Sunday, June 06, 2010

karipap-karipap cinta



3 ulas rasa suka
1 botol hati gembira
1 biji rendah diri (saiz besar)
2 cawan tolak ansur
5 keping kehormatan
SEcubit rasa rindu
3 batang tanggungjawab, dipotong halus
3 bekas cita-cita
10 guni kejujuran (diayak untuk membuang kata dusta)

Ramua diadun dengan ilmu dan akal
Masukkan dalam kuali persahabatan, tunggu sehingga masak
Setelah masak, hidangkan bersama yg tersayang



Ini novel dari PTS Fortuna yg sy baru baca. Novel cintan-cintun cam budak2. hikhik...:-">
Tapi disebabkan pooh suka makan karipap dan dulu slalu gak tolong mak wat
karipap maka sy baca jugk. (nyum..sedapnya karipap panas)

Overall Ok la...wpun xminat novel cinta. ada humor, ader pengajaran yg boleh diambil.
Dalam bercinta jangan tipu...hehe.
Sbb hero ni tipu sebagai ex-pelajar Al-Azhar..byk lak benda tak kena pastu...siann.


oh ya..pooh nk tambah resepi kat  atas tu ;~d

5 ulas pengorbanan
14 keping kesabaran
20 liter keikhlasan.......


hehe....harap2 tak lebih masin karipap nih




Read More......

Thursday, June 03, 2010

I"ll remind myself too


Apabila kamu teringatkan seseorang, banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR,



apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, banyakkanlah SELAWAT,


apabila kamu mahukan wajah berseri & sejuk mata memandang, bykkanlah SOLAT DHUHA,


apabila kamu mahukan perlindungan & kekuatan hati, bykkanlah TAHAJUD


apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu @ syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU'.


"tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah.. tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah, tika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah, ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH s.w.t..... agar tunduk disaat yang lain angkuh... agar teguh disaat yang lain runtuh... agar tegar disaat yang lain terlempar"♥




"Manusia hidup mengejar dua benda iaitu dunia dan akhirat. Bagi yg mengutamakn mengejar dunia, biasanya dunia akan lari daripada anda dan anda akn tercicir kedua-duanya (dunia dan akhirat). Bagi yg mengejar akhirat, dunia akn lari kepada anda dan berlindunglah dengan Maha Esa dr tipu daya dunia. Seimbangknlah antara keduanya namun fahami lah ending kita hanya satu...mati dan akhirat."



* Thanks to dilala sebagai sumber utk kita sharing. hehe...kredit to her  ;~d





Read More......

ke'garang'an

Harini ada org garang....
jom kita share pasal garang.

Marah n garang hanya mengakibatkan
keburukan pada diri sendiri.

Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada
salah seorang sahabatnya dengan mengatakan
"Jangan marah, jangan marah, jangan marah".



Garang itu adalah dengan mengeraskan suara pada yg tak sepatutnya,
memberi kata2 sinis dan kata2 yg tidak baik.


akibat dia pun tak elok...
cepat darah tinggi nanti
cepat sakit jantung
hati xtenang...
xmurah rezeki jugakla org yg suka garang nih...
sbb Tuhan pun garang ngn dia

wpun sy murung, sy taknak jadi garang
or mengeraskan suara pada org yg baik pada sy.

dan sy taknak org2 yg saya syg jadi garang jugak.
so bila diorang garang, saya kena berlembut.


sumber : la tahzan, etc.





p/s : Mood lebih ok lpas jalan2 and mkn eskrem ngn miss halie tp laparlah sbb tak mkn. nyesal...



Read More......

Wednesday, June 02, 2010

mimpi...percaya atau tidak..??

Lately, semacam satu musim yg murung. Mudah sedih dan rasa......kdg2 rasa benci yg sgt2 timbul dlm diri. Rasa sgt tak selesa ngn diri sendiri (n_n). Insyaallah akan ok balik. senyum.. senyum...senyum....tarik nafas.



oklah...Pooh mau share something pasal mimpi. Adakah boleh dipercayai atau tidak. Sebanya dah 4 kali saya mimpi pasal kanak2 start minggu lepas, termasuklah semalam. Mimpi pertama yg paling menakutkan sampai menjerit dalam tido.


Mimpi para rasul biasanya petunjuk daripada Allah s.w.t dan boleh dipercayai. Contohnya mimpi Nabi Ibrahim a.s.

“Maka tatkala anak (Nabi Ismail) itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama Ibrahim, Nabi Ibrahim berkata: “Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” ia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan dapat daku termasuk orang-orang yang sabar” (Surah al-Shaffat ayat 102)

Dan juga mimpi yg di alami oleh Nabi Yusuf a.s, Nabi Muhammad s.a.w dan para rasul yg lain. Tafsir mimpi merupakan cerita disebalik mimpi tersebut kerana tak semestinya mimpi itu direct. Sebagaimana Nabi Yusuf menafsirkan mimpi raja dan banduan di penjara di zamannya dahulu. Boleh dikatakan mimpi mempunyai maksud yg tersirat dan hanya yg dianugerahkan sahaja yg ada ilmu mengenai ini.

Bagi org biasa mcm kita, mimpi itu dianggap sebagai mainan tidur. Terutamanya bagi org yg tidur dalam keadaan tidak bersih, tempat tidak bersih, tanpa membaca doa, atau tidur yg sgt letih.

Syeikh Al Imam An-Naisaburi menegaskan bahawa Allah S.W.T. mencipta Jauhar al Nafs iaitu diri manusia yang dikenali sebagai rohani (roh). Roh boleh keluar dan berpisah daripad jasad manusia untuk beberapa waktu pada masa-masa tertentu iaitu apabila seseorang itu tidak sedarkan diri, ketika nazak, atau sedang tidur. Roh keluar menjelajah ke alam luar dan adakalanya sehingga menjejaki ke alam angkasa, ke alam Malakut dan alam Jabarut serta meninjau persekitaran Loh Mahfuz.

Org kata mimpi yg boleh dipercayai ada waktu2 yg tertentu seperti sebelum waktu subuh. Dan biasanya mimpi yg dialami oleh org2 alim itu ada maksud dengan izin Allah.


Ini Pooh sharekan beberapa tafsir mimpi (wallahua'lam boleh percaya tak):

HAJI DAN UMRAH:


* Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat dia pergi mengerjakan haji pada musimnya, maka kalau dia belum haji akan dapat mengerjakan haji, kalau dia sedang sakit akan sembuh, kalau dia mempunyai hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia sedang ketakutan dia akan merasa aman, kalau dia miskin akan menjadi kaya, kalau dia musafir akan selamat, kalau dia telah digulingkan atau ditendang akan kembali mendapat jawatan, kalau dia sesat akan mengetahui arah dan petunjuk dan kalau dia dalam kesusahan akan mendapat kelapangan."

Orang yang melihat pergi mengerjakan haji tetapi sudah habis waktunya, maka kalau dia seorang pemimpin akan digulingkan, kalau dia peniaga akan merugi, kalau dia musafir akan terkandas di perjalanan, kalau dia sihat akan berpenyakit.


Orang yang melihat seolah-olah dia mengerjakan haji atau umrah bererti panjang umurnya dan tetap pendiriannya. Orang yang bermimpi tawaf di Baitullah akan mendapat jawatan yang mulia. Orang yang bermimpi tawaf di atas tunggangan bererti dia menyetubuhi wanita yang sedang ihram.

p/s : camana kalau mimpi meninggal depan kaabah yek...dan org yg mimpi tu mmg akan ke mekah 3,4 hr lg.


MIMPI DENGAN BUDAK

*Mimpi bermain dengan budak2 dikatakan jodoh makin hampir.

*Mimpi menjaga/menyusu budak dan menyayangi budak yg dijaga tersebut, perlu berhati-hati terutamanya bagi perempuan. (apa maksud..?)



Hadis riwayat Abu Qatadah, ia berkata:

Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari setan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya. (Shahih Muslim No.4195)



Hadis riwayat Abu Hurairah, ia berkata:

Dari Nabi bahwa beliau bersabda: Ketika kiamat telah mendekat, mimpi seorang muslim hampir tidak ada dustanya. Mimpi salah seorang di antara kalian yang paling mendekati kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi orang muslim adalah termasuk satu dari empat puluh lima bagian kenabian. Mimpi itu dibagi menjadi tiga kelompok: Mimpi yang baik, yaitu kabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi yang menyedihkan, yaitu mimpi yang datang dari setan. Dan mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri. Jika salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaknya dia bangun dari tidur lalu mengerjakan salat dan hendaknya jangan dia ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain. Beliau berkata: Aku gembira bila mimpi terikat dengan tali dan tidak suka bila mimpi dengan leher terbelenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Kata Abu Hurairah: Aku tidak tahu apakah ia termasuk hadis atau ucapan Ibnu Sirin. (Shahih Muslim No.4200)



Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya setan tidak dapat menjelma sepertiku. (Shahih Muslim No.4206)





Sesiapa yg ada nak share pasal pengetahuan mimpi sgt dialu2 kan :-)








Read More......

cutest blog award




Thanks BEMIE untuk award ni....blog ni mmg cute. hehe :~p

pantun yg perlu di selesaikan :-

ada sorang budak suka mengomel
sorang budak lagi sangat suke
mmg pooh rasa blog pooh comel
kenapa....awak smua jeles ke...
chewahhh...:~d



org yg saya award nnti sy btau kt shoutmix







Read More......