Salam. Selamat Hari Raya yg ke-4.
Perut da start wat 'pemberontakan' sjak smalm. risau..
nk drive jauh2 esok. kan dlm jem sakit perut...haru le jwbnya.
xmau la perut...jgn mcm tu k, prangai biar elok bila jln jauh.
Ini sy mau sharekn apa yg sy dengar tentang rezeki.
Antara perkara penting yg perlu di lihat
Cukup tak ibadah kita. Atau kita ambil ringan je perkara ibadah.
Bila rasa lapang kita buat, bila rasa sedih kita buat, bila tensen kita
lupakan, bila sibuk dan enjoy kita tinggalkan.
solat tak kira kt planet lain pun kamu....hehe
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Tinggalkan perbuatan dosa. Usahakan diri kita untuk elakkan dosa terutama dosa besar.
Seperti zina, arak, perjudian, maksiat yg dekatkan diri pd zina.
Sabda Nabi s.a.w.:" dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
Manusia takkan mampu hidup tnpa apa2 dosa, namun biarlah kita bertanggungjawab atas
dosa yg dilakukan, ada rasa sedih dan slalu usaha utk baiki diri.
Bertaubat. Saya ingat masa kat Mekah ada sorang ustaz ckp dosa-dosa kita
terutama dosa besar tidak akan diampunkan sekiranya kita tidak bertaubat wpun kita
lakukan ibadat biasa yg lain seperti solat, puasa, dll.
Dosa2 kecil2 insyaallah diampunkan. Namun dosa2 kecil yg terlalu byk
dan kita tidak usaha utk perbaiki juga boleh jd dosa besar.
Bertaubat maksudnya kita sesal atas dosa kita, rasa sedih, xmau buat lg,
nangis sbb takut dan kita usaha utk tidak lakukan lg. Taubat itu mula dari hati, niat, lafaz, tindakan.
Tandanya dengan istighfar banyak2, sembahyang sunat taubat dan mengelakkan
diri dari jatuh ke lembah dosa itu lg.
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Mendoakan n berbakti pd ibu bapa. Ini kita smua pun tau cara nya. Slalu berlemah lembut
pada mereka, jgn derhaka. Ustaz ckp wpun ibu bapa kita sudah meninggal dunia,
kita dikira derhaka kepada mereka seandainya dalam setiap solat kita, kita
tidak mendoakan kebaikan bg mereka. Itu kewajipan kita n itu juga yg kita harapkan
bila kita ada ank kelak kan. jd renung2kan.
sabda Nabi s.a.w.:"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Tunaikan hajat org lain. Bila kita dlm kesusahan kita sering hrp
seseorang boleh bntu kita. Bila org itu membelakangkan kita dan tidak hiraukan kita,
kita rasa sngt sedeh. iyerla kan...sy penah ada juga rasa mcm tu bila perlukan org,
org yg kita rasa rapat belakangkan kita...mmg sedeh.
sabda Nabi s.a.w. "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)
to be continued......
hehehe. abg call da. nk pegi beraya sat sbb hari ni last kt kg. ntah bila nk balik lg.:-)
Slamat Hari Raya smua...