"Barangsiapa yang berpagi-pagi dalam keadaan berdukacita terhadap dunia, tidak akan bertambah hampir ia kepada ALLAH melainkan bertambah jauh. Tidak akan bertambah di dunia melainkan keletihan. Tidak akan bertambah di akhirat melainkan kepayahan. ALLAH akan mencampakkan rasa dukacita yang berterusan, kesibukan yang tidak ada kerehatan, kefakiran yang tidak memperoleh kekayaan dan angan-angan yang memanjang ke dalam hatinya."
Wahai anak Adam, setiap hari umurmu berkurangan, sedangkan engkau tidak menyedarinya. Setiap hari Aku memberi rezeki kepadamu tetapi engkau lupa untuk memuji-Ku. Tidak memadai bagimu terhadap apa-apa yang sedikit. Tidak pula engkau puas terhadap apa yang banyak.
Wahai anak Adam, tidak ketinggalan suatu hari pun melainkan datang daripada-Ku rezeki untukmu, tetapi pada malam harinya Aku didatangi oleh malaikat mempersembahkan amalan kejahatan daripadamu. Kamu memakan rezeki-Ku kemudian kamu membalasinya dengan melakukan kederhakaan terhadap-Ku. ~source : U-Turn ke jalan yang lurus~
Sewaktu bangun tidur ucapkan syukur pada Allah dengan hati yang ikhlas kerana masih diberi peluang untuk teruskan hidup, bukan dengan mengeluh dan berdukacita. Solat subuh sebagai permulaan hari akan memberikan harapan kepada hati dan kekuatan spiritual n also ketenangan. Hati manusia tanpa agama dan ibadah pada agama (wpun org yang beragama lain) tidak akan bahagia wpun byk mana harta atau perempuan/wife/anak/lelaki yang dipunyai. Sudah fitrah hati mahukan kebenaran.
Sejauh mana kita bersyukur dengan rezeki Allah....masing2 renungkan diri
apa pun p'buatan n p'lakuan..sikit or byk..t'lbh t'kurang...n apa2 aje la..s'tiasa b'syukur...nikmat ada d sebalik nya..cm x nmpk. tp tu la zat nya..:)
ReplyDelete