Monday, September 20, 2010

perempuan dalam memberi kasih sayang

Salam.

Slalu kita dengar kan luahan perempuan mengenai suami yang main kayu tiga, tunang yang curang dan kekasih yang tiba-tiba berubah hati ataupun mengabaikan pasangannya. Ksian...hati jd tidak tenang, perasaan memberontak timbul, sedih, kecewa tp perasaan syg tebal lg.

Apa yg boleh seseorang pompuan itu lakukan bila situasi ini terjadi? Bagi dia, sudah lakukan yg terbaik utk suami, tunang atau kekasih. Pg2 sedia breakfast, jaga anak, layan husband dengan baik...tiba2 dpt bukti husband ada scandal. huh...hancur luluh hati.

Jalan yg terbaik dilakukan apabila berdepan dengan situasi ini adalah bertenang. Luahkan kesedihan hati dengan menangis sorang2 atau mengadu dengan Tuhan dulu dan bukannya dengan terus menyerang org yg kita syg itu. Bila perasaan sudah beransur tenang sedikit baru minta penjelasan. Lelaki ego nya tinggi dan dia akn slalu merasa apa yg dia lakukan adalah betul wapun pada dasarnya tak berapa nk betul. Tp hati diorang jugak cepat lembut bila kena pada caranya (sesetegh lelaki la...ada yg mmg keras mcm stainless steel).

Bila diorang mengaku yg diorang mmg ada hubungan atau tidak dpt elak dr jatuh cinta dengan org lain, terima je (wpun seksa). Tanya apa kekurangan atau knapa tiba2 boleh berubah hati. Biar kita jadi seorang perempuan yg kuat, bermaruah dan bijak. Biar tindakan kita sebagai seorang perempuan yg dikatakan lemah ini akhirnya boleh membawa penyesalan kepada dia suatu hari nanti. Layan suami dengan baik wpun sudah terangan dia punya kekasih hati.

Dan yg penting selalu lah berdoa kepada Allah s.w.t untuk kembalikan hati suami/org tersayang itu balik kepada kita. Berbuat baik pada mereka (suami, tunang, husband) sampai satu point yg tidak dpt dielakkan lg seperti suami jatuhkan talak, tunang memutuskan tunang atau kekasih memutuskan  ikatan. Tp hati kita sebelum itu mestilah bersedia dan berserah pada Allah untuk kemungkinan seperti itu.

Apa yg disarankan di atas itu bukan untuk membuatkan perempuan menjadi pak turut atau lemah tp untuk menunjukkan yg kita loyal kepada mereka (sbb kita sayang mereka) tp kita redha. Biar sampai akhir hubungan pun kita tunjukkan layanan yg baik supaya org tersayang kita yg mungkin sudah menjadi ex-husband/tunang/kekasih pada satu2 masa tertentu bila teringatkan kita ada rasa menyesal dan mungkin merasakan kita lebih baik dr orang yg mereka pilih selepas itu. Dan kita kena yakin berbuat baik pada org itu tidak akan rugi. Seandainya mmg sampai situ hubungan kita dengan dia, dengan izin Allah pasti akan mendapat sesuatu yg lebih baik dengan kesabaran yg kita tunjukkan. Insyaallah. (sila compare kan jika kita marah, mengeji, memberontak, mencaci...akan hilang smua rasa kasih sayang dan lebih memudaratkan akan membuat hati lg parah).


Dan untuk lelaki, memang sifat diorang suka tgk perempuan2 cantik. Pada mulanya hanya utk suka2..lama kelamaan boleh timbul perasaan lain. Sedangkan bila pergi restoran dengan teman perempuannya dan ternampak perempuan cantik lain, boleh lg diorang usha2 perempuan cntik lain tersebut. Kalau perempuan cantik tu layan, hmm...boleh jadi satu kes.

Untuk lelaki hargailah kasih sayang perempuan, isteri yg telah byk berkorban utk menjadikan rumah tangga sempurna, tunang atau kekasih yg setia dan selalu memberi dorongan dalam setiap kesusahan. Jgn hanya disebabkan nafsu dan kecantikan perempuan lain di depan mata, kita kabur dan mengabaikan mereka. Fikirlah dalam setiap tindakan kita biasanya akan ada timbal balik. Hargai org yg selalu berada disamping kamu ketika kamu susah.







7 comments:

  1. betul tu..memng cara nak pujuk laki macam tu..tapi ada setengah gurl ego lagi tinggi..selalu mencari kesalahan tetapi salah diri sendiri tak nak tengok..kadang2 dalam hubungan kejujuran kena ada...kalau bagi aku tip sikit leh tak..skang ni hp sangat penting..kalau takut open hp pada pasangn..maknaya ia tak jujur pada pasangan tu..sebb punca pada ragu2 pada pasangan selalunya hp menjadi privercy

    ReplyDelete
  2. my life, hrmm...ada btul point tu. bila hfon sgt tak open, akan rasa ragu pd pasangan. ntahla..laki slalu mcm ni.


    miss, :-)

    ReplyDelete
  3. kesabaran pnting utk cari kebahgiaan n brserah pdNya setelah kita brusaha....

    ReplyDelete
  4. btul tu kak...kita cuba buat yg terbaik yg mampu n serah pd DIA :-)

    ReplyDelete
  5. buat baik di balas baik :)
    buat jahat jgn sekali.

    sy suke ngn entri awk ni.

    ReplyDelete
  6. a'a...jd jgn risau jika buat baik. Jika tak ditakdirkan bersama pun akan dpt yg lebih baik. insyaallah...

    mungkin dia yg tidak ssuai dengan kita sbb dia sebaliknya, teguran Allah itu macam2.:-)

    ReplyDelete