Tuesday, June 05, 2012

Hutang jangan Anggap Ringan







Nabi s.a.w bersabda 
"Diampunkan semua dosa bagi org yg mati syahid kecuali
jika ia mempunyai hutang (kpd manusia)"
~ Riwayat Muslim~


Rasulullah s.a.w sering mengajar umat Islam agar berdoa dilepaskan
drpd hutang dengan doa yg bermaksud :
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang"

Lalu Baginda ditanya oleh sahabat, "Mengapa engkau sering 
meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab, "Jika seseorang berhutang, apabila berbicara
dia berdusta, apabila berjanji ia mengingkari"
~ Riwayat Al-Bukhari ~

Imam Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda
yang bermaksud "Menangguhkan pembayaran hutang oleh 
mereka yg berkemampuan adalah satu kezaliman".

Oleh itu, jauhilah semampu mungkin hutang samada hutang
dengan bank (yg kdg2 trlibat dgn riba) dan juga
hutang dgn manusia.



Elakkan semampu mungkin :

Penggunaan kad kredit kecuali disaat kecemasan yg tak boleh 
dielakkan lg.

Elakkan pinjaman peribadi.

Tidak perlu Umrah dan Haji Sunat buat kali yg ke-dua kecuali jika
hutang dgn orang dan hutang peribadi sudah dilunaskan.


Sumber : Ustaz Zaharuddin






No comments:

Post a Comment