Friday, January 30, 2009
sibuk...
Thursday, January 08, 2009
...syukurkah kita...???
bersyukur dengan nimat Allah swt...?
Ini adalah petikan dari buku yang membuatkan aku rasa malu dengan diri sendiri.
"Seorang yang tidak mempunyai kasut di antara kita mengatakan, "Saya akan bersyukur kepada Tuhan ku jika Dia memberiku sepasang kasut". Tetapi orang yg memiliki kasut akan menangguhkan syukurnya sampai dia mendapat barang keperluannya yang lain seperti kereta mewah. Kita ingin beroleh nikmat secara tunai, manakala mengenai syukurnya kita kemudiankan/tangguhkan. Permintaan kita kepada Allah sangat mendesak, padahal perintah-perintah Allah yang ada pada kita begitu lambat ditunaikannya."
"Bila setiap hari kita perhatikan, tentu kita akan menjumpai manusia yang berperangai demikian dalam jumlah yang banyak, iaitu manusia yang berhati murung, keruh fikirannya, kosong jiwanya, sering memprotes kepada Tuhan nya kerana Dia tidak melimpahkan pemberian kepadanya dan tidak menganugerahinya rezeki yg banyak. Dia mengucapkan itu ketika badannya sihat dan serba kecukupan. Dalam kemudahan seumpama itu saja, dia sudah tidak bersyukur, lalu bagaimana jika harta yang melimpah, rumah yang indah dan istana yang megah telah menyita waktunya? Yang pasti dia akan lebih kurang ajar dan akan lebih banyak menderhaka kepada Tuhannya."
Bila difikirkan memang kita tak akan pernah cukup dengan apa yang Allah berikan. Bila ditimpa sakit kita akan berharap agar sentiasa sembuh (ada pengalaman) dan berjanji akan menjadi orang yang lebih baik. Bila gaji sikit kita berharap dapat gaji yang lebih banyak. Bila tak kawen lagi kita harap Allah berikan jodoh. Bila makin kaya pun kita masih rasa tak cukup dan ingin lebih lg. Memang manusia tak akan cukup. Kita boleh berusaha untuk sentiasa dapatkan hidup yang lebih baik, rezeki yang lebih banyak tp satu yang penting....apa yang kita ada sekarang perlula kita bersyukur. Setiap nikmat yg Allah bg bermula dari diri sendiri...tubuh badan..kaki n tangan. Bersyukurlah setiap apa yang kita ada bukan sentiasa mengharapkan rezeki tp tak tahu macamana mensyukuri nikmat. Rezeki yg datang tidak ada keberkatan juga. Tidak akan pernah cukup juga.
Hina kan rasa diri....cuba imagine bagaimana kalau Allah ambil balik pemberian Nya iaitu tangan kita. Jika ditakdirkan sepasang tangan yang biasa kita guna tiba2 tidak boleh digunakan lagi...kena potong...apa perasaan kita. Kita sehari-hari mcm tidak perasan nikmat yg Allah dah letakkan pd diri kita. Malah kita selalu mendesak Allah nk itu dan nk ini....
Mudaha-mudahan petikan tu dapat menginsafkan sesiapa yang membaca. Tiap2 hari perlula bersyukur..bukan tiap2 hari tp setiap saat selagi roh dalam jasad. Selagi hidup seorang manusia itu selagi itulah rezekinya ditanggung Allah. Renung2kan...
Wednesday, January 07, 2009
....4 perkara....
4 perkara yg akan membuat badan sakit iaitu >> terlalu banyak bicara...terlalu banyak tidur...terlalu banyak makan...terlalu banyak melakukan hubungan badan (seks).
4 perkara yang merosakkan tubuh >> Cemas...sedih berpanjangan...lapar...kurang tidur malam.
4 perkara memberikan kesenangan dalam hati >> melihat hijau-hijauan...melihat air yang mengalir...melihat kekasih...dan melihat buah-buahan.
4 perkara membuat pandangan menjadi gelap >> berjalan tanpa kasut...pagi n petang sentiasa muram penuh benci n permusuhan...terlalu sering menangis...banyak menatap garis yg kecil-kecil.
4 perkara membuat badan menjadi kuat >> memakai pakaian lembut...mandi dengan air panas...makan makanan yang manis (jgn terover lak)...mencium wewangian.
4 perkara hilangkan keceriaan wajah >> berbohong...tidah tahu malu...terlalu banyak bertanya...banyak melakukan maksiat.
4 perkara membuat wajah makin segar >> menjaga harga diri..menepati janji...dermawan...taqwa.
4 perkara mendatangkan kemarahan dan kebencian >> takabbur...dengki...bohong...suka mengadu.
4 perkara mendatangkan rezeki >> bangun malam solat...banyak beristighfar menjelang fajar...membiasakan memberi...membiasakan diri berzikir petang hari.
4 perkara yang mencegah datangnya rezeki >> tidur di pagi hari...jarang solat...malas...suka berkhianat.
4 perkara membahayakan pemahaman n kemampuan otak >> ketagihan makanan masam...tidur terlentang...resah...gundah gulana.
4 perkara menambah daya pemahaman >> hati yang bersih...tidak menyelangi makan dan minuman ke dalam tubuh secara berlebihan...mengatur menu makanan yang baik dengan menambahkan yang manis...membuang semua endapan makanan yang memberatkan badan
sumber : La Tahzan
Me already registered master application...must be hardworking from now on to not extend sem (i am not hardwoking actually). A bit worry bcos i register the maximum subject for 1 sem...I have guts. however still can drop subject until 16 jan..just try first to see if i can manage the time.
Friday, January 02, 2009
Salam Maal Hijrah 1430 n Hepy New Year 2009...
2008....1 thn lg telah berlalu. Gudbye to 2008 n welcome 2009..Gudbye to 1429 n welcome 1430. Alhamdulillah...umur masih panjang berdiri di bumi Tuhan pd tahun ni. Apa perubahan yg berlaku dlm setahun ni...? Baru je rasanye aku n mc'are mkn sama2 kt restoran after partime kt kumon pd 31/12/2007. Lps tu wish gudbye kt dia sbb dia takkn accompany aku lg disebbakan dpt kursus KPLI...n lepas tu aku drive balik n at 12.00a.m atas flyover ampang point...gedebum...hehe. bunga api ler tu....tahun baru 2008. sempatla sambil drive sambil tgk bungapi tu. Dan tahun ni..aku wish welcome 2009 kt atas katil je...da hampir terlelap tp sempatla dgr bunyi bungapi tu. mc'are plak...dpt posting kt sabah. huhu...gud luck are..jd seorang pendidik yg best tau!
Nothing interesting in 2008 but me more appreciate my new life, my frendship. 2008 aku jumpe balik sim...kwn skolah dulu yg kmudian jd partner lpak bile boring. Ofismet yg best jgk. All the bad stories in 2007 da buang. Tp ada satu azam aku yg tak tercapai...kawen. hehe
sambungla azam tu tahun 2009.
In 2009..apa pembaharuan...? antaranye mybe aku further stady. Da accept offer...tinggal nk daftar n pi kuliah je. So harap2nye aku boleh manage both...study n working without fail. Bile da buat decision...no turning back lg. Macm dlm iklan ckp " Jalan biar ke depan...bukan ke belakang". hehe...n amek ayat kakak aku ckp plak, "Kalo bukan kita yg improvekan diri sndiri...sape lg".
So, me wish happy maal hijrah n happy new year to all. Let the past year jd pengajaran n ukuran utk kita berhijrah kepada yg lebih baik. Jgn jd mcm yahudi (jews)....zalim dr awal sampai akhir. xde perubahan yg baik langsung walaupun masuk tahun baru. Da sah2 kaum yg disebut dlm quran kaum yg tak reti bersyukur. huh..
Sama2la kita doakan utk saudara seislam yg dizalimi supaya mndapat pertolongan dr Allah sbb doaje yg kita mampu lakukan. Insyaallah...
Read More......