Friday, September 30, 2011

Karnival Pengurusan Islam




Assalamualaikum,

Hari ni pagi ada perasmian ;
'Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam Di Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011".

Bertempat di PWTC dari jam 8.30 - 12.30 tgh.

Di rasmikan oleh PM, Dato Seri Najib Tun Razak.

dan karnival ni berlanjutan selama 3 hari bermula hari ini. 

Jumpa di sana :)






Read More......

Saturday, September 24, 2011

Because I'm a girl




Korean song (version english)
fem in univ. time...?





Korean version..








Read More......

Wednesday, September 21, 2011

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus, Masjid Al-Ridhuan



Salam,

Kuliah maghrib dari Ustaz Azhar Idrus bg yg berminat.


Semoga bermanfaat ilmu dan di amal kan.

Read More......

Sunday, September 18, 2011

Cara untuk berubah menjadi seorang yg baik



Tazkirah untuk di share :)

SEmua orang akn ada rasa untuk berubah jadi seorang yg baik. Kerana baik itu lah fitrah manusia yang sebenar.

Jika kita ada rasa itu Alhamdulillah....walaupun kita seorang yg tidak baik, maksudnya ALLAH masih sayang akan kita dengan memberi perasaan itu.

Tapi untuk berubah sangatlah susah. Wpun sentiasa dinasihati orang2 yg berdekatan atau tersayang.

Salah satu cara yg paling baik kita amalkan bila ingin berubah jadi seorang yg baik adalah dengan melatih diri mengingati mati. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w " Perbanyakkanlah oleh kamu mengingat perosak kelazatan iaitu mati".

Setiap hari perlu ada satu masa untk kita melatih diri mengingati mati. Contohnya selepas sembahyang, sebelum tidur atau bila-bila masa lapang yg ada. Bayangkan apa nasib kita sewaktu kita di bawa ke kubur, di masukkan ke liang lahad berseorangan dan ditimbus tanah.

Di dunia kita sentiasa ditemani oleh orang, minta pertolongan orang namun di kubur yang menemani kita hanyalah amal kita, anak yg soleh dan sedekah. Dan renungkan balik sebanyak mana dosa kita dan sebanyak mana kebaikan yg kita lakukan. Mampukah semua kebaikan kita cover semua dosa kita? Takutkan. Dan apa yg akan kita jawab kepada malaikat yg bertanya di sana. Tidak sama dengan segala mcm soal jawab atau interview yg pernah kita hadiri.

Kubur adalah tempat istirehat yg paling baik bg org yg beriman namun tempat seksa yg amat dasyat bagi yg berdosa.

Dan jangan lah kita segan untuk menangis mengeluarkan airmata sekiranya perasaan takut itu hadir bila mengingati mati. Itu bukan bermakna kita lemah, itu bermakna hati kita sudah lembut. KIta menjadi takut dan mudah-mudahan hati kita lebih lembut untuk kebaikan dan lebih tegas untuk kejahatan.

"Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya" ~ (Hadis riwayat al-Tirmizi)







Sama2lah kita berusaha untuk berubah. Hidup kita singkat sebenarnya, cuba renungkan sampai sekarang apa yg kita rasa dengan umur yg lepas. Rasa sgt singkat kan. Sama juga masa tua kita yg akan dtg, sgt singkat. Dan yg penting yg perlu direnungkan ialah mati itu tidak mengira usia.

Hrgai umur dengan amal yg baik dan penuh kasih syg. :-) 
Moga Allah s.w.t merahmati kita semua.


Read More......