Thursday, March 19, 2009

Tips utk perempuan...mencari pasangan


Sebelum hubungan cinta pergi lebih jauh, renungkan perkara berikut.

* Dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih daripada 10 kali setiap 10 minit (mmg miang daun keladi..cait)

* Daripada ceritanya kepada anda, jelas dia kaki joli dan kaki makan angin. Sudahlah begitu, daripada banyak tempat pelancongan dan percutian di dunia katanya, dia paling suka ke Thailand (mendalam makna thailand tuh).

* Apabila dia beritahu anda, isterinya tidak pernah memahaminya atau tidak pernah menjaga kebajikannya dan tidak pernah menghargainya sebagai suami, rupa-rupanya si isteri sedang sarat mengandung - anak ke sembilan! (hmmm...bole thn..).

* Anda perasan biji matanya macam hendak terjojol keluar apabila melihat semua wanita cantik, manis atau seksi, tidak keterlaluan jika dikatakan dia memang seorang yang menyakitkan dan tidak tahu menjaga perasaan (mata basketball).

* Dia mula menceritakan kesempitan wang dan menagih simpati anda supaya membantunya. Awas! Lelaki sebegini akan menjadikan anda mesin ATMnya! (bgtau dia kite takde akaun bank!! kais pg mkn pagi..)

* Tangannya mula miang-miang mahu pegang tangan dan pinggang anda walaupun baru satu jam anda berkenalan dengannya (tunjuk wajh ala2 singa kt dia..gataii..)

* Dia beritahu yang dia sebenarnya, bukannya ada hati dan hendak sangat bertemu janji dengan anda tetapi buat juga kerana kasihan sedangkan anda yang beria-ia sangat mahu menemuinya (xyah jumpe trus..cam terhegeh2 plak kite).

* Kawan-kawan anda yang mengenalinya memberitahu, dia menghidap penyakit kelamin kronik. (hmm..elakkan. merbahaya utk kesihatan dalaman anda. hehe)

* Dia langsung tidak beri peluang anda bercerita mengenai diri anda ataupun keluarga kerana dia rasa cerita mengenai keluarganya lebih menarik dan penting (selfish la gini..).

* Apabila anda pesan minuman ringan, dia pula memesan minuman beralkohol. Tentunya lelaki sebegitu kurang sesuai sebagai Muslim (mmg takleh wat laki...chow..)

* Apabila bercakap, kata-katanya umpama tin kosong konon bapanya saudagar minyak dan datuknya orang paling kaya di Sarawak tetapi bila bil makan sampai, dia buat tidak tahu saja. Anda juga yang terkorek-korek mencari duit dalam tas tangan (byr yg kita sorang je.huhu).

* Dia beritahu yang hatinya sangat terluka dan dia masih lagi bersedih kerana putus cinta dengan gadis hamil anak luar nikahnya. Apakah anda terus membuang masa bersamanya? Kalau anda seorang rasional, mengapa masih terus mahu bersama dirinya? (senyum..pastu tinggl kan dia).

* Dia kata yang dia impikan seorang isteri yang taat setia dan rela menjadi suri rumah sepenuh masa. Tetapi daripada apa yang anda faham dia sebenarnya mahu mencari tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, tukang gosok, tukang picit atau tukang sental, pendek kata semuanya tukang-tukang yang hebat (bgtau dia kita pun nk suami yg ada ciri2 cenggitu jgk..hehe).

Masihkah anda menyimpan hati pada lelaki sedemikian? Tidak salah sekiranya anda bertindak awal meninggalkannya tanpa ucapan.

Semoga bermanafaat.

2 comments:

  1. hahaha...
    mcm tu ka..aduiii...susah nye...
    kadang2 perkara2 mcm tu berlaku secara spontan.
    klu pandang pmpuan tu smua org laki wajib sbb nk jeleskan pasangan dia..supaya dia lbh syg kita..hehehe..entah lah..no body perfect.

    Always Smile

    ReplyDelete
  2. pandang gtu2 takpela.
    pandang yg betul2 tu susah la. boleh cam tau pandang gtu2 ngn pandang biasa

    ReplyDelete