Thursday, March 25, 2010

again...tidak menghalalkan cara


Sharing...



Pepagi haritu sambil drive pegi keje sambil dengar hot fm (faizal n fafau)..topik dia lebih kurang 'Kesalahan yang paling teruk atau tak dpt dilupakan pernah kamu lakukan'...sy reka2 sndiri je topik dia ni. hehe... tp maksud ala2 gtu le.



pastu ada sorang caller perempuan ni dengan suara yg agak slow n nada sedih di hati menceritakan kisah dia. Dulu masa dia bercinta dengan seorang lelaki ni dia telah terlanjur beberapa kali. Pada satu hari dia dapat tahu yang dia telah ter'pregnant'. Rasa takut yg amat itu menyebabkan dia hilang pertimbangan dan cari jalan penyelesaian dengan menggugurkan kandungan tersebut.

 

Selepas kejadian tu, hidup dia slalu takut...takut dan takut lg. Sampai satu masa dia tk dapat tahan diri dia lg dengan rasa bersalah, tensen, berdosa, takut dan seangkatan dengan nya...last2 dia bgtau makcik dia tentang perkara ni. Makcik dia tanpa berlengah lagi menyuruh dia berkahwin dengan lelaki tersebut n bertaubat. Syukurlah lelaki itu mau kahwini dia bukan lepas tangan saja. Selepas kahwin dia pregnant lagi.....dan akhirnya dengan izin Tuhan dia selamat lahirkan baby yg comel. namun tidak seperti baby lain...ada kecacatan yg agak teruk.



Katanya dia sedar itu mungkin dugaan atau balasan yg Allah berikan atas perbuatan dia yang menggugurkan kandungan dulu tp dia redha dan tetap bersyukur. Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati dia untuk insaf. tamat.....hehe.

Main point di sini sy mau nyatakan bahwa cinta itu tidak mengahalalkan cara. Cukup dengan perasaan ikhlas yg tiba2 hadir dari hati dan semai dia semurni mungkin...tidak semestinya dibuktikan dengan segala sentuhan sebelum dihalalkan. kerana bimbang hubungan yang kita anggap suci itu tidak lagi direstui Tuhan. Cukup lah dengan setia dan masih bersama tika waktu susah..itu sudah bukti kasih kita. Biar hubungan itu sentiasa sejuk...tenang....dan bersih.

Namun tiada pernah terlewat untuk berubah dalam perhubungan supaya lebih baik, tiada pernah lewat untuk bertaubat dengan perbuatan untuk memperbetulkan kesalahan dlm hubungan kerana DIA. Insyaallah....:-)

dan bg saya, seandainya sy jatuh cinta dengan org yang tiada berduit lg...sy lebih rela n sgt2 prefer berkahwin dengan dia walaupun tada berduit dari lakukan benda yg tidak elok..asalkan halal. susah sama merasa...berdoa sntiasa kpada DIA...bila tua nanti kita akn kenang betapa bermaknanya kenangan waktu susah n appreciate diri pasangan masing2. 

"Ya Allah, bagilah ketenangan pada hati yang gundah, berilah petunjuk pada hati yang perlukan cahaya, berilah keyakinan pada hati yang ragu, berilah kasih sayang pada hati yang benci, berilah ketetapan pada hati yang bertaubat. Keyakinanku adalah pada rahmat-Mu dan biarkan aku redha dengan takdir-Mu. Jadikanlah hati ini hati yang baik pada saat susah dan senang. Amin...."







p/s : mudah-mudahan Allah bukakan pintu hati kami untuk memahami. Insyaallah.



8 comments:

  1. berapa ramai anak remaja kita yg terjebak dgn terlanjur sblm kawen.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. maka jgn lah kamu berduaan @ dating jika belum kawin...sesungguh ada pihak ketiga ketika kamu berdua2an...pihak ketiga itu adalah syaitan....sbb tuh lah mudah utk terlanjur...dg kata lain nikah laa kamu....

    ReplyDelete
  3. salam..
    yup betul
    matlamat tidak menghalalkan cara
    walau apa sahaja walau kata demi kebaikan?

    tq singgah n komen blog
    xoxo

    ReplyDelete
  4. sebab tu skrg bkn main ramai dok buang ank mcm smpah.....

    ReplyDelete