Sunday, August 29, 2010

Ego dan cemburu




Ego itu ada pada lelaki. Cemburu itu ada pada perempuan.
Mungkin ada yg menyangkal tapi itulah sifat dominan mereka.
Boleh juga dikatakan fitrah sifat semulajadi.

Ego itu sifat istimewa lelaki, dianugerahkan Tuhan supaya mereka mempunyai maruah,
jati diri, keyakinan dan tanggungjawab. Ego ini menyebabkan lelaki menjadi lelaki dalam
erti kata sebenar, mempunyai sifat pelindung kepada wanita,
mempunyai sifat bertanggungjawab dan keberanian. Tetapi sifat yang istimewa ini akan
menjadi sebaliknya sekiranya lelaki tersebut merasakan ego itu satu keistimewaan.

Bagi wanita, mereka cemburu sekiranya kepentingan dan hak mereka dicerobohi.
Cemburu juga adalah keistimewaan wanita tetapi ianya tidak boleh diberikan
keistimewaan oleh pemiliknya.  Kebiasaannya cemburu ini dikaitkan
dengan hubungan antara lelaki dengan perempuan.


Dulu pernah seseorang bgtau yg dia sgt jeles bila tunangnya bercakap
pasal ex-dia sehingga kan mereka bergaduh. Sedangkan ex-tunangnya
telah berkahwin. Itulah cemburu wanita..bukan dia benci tunangnya tp dia rasa
dirinya kecil bila diceritakan tentang ex tersebut.

Bagaimana pula jika org yg kita syg di contact oleh ex nya yg masih belum berkahwin.
Dia juga tiada ikatan dengan lelaki yg disayangi tersebut. Cemburu itu pasti.
Slalu bertanya hanya akan mengundang padah sbb lelaki
itu ada ego, tdk suka soalan2 yg dirasakan perempuan mengawal dirinya.
SEdangkan perempuan bertanya untuk kepastian dan utk menghilangkan
rasa risau atau juga utk berhati-hati.
Hubungan yg dulu mesra mungkin makin dingin disebabkn ini.

Yg penting, utk lelaki jgn disebabkan ego kita lupakan perasaan org lain. Jgn
ego, ia menjadi baran yg boleh sebabkan lebih teruk dr pergaduhan (pukul dll).

Utk perempuan, jgn jeles mengeruhkan lg hubungan yg ada.
Menyebabkan jadinya pergaduhan. Bg saya stay away tu lebih baik dr
terjadinya pergaduhan bila nmpak perubahan pd diri org
yg disayang tersebut.


Apepun ambilla hubungan beserta dgn tanggungjawab. Relationship yg tanpa
tanggungjawb itulah yg menyebabkan perkahwinan tidak kekal lama,
mudah give up bila salah seorang hadapi kesusahan.


Dlm semanis kurma di TV9 haritu ada menyatakan bila hubungan
ikhlas kerana Allah, pasangan jaga solat, ibadat beserta tanggungjawab
sama dipikul, apapun halangan yg ditempuhi akan berakhir
dengan baik, bukan berakhir dengan perceraian. Insyaallah.

So jagalah sifat ego dan cemburu masing2 :-).




 

5 comments:

  1. saya prefer ego dan hipo.... hehehe. it's not negative in a way.

    ReplyDelete
  2. ade masa kita bole ego,tapi jgn lebih2 nanti lg teruk jadinyer..nice post..

    ReplyDelete
  3. yg penting kita brpegang kpd agama...insyallah masing2 saling brtimbang rasa n memahami....xde lg soal cemburu or ego.....

    ReplyDelete
  4. layan je hidup ni.. ikut cara Islam.. setel.. sebab Islam adalah cara hidup.. hehheeh

    ReplyDelete
  5. khairi, kalau yg tak -ve. tp byk yg ego negatif.

    life, stujuk2. hehe

    k.nza, agama itu asas yg paling pnting.

    bemie, ikut cara islam kan bemie..insyaallah. thanks

    ReplyDelete