aku kay :-p. sbenarnye aku nk cpt sbb nk pi mkn meehun sup.

    dalia,
    amin..kena sntiasa ready ye...takut ble pk.

    rona,
    tetiba je ye rasa..aiseh

    ReplyDelete
  4. ehehe.. dah ok ar...

    nways thanks for the tazkirah pagi2 jumaat yg berkat neh..

    ReplyDelete