I got this emel from my friend.
"Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.Pembaca Semua,Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.
Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.
Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,t etapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya. ...InsyaAllah.
...... bagi wanita yang suka menggangu atau menjalinkan hubungan dengan suami orang berubahla.usahala cari yang bujang dulu..ingatla satu hari nanti anda mungkin akan merasakan perkara yang sama sekiranya anda menganiaya wanita lain.janganlah jadikan cinta sebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi...lelaki zaman sekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak...tepuk dada tanyalah selera....."
Memang slalu jugak sy terfikir macam ni...akan bosan tak husband ngan kita nanti..bile kita da tak cantik, mybe gemok dia akan suka lg tak kt kita...dia suka hanye sebab nak penuhi keperluan seks dia atau dia rasa betul sayang dan mmg ingin hidup bersama...boleh ke dia maafkan atau terima kelemahan yg ada pada diri kita. Takutnya...series..dengan rupa fizikal yg agak kurang dan ramai lg gadis cantik kt luar.aduhh..Camana ikhlas pun kita jaga dia, sayang dia tp dia tetap laki..kuasa kt tangan dia..nafsu dia punya.
Tak smua laki mcm ni kot, insyaallah (0_o)
Thursday, April 30, 2009
Suami bila Isteri da Tak Cantik.
Tuesday, April 28, 2009
Read More......
Thursday, April 23, 2009
Benci + Cinta
Cinta pada mu
Membenci kamu
Benci aku mencintai diri mu
Ku cinta... Kamu
Pic ini xde kaitan n xrelevan ngn lagu di atas..hiasan only
Wednesday, April 22, 2009
LunchTime StOry
Da kol 3.05 a.m and I feel soooo tired and exhausted. Harp cepat boleh habis dan pegi holiday.
Ingat xsempat nk post ape2 tp skarang 'ketepuan' sudah terjadi so tbe2 terpk nk post something tuk release kan skit 'ketepuan' tersebot.
Ni citer masa lunch time td. A short story tp bole la layan and bukan niat nk malukan sape2. huhu...just sharing n peringatan pd kaum wanita yg serba 'lemah' nih. Ni kt meja mkn..mkn2 ngn sorang kwn yg bernama miss halie. Mcm besa lah..hr rabu je mesti akn update citer desperate hoswives sbb xsmpat tgk. Sedap2 dgr miss halie brcerita tetiba ter 'alert' ngn 2 org kakak yg br masuk kedai mkn tu. Cantik baju dia...yg sorang kakak tu pakai sepasang warna putih. Akak tu pun cam biasala pusing blakang nk amek nasi dan tibe2 mata ni terpandang sesuatu kt seluar akak tu....ayakkk!!! tbe2 hatiku risau..pandang lg. ishhh...iyelah.
Dan lg tak sronoknye depan ku ada sekumpulan lelaki..dan dlm hati berdoa "jgnla pakcik(sebenarnye takla tua pon) tu perasan pliss" dan seperti yg diduga xsampai 5 saat 'pakcik' tersebot tersenyum. aduh...segannye. Dalm proses dok gagahkn diri nk bgtau kakak tu 'pakcik' tu da panggil owner kedai makan yg di sini sy gelarkan dia 'akak'. Dia bisik sesuatu kat 'akak' tu dan da kompom ler dia mmg da perasan. Miss halie konpius je apa yg da brlaku sbb dia membelakangi insident tersebut dan lelaki2 tersbut tersenyum simpul je smbil2 memandang ku sbb betul2 berdepan ngn dorang. huhu..tak sronok sungguh.
Pastu cpt2 bangun nk pi bayar dan 'akak' tu tanye. "mana kakak tu da hilang, pakcik tu nampak sesuatu dia suh akak bgtau kakak tu". hehe...aku bg sengih je dan 'akak' tu pun sengih balik. Kakak tu rupenya da siap menghadap mknn kt luar. Pastu br la 'akak' tu bgtau kakak tu n slps tu tak tau la apa citer sbb aku pun da masuk keter n mula mnjawab soalan2 dr miss halie. hehe...
xtau la nk komen apa cume be careful la. Segan sgt rasanye kite yg nengok pun. :"->
Slalu la cek kalau baru2 kena tu n pastikan sntiasa bwk bekalan. Yang diherankan oleh 'akak' n sy napela teman dia tu tk prasan. huhu....saboje.
Friday, April 17, 2009
..different words same meaning..
Read More......
Wednesday, April 15, 2009
G***M
Dah berapa kali da tukar background blog hr ni. Last2 result dia smua putih...hmbar je. Geram :-<
Dahla geram dok edit report budak2 foreigner ni...da brapa kali edit compile dah. Yang tak related pun smua dimasukkan. Sambil edit report diorang nih tringat plak presentation last weekend utk report nih...lg geram. the worst presentation ever!! :-<
Smalam kakak call. Dlm ramai2 adek beradek yg ni je call tuk tanye khabar. Kalau dok umah sewa cam dulu kalau kena culik ke hapa ke msti diorang xtau. Tbe2 adek dia lesap hilng kabar berita. Geram. Kena soal psl kawen pun jd geram sbb xtau dah nk bg jwpn ape. Smua jwpn yg ada kt ats muka bumi ni da bg rasenya. Nsib baik last2 dia ckp "xyah tensenlah, kwn aku sekeja yg umo 30 lbh pun ramai lg xkawen, smayang hajatla skit". ok...geram hilang skit :-<
Rasa nk nangis je geram hr nih....:-<
Kalau dlm buku La Tahzan geram ni disebabkan beberapa sbb.
Mlm ni nk tdo awal...satgi terus tdolh. Esok bgun harap2 segala 'kegeraman' tersebut tlh hilng. Insyaallah. nih ditujukn pada diri sendiri dan kpd sesiape yg merasa geram n worry.
renung2 kan :-<
SO DON'T BE TOO WORRIED ABOUT EVERYTHING,
TREASURE EVERY MOMENT, DO WHAT YOU WISH TO DO.....
BROADEN YOUR VIEW, BROADEN YOUR MIND,
DON'T WORRY TOO MUCH ABOUT THINGS THAT ARE BOTHERING YOU,
DO TREASURE YOUR LOVE, LIVE SAFELY AND PEACEFULLY,
ALWAYS BE HAPPY TO WELCOME THE COMING OF THE NEW DAY....... ENJOY THE SUNSHINE ..
ALWAYS LOOK AT THE BRIGHTER SIDE OF THINGS....."
Tuesday, April 14, 2009
apa yang anda rasa
Apabila anda tidak dapat merasai mereka di hujung jari anda, adakah anda merindui mereka?
Pernahkah anda terfikir apakah luka yang paling dalam sekali;
berkata sesuatu dan kemudiannya berharap anda tidak melafazkannya, atau
langsung tidak berkata apa-apa dan kemudiannya berharap anda telah melakukan sebaliknya?
Saya rasa perkara yang paling penting sekali adalah yang paling payah untuk disuarakan.
Jangan takut untuk memberitahu seseorang bahawa anda sayangkan mereka.
Jika anda lakukan, mereka mungkin akan mengecewakan anda tetapi jika anda tidak melakukannya, mungkin anda yang akan mengecewakan mereka.
Pernahkah anda mengambil keputusan untuk tidak bercinta hanya kerana anda takut kehilangan semua yang anda telah miliki bersamanya?
Hatilah yang memutuskan siapa yang ia sukai dan siapa pula yang tidak disukainya.
Anda tidak boleh mengarah hati.
Ia akan melakukannya sendiri … pada masa yang paling tidak anda sangka,
mahupun diwaktu anda tidak mahu ia melakukannya.
Pernahkah anda ingin menyintai seseorang dengan sepenuh hati tetapi si dia terlalu takut untuk membenarkan anda?
Kebanyakan dari kita masih terus dikelilingi penghalang, kerana kita bimbang terlalu mengambil berat, sedangkan si dia tidak seberapa, atau pun tidak sama sekali.
Pernahkah anda menyayangi seseorang dan mereka pula tidak pernah mengetahuinya?
Atau jatuh cinta pada kawan baik anda sendiri, tetapi terpaksa duduk disampingnya dan melihat dia jatuh cinta pada orang lain?
Pernahkah anda menafikan perasaan anda terhadap seseorang
Kerana perasaan takut ditolak adalah terlalu payah untuk ditangani?
Ataupun anda menolak ketepi hasrat anda kerana merasakannya terlalu mustahil?
Kita menipu apabila kita takut …
takut pada apa yang kita tidak tahu,
takut pada apa yang orang lain akan fikir,
takut pada apa yang akan diketahui berkenaan kita.
Tetapi setiap kali kita menipu, perkara yang kita takuti itu semakin menjadi-jadi.
Hidup adalah berkaitan dengan risiko dan ia memerlukan anda bertindak.
Jangan menjadi seorang yang terpaksa memandang ke belakang dan tertanya-tanya samada dia akan dapat, atau sepatutnya dapat.
Kadangkala, hidup tidak memberi peluang kedua, tiada yang akan menunggu selamanya:
Kenangi masa Lalu,
Ia yang telah menjadikan diri anda sepertimana sekarang.
Hargai masa Sekarang,
Ia adalah hadiah yang tidak ternilai.
Berdoalah untuk masa Hadapan,
Ia adalah dimana impian akan dipenuhi.
Friday, April 10, 2009
Wednesday, April 08, 2009
janes bond - get out of my car!!
ni satu video lg yg tlh brjaya mmbuatkn hati ku ceria..hehe.
makcik yg ganas+rabon...
Read More......
..si nakal..
Hati sebu jek harini. Tp si Ape ni telah membuatkan hati yg sebu ini mnjadi ceria...hehe
Abg dia sangatla nakal n mak dia sangatla penyayang....sgt suke ;-d
Read More......