Monday, June 28, 2010
I want to tell the world a story....
Saturday, June 26, 2010
perjalanan ke Tanah Haram Makah
Salam. Ini sy share kan ringkas perjalanan ke Mekah tempoh hari sbb ada permintaan. :-">
Kami turun di Jeddah dan terus ke Mekah. Kami ambil miqat (utk niat umrah) di Yalamlam (atas flight).
1) tawaf 7 kali pusingan
2) Saie dari bukit Safa ke Marwah 7 kali berturutan.
Kami di Mekah selama 9 hari dan lepas tu ke Madinah. Ustaz pesan cuba buat at least 7 kali umrah sebab 7 kali umrah insyaallah sama dengan pahala haji. Camana pun ia tidak lah di kira haji yg sebenar. Kita masih dituntut untuk mengerjakan haji jika ada rezeki dan kesihatan. Insyaallah.
Ada ziarah ke Bukit Thur, Bukir Nur, Jabal Rahmah, ladang unta dan muzium. Kalau rajin sy post kan lg. ehehe....kalo rajin.
jom kita tgk view di Mekah......sangat suka :-d
Thursday, June 24, 2010
Makkah Mukarramah
Wednesday, June 09, 2010
Saya pergi....umur panjang jumpa lagi Insyaallah...:-)
Salam...
Entry auto publish. Perasaan masa wat entry ni happy + risau skit2.
Happy untuk jadi tetamu Allah, risau tp dengan harapan mampu beribadah dengan baik.
Mudah2an semua selamat.
Pooh minta maaf kalau ada terkasar atau ter'apa'2 lah sepnjang berblogging.
Walaupun xde peminat setia. heheh...:-">
Ini saya sharekan untuk semua yang baca blog dan mudah-mudahan diambil iktibar. Hari tu pergi kedai buku saya belek2 buku Imam Al-Ghazali. Buku yg lebih kepada memberi pesanan supaya hidup sentiasa tenang dan tidak gelisah (lupa lak tajuk apa).
Salah satu pesanan dia adalah untuk mengelakkan maksiat. Berzina adalah satu dosa besar dan akan ditarik 3 perkara ke atas org itu:
1) Putus rezekinya (mungkin rezekinya ditarik Allah)
2) Putus ajalnya (yg ni sy tidak faham, mungkin mati dalam keadaan yg tidak beriman kot)
3) Bermuka durja (hilang seri wajah, hati slalu gusar)
Namun apabila seseorang hamba itu bertaubat dan menyesal dengan perbuatannya, iman nya akan kembali dan dia akan menjadi baik semula dengan keredhaan ALLAH s.w.t. Insyaallah.
SEtiap perbuatan kita walau semana jahat pun apabila kita bertaubat dan menyesal serta benci kepada perbuatan tersebut, Allah pasti terima. Dan tebuslah kesalahan-kesalahan tersebut dengan amal2 soleh yg lain. Dan langsung tidak mustahil orang yg telah berbuat dosa itu menjadi org yg lebih soleh selepas itu.
Nilai diri manusia itu bergantung pada sifat taqwanya, tanggungjawab nya terhadap apa yg dilakukannya, kesabarannya menempuh ujian Allah, kesetiaannya dan akhlak nya yg mulia. Jadi senyumlah anda semua kerana tidak semestinya anda perlu menjadi orang yg kaya, org yg rupawan (cantik menarik), orang yg gagah perkasa untuk dinilai tinggi pada pandangan ALLAH. Kita semua boleh dengan apa yg kita ada. Insyaallah.
OKlah..doakan Pooh selamat sampai sana dan selamat balik. Dan beroleh ibadat yang baik. Aminnn
Jumpe lagi...insyaallah;-)



















