Wednesday, September 09, 2009

Nafsu Lelaki



Pada zaman Rasulullah s.a.w datang lah seorang lelaki dan berbicara dengan Rasulullah s.a.w keinginan nya untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya kerana sangat marah dek lantaran kekurangan ajarnya kepada baginda. Namun baginda tetap tenang dan bertanya kepada pemuda tersebut :


Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?


Pemuda itu marah dan menjawab tidak suka sama sekali.


Lalu Rasulullah s.a.w berkata lebih kurang maksud begini :


Begitu jugalah orang yang kamu ingin berzina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut..


Pemuda itu sangat terharu dengan nasihat yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w sehingga berkata Sebelum ini saya sangat mahu berzina tetapi sekarang tiada yang lebih saya benci daripada berzina.




Apabila iman hilang di hati dan terjadinya perkara tersebut maka hendaklah sesorang itu bertaubat nasuha supaya tidak mati dalam keadaan yang sgt kotor.


Manakala orang sekeliling tidak boleh hanya mengeji dan mencela orang tersebut kerana tidak mustahil dugaan itu Allah akan datangkan pada kita bila-bila masa.


Dan tidak mustahil orang yang telah melakukan perkara tersebut telah bertaubat dengan sepenuh hati dan menjadi org yg lebih baik slepas itu.


Dalam Islam, sejarah tidak boleh dihukum. Sama seperti Sayyidina Umar yang telah
membunuh anak perempuannya hidup2 tapi akhirnya telah menjadi khalifah
yang sangat patuh pada agama. Yang penting bertaubat dan jangan tangguhkan taubat (nnti tua) kerana kita tidak tahu sampai mana umur kita.


Dan kahwin adalah sebaik-baik jalan untuk mengelakkan perkara seperti ini.
Ramai orang menolak kahwin disebabkan ketidak mampuan namun siapa tahu rezeki yang Allah bagi selepas berkahwin. Hanya hati ikhlas dan niat yang betul..kerana Allah itu yg penting.





source : intenet

8 comments:

  1. Ya, kahwin akan menambah rezeki.

    seorang Imam di kampung saya kata, "Mung ni gemuk sikit kalau sudah kahwin."

    hahhaa.... rezeki juga lah tu...

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing :) ..insaf sebentar..

    ReplyDelete
  3. naim da gemuk eh..haha
    lama tk tgk. rezeki kawen la tu.

    thanks zati ngn amalina. sama2la kite insaf

    ReplyDelete
  4. bila kak pah nk kawin nih....?

    ReplyDelete
  5. Thanx for sharing .. bagus artikel ni.

    ReplyDelete
  6. a gud article to be read on friday noon.. thanx for sharing :)

    p/s: dah ada lagu raya.. hik hik hik~

    ReplyDelete