Pernahkah anda menyedari bahawa keadaan yang paling teruk apabila merindui seseorang adalah apabila mereka berada disamping anda namun anda tidak mungkin dapat bersama mereka?
(atlist pernah ada disamping dia..)
Apabila anda tidak dapat merasai mereka di hujung jari anda, adakah anda merindui mereka?
(kalau da syg mestila rindu)
Pernahkah anda terfikir apakah luka yang paling dalam sekali;
berkata sesuatu dan kemudiannya berharap anda tidak melafazkannya, atau
langsung tidak berkata apa-apa dan kemudiannya berharap anda telah melakukan sebaliknya?
(kalau tersalah cakap masih bole minta maaf...kalau xberkata apa2 mungkin tak akan sempat lg berkata apa2)
Saya rasa perkara yang paling penting sekali adalah yang paling payah untuk disuarakan.
(slalunye memang mcm ni...xtau nk explain bile sampai part penting)
Jangan takut untuk memberitahu seseorang bahawa anda sayangkan mereka.
Jika anda lakukan, mereka mungkin akan mengecewakan anda tetapi jika anda tidak melakukannya, mungkin anda yang akan mengecewakan mereka.
(rasanye lebih baik fikir 10kali sbelum bgtau sayang kt org yang kite suke..risiko)
Pernahkah anda mengambil keputusan untuk tidak bercinta hanya kerana anda takut kehilangan semua yang anda telah miliki bersamanya?
(daripada bercinta lepas tu hilang lebih baik keep as a friend)
Hatilah yang memutuskan siapa yang ia sukai dan siapa pula yang tidak disukainya.
Anda tidak boleh mengarah hati.
Ia akan melakukannya sendiri … pada masa yang paling tidak anda sangka,
mahupun diwaktu anda tidak mahu ia melakukannya.
(betull...susah nak paksa hati suka atau tak suke tp boleh latih kot kalau tu yg terbaik atau da terpaksa)
Pernahkah anda ingin menyintai seseorang dengan sepenuh hati tetapi si dia terlalu takut untuk membenarkan anda?
Kebanyakan dari kita masih terus dikelilingi penghalang, kerana kita bimbang terlalu mengambil berat, sedangkan si dia tidak seberapa, atau pun tidak sama sekali.
(caring is loving....cinta tak semesti memiliki tp memberi. Dia tak ambil berat kt kiet pun biar je..)
Pernahkah anda menyayangi seseorang dan mereka pula tidak pernah mengetahuinya?
(mcm pernah........dia da kawen ;-d)
Atau jatuh cinta pada kawan baik anda sendiri, tetapi terpaksa duduk disampingnya dan melihat dia jatuh cinta pada orang lain?
(sgt menyanyat hati nih....hrp2 tak jd mcm ni)
Pernahkah anda menafikan perasaan anda terhadap seseorang
Kerana perasaan takut ditolak adalah terlalu payah untuk ditangani?
Ataupun anda menolak ketepi hasrat anda kerana merasakannya terlalu mustahil?
(hmm....kalau suke org yg ada ramai peminat mmg mcm ni akn jd. lebih baik avoid dr frusttt)
Kita menipu apabila kita takut …
takut pada apa yang kita tidak tahu,
takut pada apa yang orang lain akan fikir,
takut pada apa yang akan diketahui berkenaan kita.
Tetapi setiap kali kita menipu, perkara yang kita takuti itu semakin menjadi-jadi.
Hidup adalah berkaitan dengan risiko dan ia memerlukan anda bertindak.
Jangan menjadi seorang yang terpaksa memandang ke belakang dan tertanya-tanya samada dia akan dapat, atau sepatutnya dapat.
Kadangkala, hidup tidak memberi peluang kedua, tiada yang akan menunggu selamanya:
Kenangi masa Lalu,
Ia yang telah menjadikan diri anda sepertimana sekarang.
Hargai masa Sekarang,
Ia adalah hadiah yang tidak ternilai.
Berdoalah untuk masa Hadapan,
Ia adalah dimana impian akan dipenuhi.
sgt menarik..
ReplyDeletetp x mampu utk d jelaskan..ngeee
wah.. lain macam jer entry kali ni... mcm jatuh cinte jer... kekekek.. post la gambar bf... leh gak tgk ... hehehhehe
ReplyDeletemenarik da direct sampai speechless bile mula2 baca.
ReplyDeletennti sy post pic pakwe. tp jgn terkejut lak kang kalo tgk dia ada ekor ke..hehe