Pada suatu hari, Nabi Isa bersama pembantu-pembantu nya keluar ke sebuah padang pasir. Setelah jauh berjalan, di bawah terik matahari dan kepanasan yang membara, mereka bertemu dengan bangkai seekor anjing yang telah mereput.
"Alangkah busuknya bangkai anjing ini.....". Kata seorang pembantu Nabi Isa spontan.
"Lihatlah kepada dagingnya yang telah reput dan berlendir ini". Ujar seorang yang lain.
"Oh...malangnya, tali perutnya terburai, biji matanya pecah". Sahut yang lain pula.
Nabi Isa hanya mendiamkan diri, kemudian berkata memecah kebisuan :
"Alangkah putihnya gigi bangkai ini......"
Bicara Nabi Isa mengejutkan pembantu-pembantunya. Nabi Isa menyambung bicara,
"Aku didik diriku untuk melihat kepada sesuatu yang baik walaupun pada bangkai seekor anjing. Apatah lagi pada benda-benda yang lain...pasti mudah bagi ku untuk melihat kebaikan daripadanya".
Alangkah indahnya kata-kata yang keluar dari mulut Nabi Isa.
Apa yang berlaku dalam dialog ringkas di atas menjelaskan tentang 2 perkara :
pertama : objek
kedua : Sudut pandangan
Bukan semua benda (objek) yang sama dilihat memberikan pandangan yang sama. Setiap orang mempunyai sudut pandangan yang tersendiri. Daripada pandangan itulah melahirkan tanggapan, daripada tanggapan pula melahirkan pemikiran, daripada pemikiran melahirkan tindakan. Justeru itu, sekiranya ingin memperolehi tindakan yang baik, perlu bermula dari sudut pandangan yang positif.
**Kalau kesalahan/keburukan yang kita cari pada seseorang tu, pasti kita akan jumpa... sebab manusia ni tidak ada yang perfect. ~ my friend told me this, tq.
~source : U-Turn ke jalan yang Lurus ~
No comments:
Post a Comment