Tak banyak love story yg saya tonton sepanjang sy membesar dan makin pendek umur ni. Namun ada beberapa love story yg sy tonton secara sengaja atau tak sengaja terkesan dlm hati.
Bg love story di mana seorang lelaki atau wanita yg saling jatuh cinta dan ada perosak yg dengki dan mahu hubungan putus...itu typical (hindustan), finally they remain together and live happily ever after (yg jahat td insaf or terima blsn).
Namun ada juga love story yg finally akan membuatkan salah seorang perlu mengalah bukan kerana dia seorang yg jahat, ada niat jahat atau tidak cukup mencintai orang tersebut malah mungkin cinta dia lebih ikhlas dalam diam dari orang lain.
Biasa nya kisah yg melibatkan org yg slalu bersama (kwn baik) dan org yg dicintai. Xramai orang yg memandang pada org yg selalu bersama. Cinta dia pada org yg jauh, pada yg boleh memukau pandangan, yg bole buat jantung berdebar. Tp pada masa sama org yg dia cintai n mencintai dia bukan org yg akn dia cari bila dia menghadapi masalah, bukan org yg boleh dia luahkan segala sesuatu, bukan org yg slalu bersama di waktu dia sangat2 mermerlukan (emergency, caunsellor xterlatih, etc...) namun akn di share dengan sahabat baik kerana dirasakan senang untuk meluahkan, rasa lebih difahami dan selesa.
Namun setiap luahan hati, rasa, kata2 I love you di tuju pada yg dicintai. Segala berita baik, celebrate sesuatu yg menggembirakan bersama org yg dicintai. Org yg dicintai pula mencintai dia kerana rasa diperlakukan dengan baik, di puja, rasa dihargai dengan hadiahn tiada masalh diutarakan malah hanya sesuatu yg menggembirakan di share bersama.
Sedangkan bg sahabat baik, dia menyayangi kerana bg dia dalam suka duka, susah payah, baik buruk dia sudah biasa bersama dan tetap senang bersama. Perasaan itu tanpa ucapan romantik terbuka, tp cukup dengan selalu cuba buat yg terbaik utk org itu. Rasa syg itu dibiarkan, yg terzahir hanya kata2 semangat dikala putus asa, nasihat dlm diam supaya berubah kepada lebih baik dan doa. Ada juga kisah yg perasaan syg itu dilafazkan tp ditolak namun dia masih bersama dan bersedia menolong kerana....dia sayang. Namun dia sedar satu masa nanti hubungan tu pasti akn sampai ke penghujung. Dan dia semestinya sangat sedih walaupun tada sesapa yg tahu.
Sy mesti akn rasa sedih bila lelaki itu memilih org yg dicintai tanpa menilai rasa sahabat baik. Namun suatu hari nanti pasti dia akn teringat dan rindu pada kata2, senyuman, marah, nasihat, saat susah payah bersama sahabat baik dia. Bg saya org yg sy senang bersama n selalu bersama pasti org tu yg sy sayang. (kalau ada).
seperti kata2 dalam satu cerita,
"Cinta sejati....kadang2 manusia
selalu leka, Tanpa disedari
cinta itu berada di depan mata".
Itu cuma cerita, arahan pengarah. Bg saya org islam, true love tu sesuatu yg terlalu tinggi, xberani dikatakan true love walau camana sy syg org tu. True love tu hanya layak untuk Allah. Tak berani juga sy katakan sy sanggup risk my life utk seseorang hanya kerana rasa cinta. (ala2 rumie n juliet gtu). Sbb sy takut sy gentar atau berundur bila saya perlu korbankan diri bila dtg jihad fisabilillah. malu rasa nya.
True love antara manusia dengan manusia (islam) cukuplah dengan dia ingin melihat perubahan yg lebih baik, lebih beriman pada org itu, cukup dengan menolong apa yg mampu, cukup dgn nasihat dan teguran (utk diri sndiri n dia) bila dia rasa ada salah terpesong dr sisi agama walau kdg2 dimarah n dibenci, cukup dengan doa mudah2an dia dirahmati dan disayangi Tuhan. Dan dengan harapan kalau di izinkan, mudah2an dia boleh menegur kita suatu hari nanti utk lebih baik pula dan jika di izinkan juga dan diperkenan kan doa mudah2an boleh bersama mengemudi family dengan baik mengikut garis Islam.
p/s : jom maghrib...:-)
Monday, March 07, 2011
Sad Love Story
Subscribe to:
Posts (Atom)