Tuesday, June 16, 2009

Kempen STOP SMOKING!!!



Baru-baru ni UTAR 'launch'kan kempen berenti merokok. So dgn sifat tanggungjawab yg ada kt diri ni saya spreadkan ini kempen ke blog.



Buat keputusan berenti merokok


Kat bawah ni sbb2 kenapa anda PERLU berenti merokok NOW ...hehe


1) Hidup lebih lama. Rokok memendekkan umo tau.


2) Rokok tu ada racun...cam anda ni sdg hisap racun la lebih kurang.


3) Cegah pennyakit. Besanya 'smoker man' ni cpt kena kanser peparu, jantung, strok, ulser.


4) Melindungi org lain. Cuba ingat family jgk ye. Kak ipar sy slalu 'halau' abg sy kluar kalo nk mrokok. asap tu bahye tau...


5) Meningkat kecergasan. Xde la cpt penat wpun masih muda. stamina kuat.


6) Meningkat deria rasa dan hidu. Makanan pun xrasa best kalo kuat rokok. rase rokokje best.


7) Kulit lebih sihat. kalo merokok kulit berkedut seribu.


8) Nafas segar.


9) Jimat wang. ni sgt penting. kalo rokok 2 kotak sehari, 1 kotak rm3 da rm6 sari abes. bazir jek.


10) Melindungi alam sekitar. hmm..ni kira perokok2 mmg tak syg alm sekitar. asap rokok tu cemar udara.



dan ni faedah tambahan utk kaum lelaki



11) Tingkatkan kesuburan. merokok byk sgt boleh sebabkan kelainan pd sperma (keupayaan bergerak, struktur xnormal, etc.)


12) Kelelakian meningkat. Ni penting gak...merokok sebabkan mati pucuk. memang kena renungkan dlm2. Susah nk dptkan ereksi atau keadaan tegang pd alat kelamin yg terjejas akibat pembuluh darah pd alat kelamin jd lemah. ish3..takot



Read More......

eksiden


Semalam balik kerja lalau MRR2....aku terlanggar kucing lintas jalan :-<
Xtau mati tak kucing tu.
Da cube elak sehabis baik n brek tp terlanggar jgk.
nampak dr cermin sisi kucing terkial2 nk bangun....tp aku takut keter lain xsempat brek dn terlanggar dia lg.
miserable sampai hr ni tringat kucing tu.
Nk tdo smalam..bangun tdo hr ni..nk gi keje. nk nangis saje.
Minta maaf byk2 kucing...langsung tak sengaja. Da cuba elak tp da takde jaln nk pegi lg.




Harap kucing tu slamat (wpun peratus tu tipis). Kucing tu warna putih hitam...xbesar sgt. aduh....minta maaf sangat kucing.





Read More......

Monday, June 15, 2009

Kahwin Misyar..relevan atau tidak di malaysia





Pendapat seorang penulis perempuan mengenai kahwin misyar ;

Katanya dia begitu tertarik hati dengan isu hangat yang dipaparkan dalam akhbar iaitu mengenai isu kahwin misyar yang menjadi perbincangan panas kaum lelaki hingga menarik perhatian Sheikh Azhar Dr. Mohamed Sayed Tantawi untuk memberi pandangan beliau. Demikian menurut penulis ini.



``Tidak keterlaluan kalau saya katakan isu perkhwinan tak kiralah berpoligami atau yang pernikahan misyar ini sentiasa menarik perhatian kaum lelaki untuk membincangkannya selain menjadi tajuk hangat perbincangan mereka. Kaum lelaki seolah-olah mendabik dada memberitahu kaum wanita, bahawa mereka banyak keistimewaan dan kelebihan hidup baik di dunia ataupun akhirat diberikan oleh Allah berbanding wanita.

``Kata mereka itu baru kehidupan di dunia, belum lagi di syurga, mereka akan disediakan bidadari jelita, kaum wanita dapat apa? Jadi mereka boleh berbuat apa sahaja dalam kehidupan ini, kerana kelebihan dan keistimewaan dilahirkan sebagai lelaki.

``Namun pandangan ikhlas yang saya ingin berikan di bawah ini baik untuk dipertimbangkan oleh gadis-gadis sama ada yang masih muda remaja ataupun yang sudah lanjut usia. Terutama kepada ibu-ibu tunggal yang belum tahu secara lebih mendalam tentang perkahwinan misyar ini sebenarnya.’’

``Pada pandangan saya masih ramai gadis yang tidak faham apa sebenarnya perkahwinan misyar ini, di mana status mereka dan apa kesudahan hidup mereka nanti, jika perkahwinan itu mereka terima. Dan yang lebih penting apakah mereka tahu tujuan nikah misyar ini diwar-warkan ataupun diwujudkan di kebanyakan negara-negara Islam rantau Teluk.

``Pada pandangan saya, perkahwinan misyar ini lebih banyak memihak dan berfaedah kepada kaum lelaki saja bukan kepada kaum wanita. Jadi sebelum wanita setuju pernikahan misyar ini fikirkan masak-masak tanggungjawab yang bakal mereka pikul nanti dan jangan salahkan orang lain pulak, atau jabatan agama kerana mengizinkan mereka bernikah.

``Daripada apa yang saya dapat rumuskan dari setelah membaca beberapa rencana yang dipaparkan jelaslah, nikah misyar ini adalah pernikahan yang semata-mata bertujuan untuk menghalalkan persetubuhan, dan lebih menarik dengan pernikahan ini ia langsung tidak ada sebarang ikatan tanggungjbawab material, termasuk tanggungjawab emosi ataupun moral daripada kedua belah pihak, sama ada lelaki ataupun perempaun.

``Sedangkan tanggungjawab merupakan perkara utama yang wujud dalam fitrah perkahwinan kepada seorang lelaki terhadap wanita yang dinikahinya. Kalau lelaki berkahwin dan tidak tahu tanggungjawab kepada keluarganya, apa akan jadi kepada keluarganya nanti?

``Dengan erti kata yang lebih mudah, atau secara kasarnya, hubungan lelaki dan wanita melalui pernikahan cara ini lebih kurang sama macam hubungan jantina dalam dunia haiwan. Apabila sampai masa untuk membiak, maka haiwan-haiwan itu pun mengawanlah. Sesudah itu, haiwan jantan meninggalkan haiwan betina.

``Mata tinggallah haiwan betina itu bukan sahaja untuk mengurus dirinya bahkan juga melindungi dan mencari makan untuk anak-anak hasil hubungannya itu. Bahkan dalam habitat-habitat tertentu, si ibu terpaksa melindungi anak-anaknya daripada dimakan oleh si bapa. Jadi, andai kata ada ibu-ibu tunggal (khusus, presidennya) yang berharap pernikahan ini akan dapat memberikan mereka rakan untuk dijadikan tempat mencurah gundah-gulana di hati, mereka sebenarnya under a delusion bak kata orang putih - menipu diri sendiri.

``Bahkan Dato Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan pun mengiktirafkan pernikahan misyar ini adalah untuk seks. Seks semata-mata tidak lebih daripada itu. Apakah kaum wanita sanggup?
``Oleh kerana pernikahan ini semata-mata untuk seks, sudah pastilah ia dapat menghalang perbuatan maksiat, khususnya di kalangan remaja. Di Malaysia ini memang banyak berlaku maksiat sebab itu kita sering membaca berita tentang pembuangan bayi di akhbar-akhbar.

``Rumah- rumah perlindungan wanita, antaranya seperti ‘Rumah Solehah’ juga penuh dengan ibu-ibu yang mengandung tanpa suami. Tetapi pembaca mestilah ingat penghuni-penghuni rumah itu bukanlah dari golongan wanita profesional yang menjadi tumpuan perbincangan Prof Datuk Dr. Mahmud Zuhaidi Abdul Majid tentang pernikahan Misyar ini.

``Untuk pengetahuan semua wanita atau gadis profesional tidak menimbulkan masalah kerana kebanyakan mereka terlalu dewasa untuk terjerumus ke lembah itu apa lagi menghuni Rumah Solehah. Mereka amat rasional, banyak tanggungjawab dan terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing untuk membuang masa membuat maksiat.

``Kalau tak percaya tanyalah Presiden Sisters in Islam, Dato’ Zainah Anuar, Pengerusi Suruhanjaya Bursa Saham Malaysia, Dato’ Azalina Othman Said, Menteri Belia dan Sukan kita atau pun Siti Nurhalizah puteri pop kita yang sudah bergelar jutawan tu. Mereka antara tiga contoh wanita profesional yang berjaya dan masih belum berumah tangga. Begitu juga ramai wanita profesional lain yang memegang jawatan-jawatan tinggi di jabatan-jabatan, kementerian mahupun di syarikat swasta.

``Golongan yang bermasalah adalah pelajar-pelajar (termasuk dari IPTI) dan gadis-gadis yang tidak berpendidikan dan berpendapatan rendah atau pekerja-pekerja di pusat-pusat hiburan, anak-anak dari keluarga bermasalah atau ibu-ibu tunggal yang ketandusan seks.``Tidak keterluan kalau dikatakan termasuk para isteri yang tidak bahagia di samping suami masing-masing, sama ada berpunca daripada masalah kewangan, emosi ataupun masalah kepuasan seks. Merekalah yang kerap ditangkap khalwat di dada-dada akhbar. Bukan wanita professional. Kalaupun mungkin ada jumlahnya cuma sekelumit sahaja.

``Namun kalau pernikahan jenis ini hendak diterima pakai oleh jabatan agama Islam di sesebuah negeri, siapa akan bertanggungjawab ke atas anak-anak nikah misyar yang bakal dilahirkan nanti? Adakah mereka menjadi tanggungjawab jabatan agama negeri atau kerajaan negeri? Sebab kita sedia maklum si ayah tidak mahu pikul beban membesarkan anak-anak tersebut, mereka tidak boleh dihadapkah ke mahkamah syariah apa lagi dijatuhi hukuman penjara sebab tidak beri nafkah anak. Kerana mereka nikah Misyar.

``Akibatnya sudah pastilah jumlah anak-anak yang bakal dilahirkan tentulah berlipat kali ganda ramainya daripada sekarang sedangkan gadis-gadis itu tidak berkemapuan untuk menanggung beban memelihara anak. Atau adakah bayi-bayi itu akan diletak di bawah program anak angkat? Jika terlalu ramai, adakah kita akan mengeksport mereka dan jadikan ini sebagai satu industri negara? Oops! Maaf !

``Bagi wanita profesional yang berpendidikan dan berpendapatan tinggi pula, pernikahan Misyar ini memang menguntungkan mereka. Sebabnya amat banyak antaranya;``Pertama, anggaplah lelaki yang nikah misyar ini sebagai penderma sperma. Kalau mereka tuntut bayaran, taraf mereka dengan sendirinya jatuh kepada taraf lelaki gigloo. Kedua, tak perlu turun naik mahkamah syariah berebutkan anak. Ketiga, pernikahan jenis ini tidak membebankan wanita-wanita profesional yang sibuk itu dengan tanggongjawab sebagai suri rumah. Keempatnya, mereka tidak perlu melayan kerenah atau ego lelaki sebab dia datang sekejap untuk memberi khidmat dan kemudiannya pergi.

``Kelima, lelaki itu tidak boleh menuntut harta sepencarian sebab dia tidak menyumbang kepada pendapatan keluarga. Keenam, wanita ini tidak terikat kepada lelaki tersebut dalam erti kata perkahwinan normal yang menuntut kepatuhan maksima di pihak isteri. Dia bebas membuat apa dia sesuka hati tanpa susah payah meminta izin apabila dia mahu melakukan sesuatu kerana dia yang menyara kehidupan keluarganya.

``Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan kepada wanita profesional tetapi cukuplah setakat enam ini sahaja sebagai contoh mudah untuk dijadikan bahan renongan bersama kita bersama terutama mereka yang teringinkan pernikahan Misyar.

"Pokoknya, mesti ada perjanjian atau kontrak seperti kata oleh Dato’ Nik Aziz. Kontrak pula mesti menguntungkan kedua-dua belah pihak supaya tidak timbul dakwa dakwi kemudian hari. Baik pihak lelaki mahupun wanita.

``Cuma masalahnya, adakah lelaki begini, khusunya lelaki profesional seperti kata Prof Datuk Dr. Mahmud Zuhaidi bersedia menjadi suami Pernikahan Misyar kepada wanita professional ini? Atau, sanggupkah satu ketika nanti dia membenarkan anak-anaknya sendiri menjadi isteri atau suami Misyar?

``Biasanya sudah pasti ibu bapa profesional tidak akan memilih lelaki sembarangan untuk menjadi ayah kepada anak-anak mereka. Islam menekankan sekufu dalam perkahwinan – dari segi pemikiran, pendapatan dan keturunan.

``Bak kata Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew, hanya ibu bapa yang bergeliga otaknya sahaja yang akan menghasilkan anak-anak yang begeliga otaknya. Sebab itulah di Amerika Syarikat, mereka yang mahu menderma sperma dikehendaki melalui satu ujian IQ dan juga kesihatan. Butiran tentang penderma juga dicatat dengan jelas. Cara ini memang haram di Malaysia, namun kini ia boleh dilakukan, jawapannya ialah suami Misyar. Jadi bersediakan lelaki profesional di Malaysia menjadi suami Misyar?


``Jika bersedia, wajarlah kita menubuhkan unit khas, jabatan atau apa saja untuk kumpulkan lelaki professional bagi dijadikan suami Misyar, secara sah bukan tabung sperm seperti di Amerika. Dengan wujudkan unit khas ini mudahlah wanita professional yang memerlukan anak atau khidmat mereka membuat pilihan.’’

Read More......

Sunday, June 14, 2009

poem

...




Dengan memelihara kesihatan jasmani

Jiwa yang ada di dalamnya terpelihara

Laksana api akan tetap menyala

Di dalam cerobongnya


Jangan kau padamkan semangat jiwamu

Dengan erti keputus-asaan

Dan jangan pula kau nyalakan ia

Dengan harapan yang bukan-bukan


Jadikanla ia

Dengan kesenangan dalam kesusahannya

Dan ingatkanlah ia

Kepada kesusahan dalam kesenangannya


Kebaikan akan didapati olehnya

Baik dari yang ini mahupun dari yang itu

Sebab dengan komposisi yang tepat

Khasiat ubat tentu dapat dirasakan



-Abu Ali bin Asy-Syibl-




Read More......

Saturday, June 13, 2009

Siti Nurhaliza - Wanita


Aku wanita punya hati nurani
yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Aku wanita aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini



Read More......