Monday, June 28, 2010
I want to tell the world a story....
Saturday, June 26, 2010
perjalanan ke Tanah Haram Makah
Salam. Ini sy share kan ringkas perjalanan ke Mekah tempoh hari sbb ada permintaan. :-">
Kami turun di Jeddah dan terus ke Mekah. Kami ambil miqat (utk niat umrah) di Yalamlam (atas flight).
1) tawaf 7 kali pusingan
2) Saie dari bukit Safa ke Marwah 7 kali berturutan.
Kami di Mekah selama 9 hari dan lepas tu ke Madinah. Ustaz pesan cuba buat at least 7 kali umrah sebab 7 kali umrah insyaallah sama dengan pahala haji. Camana pun ia tidak lah di kira haji yg sebenar. Kita masih dituntut untuk mengerjakan haji jika ada rezeki dan kesihatan. Insyaallah.
Ada ziarah ke Bukit Thur, Bukir Nur, Jabal Rahmah, ladang unta dan muzium. Kalau rajin sy post kan lg. ehehe....kalo rajin.
jom kita tgk view di Mekah......sangat suka :-d
Thursday, June 24, 2010
Makkah Mukarramah
Wednesday, June 09, 2010
Saya pergi....umur panjang jumpa lagi Insyaallah...:-)
Salam...
Entry auto publish. Perasaan masa wat entry ni happy + risau skit2.
Happy untuk jadi tetamu Allah, risau tp dengan harapan mampu beribadah dengan baik.
Mudah2an semua selamat.
Pooh minta maaf kalau ada terkasar atau ter'apa'2 lah sepnjang berblogging.
Walaupun xde peminat setia. heheh...:-">
Ini saya sharekan untuk semua yang baca blog dan mudah-mudahan diambil iktibar. Hari tu pergi kedai buku saya belek2 buku Imam Al-Ghazali. Buku yg lebih kepada memberi pesanan supaya hidup sentiasa tenang dan tidak gelisah (lupa lak tajuk apa).
Salah satu pesanan dia adalah untuk mengelakkan maksiat. Berzina adalah satu dosa besar dan akan ditarik 3 perkara ke atas org itu:
1) Putus rezekinya (mungkin rezekinya ditarik Allah)
2) Putus ajalnya (yg ni sy tidak faham, mungkin mati dalam keadaan yg tidak beriman kot)
3) Bermuka durja (hilang seri wajah, hati slalu gusar)
Namun apabila seseorang hamba itu bertaubat dan menyesal dengan perbuatannya, iman nya akan kembali dan dia akan menjadi baik semula dengan keredhaan ALLAH s.w.t. Insyaallah.
SEtiap perbuatan kita walau semana jahat pun apabila kita bertaubat dan menyesal serta benci kepada perbuatan tersebut, Allah pasti terima. Dan tebuslah kesalahan-kesalahan tersebut dengan amal2 soleh yg lain. Dan langsung tidak mustahil orang yg telah berbuat dosa itu menjadi org yg lebih soleh selepas itu.
Nilai diri manusia itu bergantung pada sifat taqwanya, tanggungjawab nya terhadap apa yg dilakukannya, kesabarannya menempuh ujian Allah, kesetiaannya dan akhlak nya yg mulia. Jadi senyumlah anda semua kerana tidak semestinya anda perlu menjadi orang yg kaya, org yg rupawan (cantik menarik), orang yg gagah perkasa untuk dinilai tinggi pada pandangan ALLAH. Kita semua boleh dengan apa yg kita ada. Insyaallah.
OKlah..doakan Pooh selamat sampai sana dan selamat balik. Dan beroleh ibadat yang baik. Aminnn
Jumpe lagi...insyaallah;-)
Monday, June 07, 2010
Sunday, June 06, 2010
karipap-karipap cinta
Dalam bercinta jangan tipu...hehe.
Sbb hero ni tipu sebagai ex-pelajar Al-Azhar..byk lak benda tak kena pastu...siann.
oh ya..pooh nk tambah resepi kat atas tu ;~d
5 ulas pengorbanan
14 keping kesabaran
20 liter keikhlasan.......
hehe....harap2 tak lebih masin karipap nih
Thursday, June 03, 2010
I"ll remind myself too
Apabila kamu teringatkan seseorang, banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR,
apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, banyakkanlah SELAWAT,
apabila kamu mahukan wajah berseri & sejuk mata memandang, bykkanlah SOLAT DHUHA,
apabila kamu mahukan perlindungan & kekuatan hati, bykkanlah TAHAJUD
apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu @ syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU'.
"tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah.. tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah, tika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah, ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t..... agar tunduk disaat yang lain angkuh... agar teguh disaat yang lain runtuh... agar tegar disaat yang lain terlempar"♥
"Manusia hidup mengejar dua benda iaitu dunia dan akhirat. Bagi yg mengutamakn mengejar dunia, biasanya dunia akan lari daripada anda dan anda akn tercicir kedua-duanya (dunia dan akhirat). Bagi yg mengejar akhirat, dunia akn lari kepada anda dan berlindunglah dengan Maha Esa dr tipu daya dunia. Seimbangknlah antara keduanya namun fahami lah ending kita hanya satu...mati dan akhirat."
* Thanks to dilala sebagai sumber utk kita sharing. hehe...kredit to her ;~d
Read More......
ke'garang'an
dan sy taknak org2 yg saya syg jadi garang jugak.
so bila diorang garang, saya kena berlembut.
Wednesday, June 02, 2010
mimpi...percaya atau tidak..??
Lately, semacam satu musim yg murung. Mudah sedih dan rasa......kdg2 rasa benci yg sgt2 timbul dlm diri. Rasa sgt tak selesa ngn diri sendiri (n_n). Insyaallah akan ok balik. senyum.. senyum...senyum....tarik nafas.
oklah...Pooh mau share something pasal mimpi. Adakah boleh dipercayai atau tidak. Sebanya dah 4 kali saya mimpi pasal kanak2 start minggu lepas, termasuklah semalam. Mimpi pertama yg paling menakutkan sampai menjerit dalam tido.
Mimpi para rasul biasanya petunjuk daripada Allah s.w.t dan boleh dipercayai. Contohnya mimpi Nabi Ibrahim a.s.
Dan juga mimpi yg di alami oleh Nabi Yusuf a.s, Nabi Muhammad s.a.w dan para rasul yg lain. Tafsir mimpi merupakan cerita disebalik mimpi tersebut kerana tak semestinya mimpi itu direct. Sebagaimana Nabi Yusuf menafsirkan mimpi raja dan banduan di penjara di zamannya dahulu. Boleh dikatakan mimpi mempunyai maksud yg tersirat dan hanya yg dianugerahkan sahaja yg ada ilmu mengenai ini.
Bagi org biasa mcm kita, mimpi itu dianggap sebagai mainan tidur. Terutamanya bagi org yg tidur dalam keadaan tidak bersih, tempat tidak bersih, tanpa membaca doa, atau tidur yg sgt letih.
* Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat dia pergi mengerjakan haji pada musimnya, maka kalau dia belum haji akan dapat mengerjakan haji, kalau dia sedang sakit akan sembuh, kalau dia mempunyai hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia sedang ketakutan dia akan merasa aman, kalau dia miskin akan menjadi kaya, kalau dia musafir akan selamat, kalau dia telah digulingkan atau ditendang akan kembali mendapat jawatan, kalau dia sesat akan mengetahui arah dan petunjuk dan kalau dia dalam kesusahan akan mendapat kelapangan."
Orang yang melihat pergi mengerjakan haji tetapi sudah habis waktunya, maka kalau dia seorang pemimpin akan digulingkan, kalau dia peniaga akan merugi, kalau dia musafir akan terkandas di perjalanan, kalau dia sihat akan berpenyakit.
Orang yang melihat seolah-olah dia mengerjakan haji atau umrah bererti panjang umurnya dan tetap pendiriannya. Orang yang bermimpi tawaf di Baitullah akan mendapat jawatan yang mulia. Orang yang bermimpi tawaf di atas tunggangan bererti dia menyetubuhi wanita yang sedang ihram.
p/s : camana kalau mimpi meninggal depan kaabah yek...dan org yg mimpi tu mmg akan ke mekah 3,4 hr lg.
MIMPI DENGAN BUDAK
*Mimpi bermain dengan budak2 dikatakan jodoh makin hampir.
*Mimpi menjaga/menyusu budak dan menyayangi budak yg dijaga tersebut, perlu berhati-hati terutamanya bagi perempuan. (apa maksud..?)
Hadis riwayat Abu Qatadah, ia berkata:
Hadis riwayat Abu Hurairah, ia berkata:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya setan tidak dapat menjelma sepertiku. (Shahih Muslim No.4206)
Sesiapa yg ada nak share pasal pengetahuan mimpi sgt dialu2 kan :-)