Thursday, May 21, 2009

apa yang anda rasa




Pernahkah anda menyedari bahawa keadaan yang paling teruk apabila merindui seseorang adalah apabila mereka berada disamping anda namun anda tidak mungkin dapat bersama mereka?


Apabila anda tidak dapat merasai mereka di hujung jari anda, adakah anda merindui mereka?

Pernahkah anda terfikir apakah luka yang paling dalam sekali; berkata sesuatu dan kemudiannya berharap anda tidak melafazkannya, atau langsung tidak berkata apa-apa dan kemudiannya berharap anda telah melakukan sebaliknya?


Saya rasa perkara yang paling penting sekali adalah yang paling payah untuk disuarakan.


Jangan takut untuk memberitahu seseorang bahawa anda sayangkan mereka.


Jika anda lakukan, mereka mungkin akan mengecewakan anda tetapi jika anda tidak melakukannya, mungkin anda yang akan mengecewakan mereka.



Pernahkah anda mengambil keputusan untuk tidak bercinta hanya kerana anda takut kehilangan semua yang anda telah miliki bersamanya?


Hatilah yang memutuskan siapa yang ia sukai dan siapa pula yang tidak disukainya. Anda tidak boleh mengarah hati.Ia akan melakukannya sendiri…pada masa yang paling tidak anda sangka, mahupun diwaktu anda tidak mahu ia melakukannya.



Pernahkah anda ingin menyintai seseorang dengan sepenuh hati tetapi si dia terlalu takut untuk membenarkan anda?Kebanyakan dari kita masih terus dikelilingi penghalang, kerana kita bimbang terlalu mengambil berat, sedangkan si dia tidak seberapa, atau pun tidak sama sekali.


Pernahkah anda menyayangi seseorang dan mereka pula tidak pernah mengetahuinya?


Atau jatuh cinta pada kawan baik anda sendiri, tetapi terpaksa duduk disampingnya dan melihat dia jatuh cinta pada orang lain?


Pernahkah anda menafikan perasaan anda terhadap seseorangKerana perasaan takut ditolak adalah terlalu payah untuk ditangani?Ataupun anda menolak ketepi hasrat anda kerana merasakannya terlalu mustahil?



Kita menipu apabila kita takut …
takut pada apa yang kita tidak tahu,
takut pada apa yang orang lain akan fikir,
takut pada apa yang akan diketahui berkenaan kita.

Tetapi setiap kali kita menipu,
perkara yang kita takuti itu semakin menjadi-jadi.
Hidup adalah berkaitan dengan risiko
dan ia memerlukan anda bertindak.
Jangan menjadi seorang yang terpaksa memandang ke belakang
dan tertanya-tanya samada dia akan dapat
atau sepatutnya dapat.

Kadangkala hidup tidak memberi peluang kedua,
tiada yang akan menunggu selamanya
Kenangi masa lalu,
Ia yang telah menjadikan diri anda sepertimana sekarang.
Hargai masa Sekarang,
Ia adalah hadiah yang tidak ternilai.
Berdoalah untuk masa Hadapan,
Ia adalah dimana impian akan dipenuhi.



"Tidak ada sesuatu yang paling berharga
yang dimiliki oleh seseorang insan
selepas nikmat islam
selain teman yang soleh
Apabila kamu dapati
kewujudan kasih sayang padanya
maka peganglah dia
dengan sungguh-sungguh"

-Sayyidina Umar Al-Khattab-



2 comments:

  1. Hati tak boleh menipu..?
    boleh je

    ReplyDelete
  2. bole kot
    tp cam tipu diri sendiri

    ReplyDelete