Thursday, January 08, 2009

...syukurkah kita...???

bersyukur dengan nimat Allah swt...?
Ini adalah petikan dari buku yang membuatkan aku rasa malu dengan diri sendiri.

"Seorang yang tidak mempunyai kasut di antara kita mengatakan, "Saya akan bersyukur kepada Tuhan ku jika Dia memberiku sepasang kasut". Tetapi orang yg memiliki kasut akan menangguhkan syukurnya sampai dia mendapat barang keperluannya yang lain seperti kereta mewah. Kita ingin beroleh nikmat secara tunai, manakala mengenai syukurnya kita kemudiankan/tangguhkan. Permintaan kita kepada Allah sangat mendesak, padahal perintah-perintah Allah yang ada pada kita begitu lambat ditunaikannya."


"Bila setiap hari kita perhatikan, tentu kita akan menjumpai manusia yang berperangai demikian dalam jumlah yang banyak, iaitu manusia yang berhati murung, keruh fikirannya, kosong jiwanya, sering memprotes kepada Tuhan nya kerana Dia tidak melimpahkan pemberian kepadanya dan tidak menganugerahinya rezeki yg banyak. Dia mengucapkan itu ketika badannya sihat dan serba kecukupan. Dalam kemudahan seumpama itu saja, dia sudah tidak bersyukur, lalu bagaimana jika harta yang melimpah, rumah yang indah dan istana yang megah telah menyita waktunya? Yang pasti dia akan lebih kurang ajar dan akan lebih banyak menderhaka kepada Tuhannya."

Bila difikirkan memang kita tak akan pernah cukup dengan apa yang Allah berikan. Bila ditimpa sakit kita akan berharap agar sentiasa sembuh (ada pengalaman) dan berjanji akan menjadi orang yang lebih baik. Bila gaji sikit kita berharap dapat gaji yang lebih banyak. Bila tak kawen lagi kita harap Allah berikan jodoh. Bila makin kaya pun kita masih rasa tak cukup dan ingin lebih lg. Memang manusia tak akan cukup. Kita boleh berusaha untuk sentiasa dapatkan hidup yang lebih baik, rezeki yang lebih banyak tp satu yang penting....apa yang kita ada sekarang perlula kita bersyukur. Setiap nikmat yg Allah bg bermula dari diri sendiri...tubuh badan..kaki n tangan. Bersyukurlah setiap apa yang kita ada bukan sentiasa mengharapkan rezeki tp tak tahu macamana mensyukuri nikmat. Rezeki yg datang tidak ada keberkatan juga. Tidak akan pernah cukup juga.

Hina kan rasa diri....cuba imagine bagaimana kalau Allah ambil balik pemberian Nya iaitu tangan kita. Jika ditakdirkan sepasang tangan yang biasa kita guna tiba2 tidak boleh digunakan lagi...kena potong...apa perasaan kita. Kita sehari-hari mcm tidak perasan nikmat yg Allah dah letakkan pd diri kita. Malah kita selalu mendesak Allah nk itu dan nk ini....

Mudaha-mudahan petikan tu dapat menginsafkan sesiapa yang membaca. Tiap2 hari perlula bersyukur..bukan tiap2 hari tp setiap saat selagi roh dalam jasad. Selagi hidup seorang manusia itu selagi itulah rezekinya ditanggung Allah. Renung2kan...

1 comment:

  1. betul tu awak..
    bersyukur dgn nikmat y ada..walaupun sekecil zarah sekalipun..
    dari sekecil tu lah,, bila kita bersyukur Allah akan berikan nikmat y lbh kpd kita..
    dan benar..semakin kaya..semakin berkuasa dan semakin berlagak dan ego..harap2 aku bkn begitu..herm.

    ReplyDelete