Wednesday, March 31, 2010

lamanyer...



Lamanyer..........

 tak makan masak lemak ketam...
hrmmmm...(n_n)






Read More......

Monday, March 29, 2010

senyum


Benar, bila terjadi sesuatu perkara yang meninggalkan titik hitam dalam hidup, perkara yang membawa pergi semangat dan jiwa ...perkara yang kita tidak pernah terfikir akan singgah dalam hidup (divorce, hilang org tersayang, musibah, dosa) ...lebih2 lagi tidak dapat share dengan org lain, keyakinan akan hilang, kekuatan rebah, senyuman hilang..hati jadi pahit.

Lama kelamaan diri tersedar, diri sudah jauh tersasar dan tindakan tidak seperti mencerminkan diri sendiri yang dulu lagi. not being ourselves anymore. Jiwa meronta kenapa aku begini sedangkan bukan ini aku yg sebenar. Dimana senyuman, ketenangan, cita-cita...yang tinggal rasa putus asa, takut, murung.

Rasa sedih itu tidak salah, tp berterusan dalam kesedihan tanpa mencari jalan keluar adalah satu kerugian. Rasa kecewa atas sebab2 tertentu itu juga normal tapi untuk membenci, mencaci, berdendam itu tidak.

Cari balik kekuatan dalam hati...cari balik senyuman dalam diri, senyuman itu masih ada tersembunyi. Perbaiki diri untuk jadi diri sendiri yang ceria kembali. Setiap orang deserve to be happy, kita masing-masing ada takdir yang telah ditetapkan. Mungkin sekarang kita rasa susah tp di hadapan nanti kita rasa sangat bersyukur dengan apa yg telah terjadi :-)

Carilah diri sendiri anda dan berubahlah kepada yang lebih baik. Mulakan setiap pagi dengan sembahyang dan senyuman dan keyakinan. Jika pd permulaannya hanya memaksa kepada senyuman itu, lama kelamaan insyaallah senyuman itu akan turun ke hati.


Smiling is infectious,
you catch it like the flu,
When someone smiled at me today,
I started smiling too.

 
I passed around the corner
and someone saw my grin
When he smiled I realized
I'd passed it on to him.

 
I thought about that smile
then I realized its worth,
A single smile, just like mine
could travel round the earth.

So, if you feel a smile begin,
don't leave it undetected
Let's start an epidemic quick,
and get the world infected!

 
Everyone needs a smile!



Read More......

Thursday, March 25, 2010

again...tidak menghalalkan cara


Sharing...



Pepagi haritu sambil drive pegi keje sambil dengar hot fm (faizal n fafau)..topik dia lebih kurang 'Kesalahan yang paling teruk atau tak dpt dilupakan pernah kamu lakukan'...sy reka2 sndiri je topik dia ni. hehe... tp maksud ala2 gtu le.



pastu ada sorang caller perempuan ni dengan suara yg agak slow n nada sedih di hati menceritakan kisah dia. Dulu masa dia bercinta dengan seorang lelaki ni dia telah terlanjur beberapa kali. Pada satu hari dia dapat tahu yang dia telah ter'pregnant'. Rasa takut yg amat itu menyebabkan dia hilang pertimbangan dan cari jalan penyelesaian dengan menggugurkan kandungan tersebut.

 

Selepas kejadian tu, hidup dia slalu takut...takut dan takut lg. Sampai satu masa dia tk dapat tahan diri dia lg dengan rasa bersalah, tensen, berdosa, takut dan seangkatan dengan nya...last2 dia bgtau makcik dia tentang perkara ni. Makcik dia tanpa berlengah lagi menyuruh dia berkahwin dengan lelaki tersebut n bertaubat. Syukurlah lelaki itu mau kahwini dia bukan lepas tangan saja. Selepas kahwin dia pregnant lagi.....dan akhirnya dengan izin Tuhan dia selamat lahirkan baby yg comel. namun tidak seperti baby lain...ada kecacatan yg agak teruk.



Katanya dia sedar itu mungkin dugaan atau balasan yg Allah berikan atas perbuatan dia yang menggugurkan kandungan dulu tp dia redha dan tetap bersyukur. Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati dia untuk insaf. tamat.....hehe.

Main point di sini sy mau nyatakan bahwa cinta itu tidak mengahalalkan cara. Cukup dengan perasaan ikhlas yg tiba2 hadir dari hati dan semai dia semurni mungkin...tidak semestinya dibuktikan dengan segala sentuhan sebelum dihalalkan. kerana bimbang hubungan yang kita anggap suci itu tidak lagi direstui Tuhan. Cukup lah dengan setia dan masih bersama tika waktu susah..itu sudah bukti kasih kita. Biar hubungan itu sentiasa sejuk...tenang....dan bersih.

Namun tiada pernah terlewat untuk berubah dalam perhubungan supaya lebih baik, tiada pernah lewat untuk bertaubat dengan perbuatan untuk memperbetulkan kesalahan dlm hubungan kerana DIA. Insyaallah....:-)

dan bg saya, seandainya sy jatuh cinta dengan org yang tiada berduit lg...sy lebih rela n sgt2 prefer berkahwin dengan dia walaupun tada berduit dari lakukan benda yg tidak elok..asalkan halal. susah sama merasa...berdoa sntiasa kpada DIA...bila tua nanti kita akn kenang betapa bermaknanya kenangan waktu susah n appreciate diri pasangan masing2. 

"Ya Allah, bagilah ketenangan pada hati yang gundah, berilah petunjuk pada hati yang perlukan cahaya, berilah keyakinan pada hati yang ragu, berilah kasih sayang pada hati yang benci, berilah ketetapan pada hati yang bertaubat. Keyakinanku adalah pada rahmat-Mu dan biarkan aku redha dengan takdir-Mu. Jadikanlah hati ini hati yang baik pada saat susah dan senang. Amin...."







p/s : mudah-mudahan Allah bukakan pintu hati kami untuk memahami. Insyaallah.



Read More......

Wednesday, March 24, 2010

Lelaki berbuah dada


Dulu masa di matrikulasi, teacher saya nama Dato' Sidek...(ejaan xsure btul tak). Dia cakap ayam yang kita beli kt pasar2 ada yg disuntik. Kulit ayam tu berbahaya untuk di makan (ada kan org yg suka mkn kulit ayam),  boleh sebabkan kanser. Pada lelaki pula boleh sebabkan timbulnya buah dada :-"> (tak taula btul tak, bukn sy ckp. hehehe..)

Penyakit lelaki berbuah dada ni di panggil ginekomastia, rasa mcm lucukan..huhu tp merisaukan bg lelaki yg ada penyakit ni. Ginekomastia ni boleh sebabkan kanser buah dada pd lelaki...bahye nih. baik cek kan masa nk mandi ..kot tiba2 rasa besar lak. Lg pulak lelaki yg ada buah dada yg obvious ni biasanya rasa malu tuk cr pasangan, so kena lah buat rawatan. ok...positif, masih ada jln penyelesaian. dunia blom stop.


Rawatan (tanpa pembedahan)

sebab timbul buah dada : salah penggunaan ubat, dadah, alkohol berlebihan, obesiti.

Jadi lelaki yg timbul buah dada disebabkan ini perlulah menghentikan tabiat2 yg tak sihat tersebut. Bagi yg obes perlu berdiet dan bersenam untuk turunkan berat badan. Biasanya saiz buah dada ini akan mengecil seperti yg sepatutnya bg kaum lelaki bila menghentikan dadah, ubat dan alkohol dan berdiet :-)

Bagi yg ada penyakit hati (organ dlm tubuh ye...bukan hati busuk cemburu ke apa) perlu buat rawatan hati dulu.

Jika disebabkan kekurangan hormon, doktor akan memberikan ubat dan suntikan untuk kembalikan hormon androgen dan estrogen.


Rawatan (pembedahan) 

Jika tidak berjaya rawatan di atas, boleh guna rawatan ini :

Rawatan sedut lemak untuk buah dada yg tak terlalu besar. kalau terlalu besar pembedahan pembentukan semula yg paling baik. yg ni mcm menakutkan eh...adihhh sakit (m_m)

KOs Rawatan sedut lemak dalam RM4,500 dan pembedahan biasanya bermula dengan harga RM6,000 depend pada saiz pembedahan. hrmmm...

Papepun bagi lelaki yang ada buah dada tu jgn terlalu risau. Jumpa doktor dulu, tidak perlu segan. Biasanya lelaki yg melaporkan kerisauan ni di hospital, yg berumur 20-an. ..yela time umur camni penampilan harus jaga. nak ngurat awek lg.

Yang penting cepat2 buat pemeriksaan supaya tidak sampai pada kanser buah dada. oke....selamat memeriksa dada anda masing2  :-">



p/s: kan bagus kalau salah satu faktor sebabkan timbul buah dada kt bdn laki tu adalah  dengan merokok berlebihan...heheh. :-">





Read More......

hati kita



Kadang-kadang kita tidak realize,
 kita take lightly perasaan or hati orang, buat dia speechless, tidak sampai hajatnye utk menyatakan sesuatu bila dia dtg atau call dan kecewa dengan tindakan kita.


Dalam A-Quran pernah Allah s.w.t menegur Rasulullah s.a.w disebabkan baginda
memalingkan muka dan tidak menghiraukan seorang lelaki buta
yang meminta untuk diajarkan berkaitan Islam. Sedangkan 
Rasulullah s.a.w berurusan dengan pembesar2 negeri dengan muka yang manis
untuk meyakinkan pembesar2 tersEbut dengan Islam kerana bagi baginda pembesar2
tersebut adalah orang penting dalam dakwah baginda, bukn lelaki buta itu.

Tp Maha Pengasih Allah s.w.t tidak membezakan antara yang kaya
mahupun miskin, yang sempurna mahupun tidak kerana semua makhluk
adalah ciptaan DIA. Rasulullah s.a.w menerima teguran itu sbg pengajaran
dan baginda tidak sombong atau meninggi diri.


Hati kita sebagai manusia biasa memang cepat berubah. Kdg2 kita marah pada sesuatu
yang tidak patut marah hanya kerana dia tiada kepentingan
pada kita pada waktu itu. Kita sinis pada dia. Kita pandang ringan perasaan dia. Kita buat org yg 'care' pada kita terkilan..menangis.

Betul kata sesetengah org, kita selalu take for 'granted' pd org yg selalu berada disamping kita kerana kita yakin orang itu slalu setia bersama kita walau apa kita lakukan. Kita kejar sesuatu yg besar, kehidupan yg sempurna, ingin hidup bersama org yang paling sempurna bila senang nnti hingga kita lupa org yg tak sempurna itu yg biasanya slalu disamping terutama bila diperlukan. (I feel sad by writing this).


Mudah2an cerita di atas di jadikan iktibar pada kita semua.

sumber : bacaan

sharing ;
"never take someone for granted hold every person close to your heart cause you might wake up one day and realize that you've lost a diamond while you were too busy collecting stones"-- what does this quotes trying to say? is it about friendship? or what?




answers/comments from people = here





p/s : positif


Read More......

beautiful blogger award




Just been awarded as beautiful blogger by Miss XYZ. TQ :-) 




Read More......

Tuesday, March 23, 2010

sharing is caring


Alhamdulillah..dah selesaikan hal2 di UM semalam walaupun kalut skit. lega banyak...takpelah penat pun. :-)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini sharing ringkas dari kursus hari ahad.

Ustaz cakap tanda Allah s.w.t 'siksa' (ikut ayat ustaz) orang di dunia antaranya dengan 2 sebab :

1) sentiasa sibuk untuk berbuat baik tapi untuk menghabiskan masa dengan sia2 sangat senang.
2) Tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Makin banyak yang Allah beri..rasa makin tidak cukup.




Ustaz cakap ada 2 benda yang Rasulullah s.a.w. berpesan supaya kita telan (ikut ayt ustaz) :

1) rasa marah atau sakit hati. sebab tu org yg boleh menahan marah adlh org yg paling kuat.
2) musibah. (kehilangan, rezeki, dosa, dll)

Jika dtg apa2 musibah walaupun bukan kematian ucapkan 'innalillahi wainna ilaihi raajiun'. maksudnye kita serahkan segala nya kepada Allah, di luar kekuasaan kita. Insyaallah hati jd lebih lapang.

Sekian saja sharing untuk kali ini. smoga bermanfaat.



p/s : susah jd ank bongsu kan...kan










Read More......

Monday, March 22, 2010

bertukarr...bukan jadi gaban ;->

bertukar layout sudah....:-d

tq luffy



p/s : nnt rajin buat lebih cntik

Read More......

Sunday, March 14, 2010

pesan guru

Pesan mudir saya



Sebelum saya ke Jordan, antara perkara yang saya paling takutkan adalah dosa. Saya risau jika saya tidak lagi tinggal di sekeliling guru-guru yang boleh menegur, tidak lagi bersama rakan-rakan yang boleh menasihat, dan apabila saya terjerumus ke dalam dosa, tiada siapa lagi boleh menarik angkat saya.


Maka saya bertanya kepada mudir MATRI, Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.


“Ustaz, kalau seseorang itu, jatuh dalam lembah dosa, kemudian bertaubat, kemudian dia terjatuh kembali, kemudian dia bertaubat, kemudian dia terjatuh lagi, dan berkali-kali perkara itu berulang, dosa itu tidak mampu dia tinggalkan, bagaimana ustaz?”


Ustaz Dahlan menjawab dengan tenang ketika itu:


“Usaha lagi. Jangan putus asa. Berapa kali terjatuh pun, bangun balik, bertaubat kepada-Nya. Jangan putus asa”




Ringkas. Pesanannya sangat ringkas.


Jangan putus asa.






Yang kemudiannya saya belajar


Kemudian, apabila saya berada di Jordan, saya ada mengambil satu mata pelajaran bernama Hadyi An-Nabawi Fil Adab Wa Ar-Riqaaq. Bermaksud Petunjuk Nabawi Dalam Adab dan Pelembut Hati. Kitabnya terbahagi kepada dua. Pertama Adab, kedua Riqaaq.



Di dalam Kitab Ar-Riqaaq, terdapat satu bab bertajuk:


Jangan Berputus Asa Dengan Rahmat Allah Walau Telah Membunuh 100 Orang


Di bawah tajuk itu, terdapat satu hadith yang mungkin biasa kita dengar. Hadith itu mafhumnya begini:


Dari Abu Said Al-Khudri radhiallahuanhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:




“Dulu sebelum kalian ada seorang lelaki yang membunuh sembilan puluh sembilan orang, sehingga dia bertanyakan tentang orang yang paling alim di kalangan penduduk bumi. Mereka menunjukkannya kepada seorang rahib (ahli ibadah), kemudian orang tersebut mendatanginya dan berkata bahwa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? Rahib tadi berkata: “Tidak.” Orang itu lalu membunuhnya, sehingga genap menjadi seratus orang. Kemudian dia bertanya tentang penduduk bumi yang paling alim. Maka ditunjukkan kepadanya seorang alim. Dia berkata kepadanya bahawa dia telah membunuh seratus orang. Apakah masih ada kesempatan baginya untuk bertaubat? Orang alim tersebut menjawab: “Ya! Dan siapakah yang mampu menghalang antaramu dengan taubat. Pergilah ke negeri ini dan itu, kerana di sana ada orang-orang yang beribadah kepada Allah Ta’ala. Beribadahlah bersama mereka, dan jangan kembali ke negerimu karena negerimu adalah negeri yang jelek.” Kemudian orang itu pergi tetapi di tengah-tengah perjalanan dia meninggal. Lalu malaikat rahmat dan malaikat adzab saling berselisih tentangnya. Malaikat rahmat berkata: “Dia datang dalam keadaan bertaubat, menghadap Allah.” Malaikat azab berkata: “Dia belum beramal shalih sama sekali.” Kemudian datanglah kepada kedua malaikat itu seorang malaikat dalam bentuk manusia. Mereka (kedua malaikat itu) menjadikannya sebagai pemutus urusan mereka. Malaikat itu berkata: “Ukurlah antara dua negeri tersebut. Mana yang lebih dekat (jaraknya dengan kedua negeri itu) maka itulah lebih berhak.” Mereka kemudian mengukurnya. Ternyata mereka dapati bahwa dia (orang yang mati itu) lebih dekat ke negeri yang baik. Maka malaikat rahmat mengambilnya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.





Dahulu, saya pernah terbaca juga hadith ini. Tetapi dahulu sekadar terbaca. Saya dahulu berkata, lelaki itu hakikatnya bernasib baik kerana dia mati dalam jarakk yang lebih dekat pada negeri yang baik, sebab itu dia akhirnya masuk syurga. Tetapi, hakikat hadith itu rupanya bukan sedemikian. Pensyarah saya, Dr Muhammad Al-Hawari yang memang terkenal sebagai antara pakar hadith di Yarmouk berkata:


“Kenapa hadith ini menyertakan sekali perihal jarak antaara lelaki itu dengan kampung kebaikan? Hal ini kerana, Allah hendak menunjukkan bahawa Dia telah mengampunkan lelaki ini atas usahanya bergerak ke arah taubat tadi. Allah lah yang mendekatkan jarak kampung kebaikan itu pada lelaki itu”


Ketika ini, mata saya terbuka.


Teringat pesanan mudir saya.



Usaha, jangan putus asa.






Allah kepada kita



Allah, Tuhan kita. Dia, langsung tidak sama dengan apa yang ada dalam fikiran kita. Tidak akan mampu kita bayangkan-Nya, walaupun pembayangan kita amat hebat. Hal ini kerana, kita adalah makhluk, dan kita hidup dikelilingi makhluk, maka seluruh pemikiran kita tidak akan mampu menggapai apa yang bukan makhluk.


Sebab itu, keampunan Allah SWT, yang Allah SWT katakan amat luas itu, tidak akan mampu kita bayangka keluasannya. Rasulullah SAW bersabda:


“Allah menulis pada atas arasy-Nya: Sesungguhnya rahmatku mendahului kemarahan-Ku” Riwayat Bukhari.


Di dalam riwayat lain, Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya rahmatku, lebih luas daripada kemarahan-Ku”


Inilah dia harapan yang Allah berikan kepada kita. Dia bukannya tidak tahu kelemahan yang ada pada hamba-hamba-Nya. Dia meluaskan keampunan-Nya agar kita hamba-Nya ini tidak berputus asa. Agar kita tidak berputus asa mendekati-Nya, kembali kepada-Nya, memohon ampunan-Nya.


Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman:


“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)





Lihatlah. Berapa kali tersungkur pun, seandainya kita terus-terusan berusaha mendekati Allah SWT, dalam keadaan penuh sesal da haarapan menggunung untuk meinggalkan dosa kita, dengan penuh sangka baik bahawa Allah akan mengampunka dosa kita wallau 1000 kali tersungkur jatuh, insyaAllah keampunan Allah SWT adalah milik kita.


Masalahnya, berapa gigih kita berusaha untuk mendapatkan keampunan-Nya?


Bagi manusia yang beriman, melakukan dosa tanda imannya terganggu. Tetapi, itu bukan menandakan keimanannya tiada. Cuma resmi manusia lalai dan alpa, kadangkala kelalaiannya amat kronik hingga terheret melakukan dosa.


Tetapi, antara beza orang beriman dengan orang yang tidak beriman adalah, apabila dia berbuat dosa, dia tidak akan melengah-lengahkan taubatnya. Dia tidak akan putus asa dalam taubatnya.


Anda, yang merisaukan diri anda berkenaan dengan dosa yang anda ada sekarang, tandanya keimanan anda masih bergetar.


Maka saya berpesan kepada diri saya dan diri anda, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Allah sendiri berfirman:



“Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” - Az-Zumar ayat 53.


Di dalam ayat lain, Allah memberitahu kepada kita bahawa Nabi Ya’kub berpesan kepada anak-anaknya:


“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12.


Maka bergeraklah. Bergerak dan jangan putus asa.


Jangan berhenti.


Terus mencari keampunan-Nya, dengan usaha, bukan harapan sahaja.




sumber : internet






Read More......

Saturday, March 13, 2010

2 entry serentak


mcm da lama tak update blog.. sbenarnya xla lama sgt pun. sminggu je. jd harini update lah lebih skit. 2 entry...sila baca kedua2 nyer...(poyo jek...:-">)

Arini kt rumah je dan rasa sgt rajin. da berminggu xdok rumh sgt on weekend. jd buatlah aktiviti basuh membasuh, kemas mengemas, mkn da pegi kelas.

siap sumer aktiviti nampak 'weight balance' kt bwh meja. hmm....da lama ni x tgk berat bdn...dan..:-(
berat badn turun...tak suka. patutla rasa kurus semacam je. tak suka lg. amek kunci keter pegi kedai n beli mknn...



Read More......

Seasons in life







The above pics are of the same place but taken under diffrent seasons!!



Lessons on Life



There was a man who had four sons. He wanted his sons to learn not to judge things too quickly. So he sent them each on a quest, in turn, to go and look at a pear tree that was a great distance away.

The first son went in the winter, the second in the spring, the third in summer, and the youngest son in the fall.


When they had all gone and come back, he called them together to describe what they had seen.
The first son (winter) said that the tree was ugly, bent, and twisted.

The second son (spring) said no it was covered with green buds and full of promise.


The third son (summer) disagreed; he said it was laden with blossoms that smelled so sweet and looked so beautiful, it was the most graceful thing he had ever seen.


The last son (fall) disagreed with all of them; he said it was ripe and drooping with fruit, full of life and fulfillment.




The man then explained to his sons that they were all right, because they had each seen but only one season in the tree's life.



He told them that you cannot judge a tree, or a person, by only one season, and that the essence of who they are and the pleasure, joy, and love that come from that life can only be measured at the end, when all the seasons are up.


If you give up when it's winter, you will miss the promise of your spring, the beauty of your summer and fulfillment of your fall.




Moral:
Don't let the pain of one season destroy the joy of all the rest.


Don't judge life by one difficult season.


Persevere through the difficult patches and better times are sure to come some time or later.








Read More......

Tuesday, March 02, 2010

my non-muslim student


Smalam saya ngn sorang kawan nama cik ros kt dalam keter...sy drive ngn kelajuan ala2 rempit sbb da lewat, br abes lunch ni. tiba2 hset 'canggih' sy bunyi lagu jason mraz...xtau sape call, xde dlm phone list. perbualan lebeh kurang

saya : helo
dia   : assalamualaikum  (sore jelas...sbijik2).     miss Sha**** are you available now?

saya : hmm...i'm otw. at the gate already lah... why? 
dia   : we are now waiting for you....blablabla.... 

kalau panggil sy miss, xde lain mesti student dan dorang adalah chinese...agama mmg tidak islam. bagi salam n perkataan Allah itu slalu jugkla kt bibir diorang ....kalau anda apa mau bgtau diorang. huhu

 tp diorang baik2...sweet jugk :-)





Read More......

Monday, March 01, 2010

Niyang Rapik ~ movie review

Lama bebenar rase tak tgk wayang sejak 'return back to school' ni. bz giler la konon....heheh :-">

td mlm br tgk citer niyang rapik ngn 3 org member. sbenarnya da janji ngn diri sndiri lps tgk citer 'jgn pandang blakang' xmau lg tgk citer hantu kt panggung sbb sesak napas tgk citer tu dulu.. sy sgt penakut okeh.



Sbenarnya nk tgk citer kt atas tu (valentine's), suke sgt jeniffer garner tp dorang da tgk...terpaksalah tgk hantu niyang rapik. cess...redha.



Okes....ni review dia. kisah psl 5 org final year student yg pegi buat FYP durang kt kampung Niyang Rapik. Tok Neram tu penghulu kampung, ada sorang ank pompuan yg cntik nama dia Laila.  (flash back)

So, kisah brmula dengan durang 4 org, (sorang da meninggal) kena kembali smula kt kg niyang rapik tu utk pulangkan kerambit yg salah sorang dr dorang curi masa wat kajian dulu. masa ni durang da keje. kena pulangkan sbb kematian kwn diorang ni kononnye berkait ngn kerambit  trsebut.

So sampai2 sana........jeng jeng jeng....hehehehe...start la sy tutup mata sparuh dr masa citer tu. mccm2 la brlaku. kes nk balas dendam sbb ada antara diorang yg wat salah masa pegi yg buat FYP dulu. Jd siapakah org yg membalas dendam tersebut? kanapakan dia mau membalas dendam???   :-d  sila lah tonton yer...kan tak best plak citer abes.

overall ok lah....biasalah citer mlayu lg2 citer hantu. Tgk setengah jam sy da bole agak knapa dan siapa yg nk balas dendam...da bole cr jwpn dah....jln citer dia da leh wat assumption. tu yg kurang best tu. heherh...

pastukan jgn pandang blakang lg takut dr citer ni sbb sy tak sesak napas tgk citer ni...tutup mata je. mybe da bole agak kot skit2.



Ni antara pelakon2 citer ni. yg lain2 mcm nasir bilal khan, dian p.ramlee, n tak sy xkenal. yg best citer ni bg sy sbb ada sam...bole la gelak2 jgk.

oke....bole tontonla...sy bg 3 bintang stengah.:-)










Read More......